Jumaat, 23 Mei 2014

Kosmo Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Ghibli, simbolik 14 tahun Maserati

Posted:

Ghibli, simbolik 14 tahun Maserati

Ghibli, simbolik 14 tahun Maserati

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

SEJARAH jenama kereta mewah Maserati bermula apabila seorang bapa kepada tujuh orang anak bernama Rodolfo Maserati yang mempunyai semangat untuk reka bentuk sebuah enjin dan kereta lumba.

Berbekalkan pengalaman sebagai jurutera kereta api, Rodolfo mula membentuk keluarganya dengan satu semangat untuk merealisasikan impiannya selepas anak sulungnya, Carlo lahir pada tahun 1881.

Pada tahun 1914, Maserati mula memasuki arena automotif global sebagai pengeluar kereta mewah di Itali yang berpengkalan di Bologna. Beberapa tahun selepas itu pihak Maserati telah membangunkan jentera lumba bagi Grand Prix Diato.

Perlumbaan itu sebenarnya ialah satu batu loncatan yang telah menaikkan jenama Maserati di arena automotif global cecara langsung. Sejak itu syarikat Maserati yang diketuai adik beradik itu mula dikenali dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Antara model yang diperkenalkan Maserati seperti 8CM, 4CLT Monoposto, 250F, 150GT, Tipo61 Birdcage, Bora dan Ghibli Spyder yang menjadi tarikan kepada jenama itu.

Sempena 100 tahun kewujudan jenama yang berada di kelasnya yang tersendiri itu, Maserati di Malaysia melalui pengedar tunggalnya Naza Italia telah melancarkan model Ghibli dan Ghibli S di sini baru-baru ini.

Sebagai info model selain Ghibli yang memasuki pasaran negara ini ialah Quattroporte, Grandturismo dan Grandcabrio.


PENGURUS Produk Maserati General Overseas Market, Robert Jahnke (kiri) dan Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan Strategik Korporat Naza World, Datuk Maruan Mohd. Said bergambar selepas melancarkan model itu di Petaling Jaya baru-baru ini.


Ghibli yang disebut sebagai gib-lee yang pertama diperkenalkan semasa Turin Motor Show pada tahun 1966. Nama Ghibli itu diambil selepas ribut di Afrika Utara.

Kereta sedan sport mewah segmen E ini merupakan pesaing terdekat kepada BMW M5 dan Audi A6 dijual bagi memberi peluang kepada peminat Maserati membeli model ini dengan harga yang lebih rendah daripada Maserati lain.

Harganya dikurangkan dengan mengurangkan beberapa spesifikasi yang tidak menjejaskan kualiti model ini disamping menjadikan model ini berada dalam landasan sendiri.

Ghibli disasarkan kepada pembeli baharu dengan saiznya yang lebih kecil (berbanding model lain Maserati) dan tanda harga lebih murah untuk membeli sebuah kereta dari Itali dan harga yang berdaya saing dengan sedan mewah dari Jerman.

Dari segi rupa model ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan Quattroporte kerana model ini banyak menggunakan teknologi yang sama kecuali jarak antara roda 173 milimeter (mm) lebih kecil dan keseluruhan kereta 291 mm lebih pendek daripada Quattroporte. Selain itu, berat Ghibli juga 50 kilogram (kg) lebih ringan daripada Quattroporte.

Panjang keseluruhan model ini ialah 4.97 meter menunjukkan Ghibli adalah gabungan sempurna sebuah kereta sedan sport mewah dalam kelas tersendiri.

Kedua-dua varian Ghibli ini menggunakan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar dengan transmisi lapan kelajuan automatik ZF dengan talaan berbeza yang menghasilkan kuasa maksimum 410hp untuk Ghibli S dan 330hp untuk Ghibli.


TEMPAT duduk pemandu dan penumpang berwarna merah memberikan gaya yang tersendiri.


Maserati mendakwa, catatan pecutan dari pegun hingga 100km/j bagi Ghibli S ialah 5 saat dengan kelajuan maksimum 285 km/j manakala Ghibli 5.6 saat dan kelajuan maksimum 263 km/j.

Penggunaan bahan api bagi Ghibli dan Ghibli S juga juga boleh dikatakan baik dengan pesaingnya. Maserati mendakwa Ghibli hanya menggunakan 9.6 liter untuk 100km.

Gril dan lampu Ghibli terbaharu direka mirip model ikonik A6 GCS pada tahun 1950-an bagi mencerminkan imej lagenda pada model ini.

Ruang kabin kereta ini dilengkapi dengan Maserati Touch Control 8.4 inci, 15 speaker Bowers & Wilkins, WLAN dan kemasan kulit Poltrona Frau.

Maserati menawarkan beberapa jenis rekaan rim untuk pembeli mereka dari saiz 18 inci hingga 21 inci yang memberikan gaya disamping pengendalian lebih baik.

Antara ciri-ciri keselamatan yang ada pada model mewah ini seperti ABS, EBD, ASR, MSR, BAS, Hill Holder. Semua ciri-ciri dibawah sistem Maserati Stability Program.

Ghibli ditawarkan pada harga bermula RM538,800, manakala Ghibli S, RM628,800, termasuk pakej servis tiga tahun atau 60,000km perbatuan.

Yamaha MT-125 tiba di Eropah

Posted:

Yamaha MT-125 tiba di Eropah

Yamaha MT-125 tiba di Eropah

Oleh SHAWKATH AZDE


MODEL MT-125 memiliki potensi jika diperkenalkan ke pasaran tempatan namun semuanya bergantung kepada kebijaksanaan HLYM dalam menentukannya.


SELEPAS beberapa bulan melancarkan dua model naked iaitu MT-09 dan MT-07 ke pasaran global, Yamaha meneruskan momentum mencetuskan saingan di Eropah apabila memutuskan untuk melancarkan satu lagi varian dalam siri MT iaitu MT-125 menjelang Julai nanti.

Yamaha MT-125 yang mendokong falsafah The Dark Side of Japan itu dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan dan selera pengguna yang baru sahaja menjinakkan diri dalam dunia tunggangan motosikal.

PlatformYZF-R125

Jentera itu dibangunkan menerusi platform sama seperti model supersports YZF-R125 edisi 2014. Tindakan tersebut membolehkan Yamaha MT-125 mempersembahkan gayaan imej streetfighter pada masa sama mengaplikasi teknologi sebuah model supersports. Sungguhpun begitu, kedua-dua model itu menawarkan egronomik tunggangan yang berbeza.

Format hendal yang lebar, pelana dan perehat kaki baharu membantu penunggang memposisikan tubuh lebih menegak dan mendada ke hadapan untuk menzahirkan geometri tunggangan sport.

Reka bentuk tangki minyak yang lebih kompak membolehkan paha penunggang diposisikan ke hadapan sebanyak 42 milimeter sekali gus menepati keperluan ideal pengemudian dalam kawasan bandar tanpa menjejaskan keseronokan tunggangan harian.

Meter instrumen yang mendiami pada kawasan hendal hadapan adalah jenis skrin LCD yang mengetengahkan konsep paparan gayaan bar seperti yang terdapat pada sebuah telefon pintar.


REKAAN ekzos berbentuk silinder sedikit sebanyak menceriakan hiasan bahagian belakang jentera.


Tarikan utama bahagian hadapan didominasi oleh set lampu utama bersama aplikasi paparan LED DRL manakala garis badan yang terdapat pada tangki minyak dan pemasangan bolong kemasukan angin pada jentera itu menjadikan motosikal itu kelihatan lebih agresif.

Ekor belakang yang ditinggikan pula menjadi perumah kepada set lampu belakang lampu LED dan membuatkan motosikal itu kelihatan lebih impresif. Sistem ekzos dipasang lebih tinggi memberikan kelegaan kepada penunggang untuk merendahkan jentera sewaktu mengambil selekoh dengan lebih baik.

Teknologi supersports pada model itu melibatkan tindakan memasang unit fork USD dan sistem penyerap hentak tunggal ketegaran tinggi pada bahagian belakang bagi menjayakan tunggangan sport.

Kuasa menggerakan roda datangnya daripada unit enjin silinder yang dipinjamkan daripada model YZF-R125. Yamaha MT-125 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah, kelabu dan Race Blu (biru kelabu). Itu untuk negara-negara Eropah.

Bagi pasaran Malaysia, sama ada model itu dibawa masuk atau disenarai dalam program pemasangan tempatan bergantung kepada Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HYLM).

Siapa tahu mungkin ia akan menjadi nyata dalam tempoh 12 bulan akan datang. Perkara itu tidak mustahil memandangkan model MT-07 dan MT-09 sudah disenaraikan untuk pasaran tempatan.

Dainese teruskan tajaan Isle of Man TT

Posted:

Dainese teruskan tajaan Isle of Man TT

Dainese teruskan tajaan Isle of Man TT


SERAMAI lapan orang marshal diberikan sut perlumbaan lengkap daripada Dainese.


PENGELUAR pakaian keselamatan tunggangan, Dainese meneruskan kerjasama selaku rakan rasmi keselamatan bagi tahun ketujuh perlumbaan motosikal atas jalan raya paling gerun di dunia iaitu Isle of Man TT.

Kerjasama yang bermula sejak tahun 2008 itu membolehkan Dainese membawa beberapa ikon perlumbaan terkemuka dunia termasuk Valentino Rossi, Jorge Lorenzo, Nicky Hayden, Kevin Schwantz dan Giacomo Agostini untuk mengelilingi kawasan perlumbaan dan syarikat itu mengumpul input untuk membangunkan sistem pakaian keselamatan dengan beg udara.

Dainese juga membekalkan pakaian keselamatan lengkap kepada lapan orang marshal perlumbaan Isle of Man TT sebagai usaha membolehkan mereka mendapat perlindungan terbaik dalam tempoh dua minggu perlumbaan itu diadakan. Antara barangan dibekalkan ialah sut perlumbaan, sarung tangan, kasut dan pelbagai aksesori keselamatan lain.

Pengurus Pemasaran Dainese, Fabio Muner berkata, data dan input yang diperoleh daripada perlumbaan tersebut menjadi elemen penting dalam pembangunan sut perlumbaan beg udara yang dinamakan sebagai D-air Racing.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved