Isnin, 26 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ceti haram pikat tahi judi bola

Posted:

Ceti haram pikat tahi judi bola

Ceti haram pikat tahi judi bola

Oleh LILY YEAN dan NORAINI HASSAN BASRI
berita@kosmo.com.my

KEJOHANAN Piala Dunia 2014 di Brazil turut menarik perhatian ceti haram dengan menawarkan pinjaman kepada kaki judi.


KUALA LUMPUR - Ketika kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 di Brazil hanya tinggal 16 hari sahaja lagi, kumpulan ah long atau ceti haram dijangka membuat tawaran pinjaman wang secara agresif kepada tahi judi bagi mengaut keuntungan secara besar-besaran dua hari sebelum bermulanya temasya tersebut.

Bagi kumpulan ceti haram itu, peluang empat tahun sekali itu perlu digunakan sepenuhnya dengan menyasarkan golongan yang berusia antara 30 hingga 50 tahun sebagai peminjam selain ada yang sanggup menjadikan pelajar sekolah menengah sebagai sasaran mereka.

Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong ketika mendedahkan perkara itu memberitahu, jumlah peminjam akan meningkat sehingga 50 peratus setiap kali menjelang perlawanan Bola Sepak Piala Dunia berbanding hari-hari biasa.

"Ah long akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan faedah yang tinggi ke atas kaki judi yang sanggup menuruti syarat-syarat yang dikenakan.

"Bagi pihak peminjam pula, mereka rela mengambil risiko demi mendapatkan wang segera untuk memenuhi tuntutan nafsu judi mereka walaupun menyedari bahawa tindakan itu bakal akan membawa padah untuk jangka masa panjang," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Wilson, berdasarkan rekod pihaknya pada tahun 2010, sebanyak lapan kes kaki judi dilaporkan gagal menjelaskan hutang mereka kira-kira RM2 juta dengan RM15,000 daripada pinjaman itu dibuat oleh golongan pelajar.


IKLAN pinjaman wang daripada ah long kini semakin berleluasa dalam usaha mereka untuk menarik kaki judi membuat pinjaman dengan mereka. - Gambar hiasan


"Pinjaman yang diberikan kepada golongan pelajar menerusi orang tengah atau 'runner' adalah antara RM200 hingga RM1,000 dan kebiasaannya wang itu akan diminta daripada ibu bapa peminjam apabila mangsa gagal melunaskan hutang tersebut.

"Bagi pinjaman individu pula, jumlah tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak RM1 juta yang mana peminjam sanggup mencagarkan hartanahnya demi mendapatkan wang untuk berjudi," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis mati dirempuh perompak

Posted:

Polis mati dirempuh perompak

Polis mati dirempuh perompak

KEADAAN Toyota Wish yang ditemui terbakar di Kampung Ara Kuda, Tasek Gelugor semalam.


BAGAN SERAI - Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang mahu berkahwin pada Ahad ini terbunuh apabila motosikal ditungganginya sengaja dirempuh sebuah kereta penjenayah di Jalan Alor Pongsu-Selama dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1.15 tengah hari itu, Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah (gambar kecil), 25, mati di tempat kejadian selepas tercampak kira-kira 30 meter ke dalam semak.

Sebelum itu, mangsa bersama seorang lagi rakan anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian berselisih dengan sebuah kenderaan Toyota Wish yang dinaiki tiga lelaki dipercayai penjenayah di Kampung Batu 8 dekat sini.


MOTOSIKAL yang ditunggangi Mohd. Azuan tercampak ke dalam parit selepas dirempuh kereta penjenayah di Jalan Alor Pongsu-Selama, Bagan Serai semalam.


Ketiga-tiga penjenayah itu dipercayai baru menyamun sebuah van rokok di pusat bandar Parit Buntar iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Rakan mangsa, Lans Koperal Mohd. Safaruddin Khairul Ashaari, 25, berkata, selepas mendapat maklumat mengenai kenderaan penjenayah itu, dia dan Mohd. Azuan mengejar Toyota Wish itu sehingga ke kawasan Kampung Matang Jelutong di Jalan Alor Pongsu-Selama.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta tiba-tiba merempuh Mohd. Azuan dari arah belakang.

"Akibat rempuhan itu menyebabkan motosikal mangsa terhumban ke dalam parit manakala Mohd. Azuan sendiri tercampak di dalam semak melepasi parit tempat motosikal mangsa terhumban," cerita Mohd. Safaruddin ketika ditemui di Hospital Parit Buntar di sini semalam.

Kata Mohd. Safaruddin lagi, rakannya yang mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan lain maut di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Mohd. Safaruddin tidak cedera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bajet 2015 dibentang 10 Oktober

Posted:

Bajet 2015 dibentang 10 Oktober

Bajet 2015 dibentang 10 Oktober

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


NAJIB (tengah) menyampaikan ucapan pada mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2015 di Kementerian Kewangan, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Bajet 2015 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu, Bajet 2015 penting memandangkan ia merupakan belanjawan akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang menyediakan peruntukan untuk program dan projek berbaki dalam tempoh rancangan pembangunan terbabit.

Perdana Menteri berkata, bajet itu juga akan menentukan kelancaran RMK-11, sekali gus memastikan kejayaan rancangan transformasi kerajaan yang ingin menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menambah, kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima segala pandangan sebagai input melalui mesyuarat Majlis Perundingan Bajet 2015.

"Setiap isu dan cadangan yang dikemukakan daripada setiap pelosok masyarakat termasuk pertubuhan industri dan badan bukan kerajaan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan Bajet 2015 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved