Khamis, 22 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mengawan hanya 72 jam setahun

Posted:

Mengawan hanya 72 jam setahun

Mengawan hanya 72 jam setahun

Oleh NORAINI HASSAN BASRI
berita@kosmo.com.my

FU WAN dan Feng Yi hanya akan dilepaskan untuk bersama selama tiga hari dalam setahun.


KUALA LUMPUR – Pasangan beruang panda gergasi, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang ditempatkan di Zoo Negara, Hulu Klang di sini sebaik tiba dari China kelmarin hanya akan disatukan selama 72 jam dalam tempoh setahun bagi proses mengawan.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata, panda betina hanya mempunyai waktu subur tiga hari dalam setahun dan tempoh itu ditentukan melalui ujian hormon.

Menurutnya, selain daripada tempoh tiga hari itu, pasangan panda tersebut akan tinggal di kandang yang berasingan bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan.

Katanya, memang menjadi tabiat panda tidak hidup secara berpasangan kerana akan bergaduh kecuali pada waktu-waktu tertentu iaitu untuk mengawan.

"Walaupun kedua-duanya diletakkan secara berasingan, namun kami akan memantau paras hormon pasangan panda ini dan apabila sampai masanya ia akan dilepaskan untuk mengawan.

"Malah kami yakin Feng Yi (panda betina) cukup subur untuk beranak di Malaysia walaupun hanya dapat bersama kira-kira 72 jam dalam setahun," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Projek air Pahang-Selangor beroperasi sepenuhnya 20 Disember 2014

Posted:

Projek air Pahang-Selangor beroperasi sepenuhnya 20 Disember 2014

Projek air Pahang-Selangor beroperasi sepenuhnya 20 Disember 2014


ONGKILI (dua dari kanan) diberi penerangan oleh Pengurus Projek, Manabu Onuki mengenai Stesen Pam Semantan di Karak, Bentong semalam.


BENTONG - Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang menelan kos hampir RM4 bilion dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada 20 Disember tahun ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, pembinaan projek itu yang merangkumi empat komponen iaitu Terowong Penyaluran Air Mentah, Empangan Kelau, Stesen Pam Semantan dan Saluran Paip Berkembar telah pun 96 peratus siap.

Menurutnya, projek tersebut yang dapat menyalurkan 1.89 bilion liter air mentah sehari mampu menampung peningkatan keperluan bekalan air bersih di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025.

"Pada awal Ogos depan, sebagai percubaan awal kita akan menyalurkan sebanyak 500 juta liter air sehari ke Sungai Langat yang mempunyai tiga loji rawatan air.

"Percubaan itu juga sebagai langkah menambah jumlah air di sungai itu kerana negara dijangka dilanda musim kering bermula Jun ini kesan daripada fenomena El Nino," katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak projek itu di Karak semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lengan tertusuk jeriji

Posted:

Lengan tertusuk jeriji

Lengan tertusuk jeriji

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba menenangkan Mohamad yang menahan sakit akibat tertusuk jeriji pagar sekolah di Rantau Panjang, Kelantan semalam.


RANTAU PANJANG – Tindakan seorang pelajar bersama 20 rakannya untuk pulang sekolah lebih awal membawa padah apabila lengan kirinya tertusuk jeriji pagar sepanjang 50 sentimeter (sm) yang dipanjatnya kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, pelajar yang mahu dikenali sebagai Mohamad itu terpaksa menerima 30 jahitan selain menahan kesakitan sebelum bantuan tiba.

Anggota Bomba dan Penyelamat tiba di sekolah tersebut pada pukul 12.20 tengah hari untuk menyelamatkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas dekat sini untuk diberikan rawatan.

Pasukan bomba terpaksa memotong jeriji pagar tersebut untuk menurunkan mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved