Isnin, 19 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penguat kuasa minta pistol

Posted:

Penguat kuasa minta pistol

Penguat kuasa minta pistol

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

AHLI Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, (dua kiri) melihat pokok cengal yang ditanam di Hutan Simpan Chini, Felda Kumai, Bera kelmarin. Turut kelihatan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (kiri).


KUALA LUMPUR - Pencerobohan hutan simpan di negara ini boleh dibanteras jika 3,000 anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dibekalkan pistol untuk mempertahankan diri mereka daripada ancaman tonto sindiket pembalakan haram.

Ketua Pengarah JPSM, Prof. Datuk Dr. Abd. Rahman Abd. Rahim berkata, selain berdepan ancaman tonto, anggota penguat kuasa juga diancam sesetengah Orang Asli yang menggunakan sumpit jika aktiviti pencerobohan hutan mereka dihalang.

Beliau berkata, kira-kira separuh daripada 6,000 pegawai dan anggota JPSM menjalankan aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara. Beliau memberitahu, mereka memerlukan senjata api terutama pistol untuk mempertahankan diri ketika bertugas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Felda jalin kerjasama strategik

Posted:

Felda jalin kerjasama strategik

Felda jalin kerjasama strategik


NAJIB diiringi Yusuffali (kanan) melawat salah satu rangkaian Lulu Hypermarket di Abu Dhabi, UAE semalam.


ABU DHABI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin usaha sama antara Felda dan Lulu Group International (Lulu Group) bagi melaksanakan konsep unik menerusi pembukaan pasar raya besar halal di Malaysia akan meningkatkan pertumbuhan kedua-dua organisasi itu selain memberi manfaat kepada masyarakat.

Najib yang juga Menteri Kewangan semalam menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Felda dan Lulu Group yang bakal menyaksikan Lulu Group membuka pasar raya besar halal pertamanya di Malaysia pada tahun 2016.

"Banyak pihak akan memperoleh manfaat menerusi pembukaan pasar raya Lulu Group di Malaysia memandangkan ia akan menyediakan 2,000 pekerjaan langsung serta 5,000 pekerjaan tidak langsung," kata Najib kepada wartawan Malaysia selepas majlis pemeteraian perjanjian itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Siew Keong wajar jadi menteri

Posted:

Siew Keong wajar jadi menteri

Siew Keong wajar jadi menteri

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


SIEW KEONG (kanan) bersalaman dengan Dyana Sofya selepas majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan di Teluk Intan semalam. Turut kelihatan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


TELUK INTAN – Penasihat parti Gerakan, Datuk Chan Ko Youn yakin kemenangan Datuk Mah Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini akan melayakkan beliau untuk dipilih sebagai menteri sebagai wakil orang Cina dalam Kabinet.

Menurut beliau, ia berikutan Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan memiliki kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang ekonomi serta undang-undang selain merupakan seorang usahawan yang berjaya.

"Saya yakin Datuk Mah Siew Keong akan dilantik sebagai menteri kerana sekarang ini pun dia merupakan Presiden Gerakan, jadi memang layak dia diangkat sebagai menteri jika memenangi PRK ini.

"Selain itu, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal selain pernah dilantik menjadi timbalan menteri. Itu semua sudah terbukti dalam rekod perkhidmatan beliau," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved