Khamis, 29 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


700 sertai pertandingan melukis, bicara berirama di Putrajaya

Posted:

700 sertai pertandingan melukis, bicara berirama di Putrajaya

700 sertai pertandingan melukis, bicara berirama di Putrajaya

PELAJAR Sultan Alam Shah meraikan kemenangan selepas muncul juara pertandingan bicara berirama di Dewan Seri Wilayah, Putrajaya baru-baru ini.


JUARA. Seramai 700 pelajar daripada 10 buah sekolah di sekitar Putrajaya menyertai pertandingan melukis dan bicara berirama anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Dewan Seri Wilayah, Putrajaya baru-baru ini.

Pertandingan bertemakan Putrajaya itu dianjurkan dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Johan pertandingan bicara berirama dimenangi oleh Sekolah Sultan Alam Shah dengan membawa pulang piala, sijil penghargaan dan wang tunai bernilai RM2,000, manakala Nur Liyanan Hidayati Mohd. Zin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) menang tempat pertama pertandingan melukis.

Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan.

UPSI juara Kenaboi Adventure Race 2014 di Jelebu

Posted:

UPSI juara Kenaboi Adventure Race 2014 di Jelebu

UPSI juara Kenaboi Adventure Race 2014 di Jelebu


SAMSU dan Seo Cheng bergambar dengan piala kemenangan Kenaboi Adventure Race 2014 kategori pasukan campuran IPT yang berlangsung di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.


KEJAYAAN. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan juara pertandingan larian Kenaboi Adventure Race 2014 kategori pasukan campuran institut pengajian tinggi (IPT) yang berlangsung di Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Penyelaras pasukan itu, Rafli Sum berkata, keputusan untuk menggandingkan Samsu Radi dan Shu Seo Cheng adalah sangat tepat apabila berjaya menewaskan 86 pasukan lain dalam kategori tersebut.

"Berkat latihan berlari bersama yang dilakukan mereka pada setiap hari telah membuahkan hasil apabila dapat merangkul gelaran johan bagi kategori pasukan campuran IPT.

"Kini UPSI optimis untuk meneruskan kejayaan tersebut dalam kejohanan Malaysia Orienteering Asean Cup Circuit 2014 yang akan berlangsung di Gua Tempurung, Perak," katanya.

Pada pertandingan itu, pasukan campuran UPSI menerima wang tunai RM1,000, baucar produk Teva bernilai RM600 dan piala.

Bekas pelajar MPI Bangi anjur pertemuan semula

Posted:

Bekas pelajar MPI Bangi anjur pertemuan semula

Bekas pelajar MPI Bangi anjur pertemuan semula


CHE MAMAT (depan) bergambar dengan sebahagian daripada bekas pelajar MPI Bangi dari tahun 1990 hingga 1992 yang mengadakan pertemuan semula di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


DETIK MANIS. Bekas pelajar Maktab Perguruan Islam (MPI) Bangi, Selangor dari tahun 1990 hingga 1992 mengadakan pertemuan semula untuk mengimbau kembali detik-detik manis bergelar pelajar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Majlis yang diberi nama Tautan Kasih itu dihadiri oleh 15 buah keluarga yang datang dari pelbagai negeri seperti Terengganu dan Selangor.

Penyelaras program, Khariah Abd. Rahman berkata, majlis yang julung-julung kali diadakan itu adalah hasil komunikasi mereka melalui Facebook dan Whatsapp.

"Walaupun sudah 22 tahun berpisah dan semuanya sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab, kami tetap ingin meluangkan masa untuk berjumpa," katanya.

Pada pertemuan menyentuh perasaan itu, bekas pensyarah Pengajian Islam mereka, Che Mamat Che Kod, 77, turut hadir untuk meraikan majlis itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved