Jumaat, 23 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ambros sumbang 300 kasut

Posted:

Ambros sumbang 300 kasut

Ambros sumbang 300 kasut

ALAN (dua dari kiri) menyerahkan tajaan kasut kepada Pengurus Pengembaraan Pacuan Empat Roda (4X4) Khidmat Masyarakat di Kemboja, Zulkefli Mohd. Yunus (dua dari kanan) di pejabat Ambros di Kuala Lumpur baru-baru ini.


TAJA. Syarikat kasut sukan, Ambros Corporation Sdn. Bhd. (Ambros) menyumbangkan 300 pasang kasut bernilai RM12,000 kepada pasukan Ekspedisi Oscar Tango 4X4 Overland yang akan mengadakan Pengembaraan Pacuan Empat Roda (4X4) Khidmat Masyarakat di perkampungan Islam di Kemboja Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ambros, Alan Sia berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat pihaknya dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuk di luar negara.

"Kita amat berbesar hati dapat terlibat dalam program amal ini apabila pasukan ekspedisi akan menyerahkan 300 pasang kasut ini kepada anak-anak yatim di Kemboja yang selama ini hidup dalam kesusahan," katanya.

Program itu bakal melibatkan seramai 33 orang peserta dan 11 buah kenderaan 4X4 dan akan melawat penduduk Islam berketurunan Champa di empat buah kampung di Wilayah Battambang, Channang, Kampot dan Kampung Sadal.

USIM rai petugas media Negeri Sembilan

Posted:

USIM rai petugas media Negeri Sembilan

USIM rai petugas media Negeri Sembilan


ASMA (tiga dari kiri) beramah mesra dengan wakil media pada majlis Makan Malam Media bersama StraComm USIM, Negeri Sembilan baru-baru ini.


DIHARGAI. Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan majlis makan malam bagi meraikan petugas media di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Lebih 20 petugas hadir pada majlis bertemakan Arabian Night itu yang diadakan di Bangunan Canselori USIM.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Asma Ismail berkata, peranan media mengetengahkan institusi pengajian berteraskan ilmu aqli dan naqli bukan sahaja dikenali di dalam negara, malah turut mendapat perhatian daripada Universiti Cambridge di England.

Sebanyak 838 buah artikel mengenai USIM diterbitkan pada tahun lalu dengan nilai publisiti mencecah RM22 juta.

Enam wanita terima Anugerah Ibu Mithali

Posted:

Enam wanita terima Anugerah Ibu Mithali

Enam wanita terima Anugerah Ibu Mithali


MARLIA (belakang dua dari kanan) bergambar dengan penerima Anugerah Ibu Mithali sempena sambutan Hari Ibu 2014 di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


DIRAIKAN. Enam wanita di kawasan Parlimen Merbok dipilih sebagai penerima Anugerah Ibu Mithali 2014 anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Penerima terbabit ialah Puteh Shaari, 72; Saadiah Don, 65; Zainab Saad, 66; Sariah Abdul Rahman, 65; Rokiah Hashim, 64, dan Nosiah Md. Akib, 68.

Kesemua mereka menerima trofi serta cenderamata berupa pakaian yang disampaikan oleh Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Marlia Abd. Latif.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok, Hapsoh Ahmad memberitahu, majlis penyampaian anugerah itu diadakan sempena sambutan Hari Ibu tahun ini bertujuan menghargai sumbangan warga emas di negara ini.

"Pemilihan anugerah ini berdasarkan beberapa kriteria seperti pencapaian pelajaran anak-anak mereka serta sumbangan golongan ini terhadap masyarakat setempat," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved