Jumaat, 16 Mei 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


50 pelajar di Yan sertai program perkhemahan

Posted:

50 pelajar di Yan sertai program perkhemahan

50 pelajar di Yan sertai program perkhemahan

SEBAHAGIAN daripada 50 belia dan pelajar sekolah sekitar Yan bergambar pada program Pengenalan Perkhemahan dan Program Smart Pelapis Negara Berwawasan di Kem Palas Yan, Kedah baru-baru ini.


BERSAMA. Seramai 50 peserta terdiri daripada golongan belia dan pelajar sekolah menengah di sekitar Yan menyertai program Pengenalan Perkhemahan dan Program Smart Pelapis Negara Berwawasan selama dua hari di Kem Palas Yan, Kedah baru-baru ini.

Program anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Pejabat Penerangan Daerah Yan dan Kelab Rakan Muda Jerai (KRMJ) itu dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, Mohd. Inshar Man.

Pengerusi KRMJ, Azwan Jamaludin berkata, tujuan program itu adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang cara hidup berdikari di samping mengamalkan semangat kerjasama dalam berpasukan.

Menurutnya, pelbagai aktiviti dirangka sempena program itu termasuk ceramah agama, pengenalan kompas, penjelajahan hutan dan sebagainya.

200 anggota Pengakap ikuti kursus semangat kenegaraan

Posted:

200 anggota Pengakap ikuti kursus semangat kenegaraan

200 anggota Pengakap ikuti kursus semangat kenegaraan


SERAMAI 200 anggota pengakap yang mengikuti Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan 2014 turut dibawa melawat Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Pentadbiran Negeri, Nusajaya, Johor baru-baru ini.


PUPUK SEMANGAT. Seramai 200 orang anggota Persekutuan Pengakap Malaysia menyertai Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan (CALT) 2014 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Kursus selama dua hari itu bertujuan untuk memupuk semangat kenegaraan dalam kalangan anggota Pengakap.

Jurulatihnya, Muhammad Fazly Ahmad Fazhil berkata, antara intipati kursus tersebut adalah memperkenalkan jata-jata negara dan memupuk semangat kerjasama sesama anggota.

Sebelum mengakhiri kursus CALT, peserta turut diberi peluang melawat Dewan Undangan Negeri Johor di Bangunan Pentadbiran Negeri, Nusajaya, Johor.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved