Ahad, 18 Mei 2014

Kosmo Online - Kesihatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Coklat antipenuaan

Posted:

Coklat antipenuaan

Coklat antipenuaan

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my

COKLAT yang siap dibancuh dilumurkan pada muka dan leher.


BAU aroma coklat yang digunakan untuk rawatan muka dan badan menerpa ke hidung sebaik sahaja memasuki bilik rawatan di Airellyn Beauty Studio yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Penggunaan coklat sebagai bahan kecantikan mungkin masih asing lagi dalam kalangan kita, namun terapi kecantikan itu sebenarnya mempunyai banyak manfaat kepada kulit bukan saja pada wajah malah seluruh badan.

Ini kerana coklat bersifat antioksidan yang mampu melindungi kulit daripada kesan kerosakan berpunca daripada pendedahan kepada matahari atau elemen persekitaran yang lain.

Malah, coklat juga bertindak sebagai ejen antipenuaan, menghalang radikal bebas dan mengeluarkan aroma yang menenangkan minda.

Bagi pemiliknya, Nur Hazlin Jamingin, 27, idea untuk mengetengahkan rawatan coklat untuk muka dan badan itu diperoleh ketika mencuba rawatan berkenaan sewaktu melancong dengan menaiki sebuah kapal persiaran di Pulau Pinang.

"Saya dan rakan mencuba rawatan di spa yang menawarkan rawatan coklat. Ia serasi dengan saya dan menjadikan kulit halus serta lembut.

"Rawatan coklat mampu memberikan kita ketenangan di samping mencerahkan kulit wajah.

RAWATAN spa coklat mampu mencerahkan kulit wajah, membuang sel mati dan merangsang pertumbuhan sel baharu.


Kurang popular

"Ia juga bertindak membuang sel kulit mati dan membantu merangsang pertumbuhan sel baharu," jelasnya yang menubuhkan spa itu pada tahun 2009.

Tambahnya, sejurus pulang daripada melancong, dia mencari pembekal coklat khas di internet.

"Coklat yang digunakan untuk rawatan ini hanya dikhaskan untuk spa coklat sahaja dan ia tidak boleh dimakan.

"Pengedar coklat khas untuk spa ini diperoleh daripada seorang pembekal di Kuala Lumpur

"Sebenarnya ramai yang tidak tahu mengenai rawatan coklat ini disebabkan ia masih lagi baharu di negara kita tetapi untuk tampil unik, kami cuba menawarkan rawatan coklat ini," ujarnya yang berpengalaman dalam bidang kecantikan selama sembilan tahun.

Antara bahan yang digunakan dalam rawatan coklat ialah kolagen, lulur pemutih, air, coklat dibancuh dan coklat lulur.

Beritahu Nur Hazlin, coklat itu kemudiannya dibancuh mengikut kategori sama ada untuk lulur badan atau rawatan muka.

"Bagi rawatan wajah, kami menggunakan coklat dan kolagen sebagai ramuan utama, manakala bagi rawatan badan, ia menggunakan garam laut, lulur pemutih dan coklat khas.

"Untuk memulakan rawatan coklat itu, wajah pelanggan dibersihkan terlebih dulu bagi membuang kotoran atau solekan," jelasnya.


KESELURUHAN proses rawatan wajah menggunakan coklat ini mengambil masa selama dua jam.


Lebih bertenaga

Tambahnya, campuran coklat dan garam laut yang dijadikan lulur akan disapukan pada bahagian muka dan dibiarkan selama setengah jam sebelum dibilas.

"Serbuk coklat yang siap dibancuh pula disapu rata pada muka dan leher serta dibiarkan selama 20 minit.

"Selepas itu, muka dan leher akan dibilas sebelum sapuan coklat dilakukan semula dan dibiarkan selama 10 minit lagi," tambahnya sambil memberitahu, spanya itu dikhaskan kepada golongan wanita sahaja.

Katanya, keseluruhan proses rawatan coklat itu mengambil masa selama dua jam dan seelok-eloknya dilakukan sebanyak dua kali dalam masa sebulan untuk mendapatkan hasil yang bagus.

Jelasnya, pelanggan akan dapat melihat kulit wajah dan badan mereka menjadi lebih segar dan lembap selepas melakukan rawatan ini.

"Antara kebaikan rawatan coklat ialah dapat memiliki kulit putih gebu, lebih anjal, lembap dan membantu menghilangkan garis halus.

"Malah, coklat yang digunakan dalam rawatan ini juga diimport dari Perancis, khusus untuk rawatan kecantikan," katanya yang dibantu seramai lima orang kakitangan.

"Badan akan rasa lebih bertenaga, tenang dan mendapat rehat sepenuhnya selepas melakukan rawatan ini," katanya yang menawarkan rawatan coklat itu pada harga RM150.

Pendarahan teruk ketika haid tanda kanser

Posted:

Pendarahan teruk ketika haid tanda kanser

Pendarahan teruk ketika haid tanda kanser


SEBANYAK 1 peratus wanita yang mengalami pendarahan teruk ketika datang bulan didiagnosis menghidap kanser darah.


SETIAP bulan, wanita mengalami kitaran menstruasi dengan jumlah darah yang berbeza-beza.

Namun, sebaik-baiknya jangan mengambil sikap tidak peduli sekiranya jumlah darah yang keluar itu sangat banyak.

Sebuah penyelidikan mendapati, walaupun jarang berlaku, keadaan itu boleh menjadi petanda kanser darah.

Kajian ke atas 2,000 orang wanita yang menderita penyakit leukemia itu menunjukkan seramai 200 orang daripada mereka mengalami pendarahan tidak normal ketika datang bulan.

Malah, sebanyak 19 kes dinyatakan berkait dengan penyakit leukemia yang dideritai.

Bagaimanapun, seorang profesor di Pusat Kanser MD Anderson, Universiti Texas, Amerika Syarikat, Dr. Denise Nebgen, memberitahu, pendarahan teruk semasa haid belum dianggap sebagai salah satu gejala kanser.

"Secara umum, wanita banyak bertoleransi dengan gejala-gejala yang ada pada dirinya seperti demam panas.

"Pendarahan teruk ketika haid yang dialami pesakit leukemia wanita disebabkan rendahnya kuantiti darah yang merupakan faktor yang membantu pembekuan darah dan mencegah pendarahan," katanya.

Jelas Nebgen, pendarahan teruk pada wanita haid belum tentu disebabkan leukemia.

"Hanya 1 peratus wanita yang mengalami pendarahan teruk itu didiagnosis dengan kanser itu," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved