Khamis, 29 Mei 2014

Kosmo Online - Horizon


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Lokasi ideal pengumpul bonsai

Posted:

[unable to retrieve full-text content]DERETAN pokok-pokok bonsai yang dipamerkan pada Pameran Kuala Lumpur Orkid dan Bonsai 2014 (KLOBS 2014) di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur begitu memikat hati RahimYaso, 46.

Menu halal restoran di Jepun

Posted:

Menu halal restoran di Jepun

Menu halal restoran di Jepun


SALAH sebuah restoran di Tokyo yang menyediakan makanan tradisi menggunakan ramuan dan bahan-bahan halal.


PENINGKATAN bilangan pelancong beragama Islam ke Jepun sejak setahun lalu telah mencetus percambahan restoran halal di negara matahari terbit itu.

Kaji selidik terbaharu juga menunjukkan Jepun menerima pelancong beragama Islam dari 60 buah negara terutama Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia.

Perkembangan tersebut menjadikan restoran-restoran terutama di Tokyo menyediakan lebih banyak menu halal bagi memenuhi permintaan pelancong asing beragama Islam.

Malah, beberapa restoran di Tokyo juga sudah mula menyediakan ruang solat dan tempat mengambil wuduk kepada pelancong Islam.

Perubahan tersebut didorong oleh peranan Persatuan Halal Jepun yang mengadakan kerjasama dengan Malaysia bagi mendapatkan pengesahan halal di restoran-restoran Jepun yang berminat sejak tahun 2012.

Penuntut ijazah doktor falsafah dari Dubai, Nasreddine Hamadi berkata, dia tidak sabar untuk bercuti sekali lagi ke Jepun selepas mengetahui semakin banyak restoran di negara itu menyediakan menu halal.

"Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai menu halal dan paling jauh pernah saya sampai. Tetapi, kini Jepun akan menjadi destinasi paling jauh selepas Malaysia," kata Nasreddine.

Penyajian makanan halal dalam pesawat juga semakin menjadi keutamaan kepada pengendali menu penerbangan Jepun seperti ANA Holdings Inc. yang berpusat di Tokyo.

Makanan tradisi Jepun seperti biskut beras juga diubah suai dengan kerjasama syarikat penyedia makanan halal bagi penumpang pesawat dari Malaysia, Brahim's Holdings Berhad.

Sejak beberapa tahun lalu, golongan kaya serta kelas pertengahan dari Asia Barat menjadikan Jepun dan China sebagai destinasi percutian.

Pertambahan bilangan pelancong itu menyebabkan negara-negara bukan Islam seperti Jepun melakukan beberapa pembaharuan bagi keselesaan pengunjung Muslim dari Asia Barat dan Asia Tenggara.


MAKANAN halal ada disediakan kepada para pelajar beragama Islam di Universiti Kanda, Tokyo sejak kira-kira setahun lalu.


Tarikan

Sejajar dengan pertambahan itu, pelancong Muslim yang tiba ke Jepun dianggar membelanjakan AS$181 bilion (RM584 bilion) menjelang tahun 2018 seperti yang dilaporkan syarikat perunding pelancongan Islam, Dinar Standard di Amerika Syarikat.

"Brahim's menjadi contoh penyajian makanan halal kepada masyarakat Jepun," kata Pegawai Kanan Dinar Standard, Rushdi Siddiqui.

Dalam pada itu, dewan makan di Universiti Kanda di Chiba yang terletak di timur Tokyo turut mula menyediakan menu halal kepada para pelajar dan pelawat beragama Islam.

Perubahan dalam industri penyediaan makanan di Tokyo juga bertujuan memberi lebih keyakinan kepada para pelancong beragama Islam untuk memilih hidangan.

Selain itu, sebanyak 60 destinasi pelancongan di Jepun terutama Tokyo sedang melakukan perubahan untuk menyediakan persekitaran yang mesra pengunjung Muslim.

Kini, para pengusaha restoran di Jepun mengetahui terdapat beberapa jenis bahan makanan seperti daging babi dan arak tidak boleh dimakan oleh orang Islam walaupun melibatkan penggunaan yang sedikit.

Bertitik tolak daripada perkembangan itu, Jepun menjadi destinasi yang semakin diminati para pelancong beragama Islam dari seluruh dunia. - Reuters.

Dua tarikan baharu Sunway Lagoon

Posted:

Dua tarikan baharu Sunway Lagoon

Dua tarikan baharu Sunway Lagoon

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

AKSI terjunan api yang cukup mendebarkan ini harus ditonton di Surf Beach.


MERUPAKAN salah satu ikon taman tema di Lembah Klang, Sunway Lagoon sentiasa menawarkan pelbagai tarikan untuk seisi keluarga.

Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park merupakan lima tarikan utama yang menjadi tumpuan pengunjung sewaktu berlibur di taman tema itu.

Sempena cuti sekolah yang bermula pada 28 Mei hingga 15 Jun ini, Sunway Lagoon menawarkan dua tarikan baharu yang sesuai untuk pengunjung seisi keluarga.

Pameran Cleopatra dan pertunjukan Hi-Dive (terjunan tinggi) daripada penerjun profesional dari Kanada mengisi jadual harian taman tema tersebut.

Mungkin ramai yang pernah mendengar kisah Cleopatra tetapi tidak mengetahui sejarah firaun terakhir ketika era Mesir Purba. Menerusi pameran Cleopatra, ia seumpama pengembaraan ke era Mesir Purba ketika era pemerintahan firaun itu.

Dinding pameran dipenuhi dengan maklumat mengenai Cleopatra ditambah pula hiasan lampu-lampu malap yang membuatkan pengunjung sentiasa berwaspada setiap kali melangkah.

Dengan tema Mitos, Misteri dan Mumia, pengunjung juga akan melihat mumia yang dibalut kemas dan dijaga rapi oleh seorang penjaga.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat The Sudden Impact, Lynton V. Harris memberitahu, pameran tersebut berkonsepkan hiburan pendidikan dan ia bersesuaian untuk setiap lapisan umur.

Jelasnya, walaupun Cleopatra yang juga dikenali sebagai Ratu Sungai Nil kelihatan menakutkan, elemen humor tetap ditekankan dalam setiap bahagian pameran itu.

"Pengunjung terutama kanak-kanak dapat mempelajari serba sedikit mengenai sejarah Cleopatra dalam persekitaran Mesir Purba. Pada bahagian mumia, kejutan menunggu para pengunjung sehingga membuatkan mereka tertawa," ujarnya ketika ditemui Kosmo! ketika pelancaran tarikan baharu itu baru-baru ini.

Tarikan

Sempena sesi pelancaran, syarikat dari New York, Amerika Syarikat itu turut membawa seorang model dari Gold Coast, Australia iaitu Claire yang memakai pakaian dan kemasan seperti Cleopatra.


DUA replika mumia yang diletakkan di ruang pameran Cleopatra.


Pameran tersebut memaparkan panggung teater, seni cahaya tiga dimensi, laluan pejalan kaki yang menyeramkan, replika mumia yang diawet, budaya zaman Cleopatra dan takhta ratu itu.

Selain Cleopatra, pertunjukan terjunan tinggi daripada penerjun bebas juga pastinya menambah keterujaan pengunjung sewaktu bermandi-manda di Surf Beach.

Pengunjung akan dihiburkan oleh lima orang penerjun yang melakukan terjunan bebas ke dalam kolam tanpa sebarang peralatan keselamatan. Bayangkan, salah seorang penerjun terjun daripada ketinggian 24 meter dengan hanya memakai seluar renang.

Empat jejaka dan seorang wanita dari Kanada itu telah melakukan persembahan di negara China, Jepun dan Hong Kong. Sunway Lagoon merupakan lokasi pertama pertunjukan mereka di Asia Tenggara.

Pengarah Perunding Sunway Lagoon, Bill Holman memberitahu, konsep pertunjukan itu seperti sebuah sketsa yang disampaikan secara humor untuk pengunjung di Surf Beach.

"Salah satu adegan ialah mereka berlakon untuk menyelamat seorang bayi yang terperangkap di tempat tinggi. Mereka melakukan pelbagai aksi terjunan untuk menyelamatkan bayi itu. Ia merupakan idea bijak untuk menghiburkan pengunjung," jelasnya.

Aksi seorang penerjun membakar pakaiannya untuk melakukan terjunan pastinya adegan yang harus ditonton.

Sempena cuti sekolah ini, Sunway Lagoon menawarkan Pakej Piknik Keluarga untuk pemegang Mykad dan Mykid untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Menerusi pakej berharga RM295 itu, pengunjung berpeluang beriadah bersama keluarga di Surf Beach taman tema tersebut.

Pembelian tiket terawal akan menerima bakul piknik, dua tikar dan empat botol minuman.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved