Rabu, 7 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua letupan gegar Hat Yai

Posted:

Dua letupan gegar Hat Yai

Dua letupan gegar Hat Yai

ASAP hitam kelihatan di tempat letak kenderaan sebuah balai polis di Hat Yai semalam.


BANGKOK - Sekurang-kurangnya enam orang cedera dalam dua letupan bom di Hat Yai yang merupakan bandar komersial utama di Selatan Thailand, kata pihak berkuasa semalam.

Letupan itu menggegarkan bandar berkenaan dengan sebutir bom diletupkan berhampiran sebuah kedai serbaneka manakala letupan kedua berlaku dekat beberapa flat yang dibina bagi menempatkan anggota-anggota polis tempatan.

Rakaman televisyen menunjukkan asap tebal kelihatan berdekatan flat itu ketika pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan api.

Bom tersebut dipercayai disembunyikan di dalam sebuah motosikal yang diletakkan di lokasi kejadian.

"Terdapat dua serangan bom dengan sekurang-sekurangnya enam orang cedera tetapi tiada mangsa yang parah," kata Gabenor Wilayah Songkhla, Grisda Boonrach.

Polis tempatan yang mengesahkan angka kecederaan memberitahu, letupan berlaku selang masa 25 minit.

Serangan itu disyaki dilakukan oleh kumpulan gerila pemisah Islam yang bergerak aktif di tiga buah wilayah selatan Thailand.

Ketua Polis Wilayah Songkla, Akapop Prasitwattanachai, berkata hanya dua letupan berlaku dan bukan empat seperti dilaporkan lebih awal.

Letupan pertama berlaku pada jam 1.30 petang di hadapan kedai runcit 7-11 di Jalan Polpichai.

Ia merupakan bom buatan sendiri dipasang pada motosikal dan diletupkan dengan mengguna jam digital, kata beliau.

Bom kedua seberat 50 kilogram dipasang dalam kereta yang diletak di tempat letak kereta di sebelah Balai Polis Daerah Hatyai.

Ia diletupkan pada 1.55 petang menyebabkan lebih sepuluh buah kereta milik pegawai polis dan kereta tahanan polis terbakar.

Kebanyakan cermin bilik flat kediaman polis empat tingkat yang terletak bersebelahan musnah akibat kekuatan letupan itu.

Pihak polis belum mengenalpasti kumpulan yang mendalangi serangan itu.

Dalam pada itu, agensi berita Bernama melaporkan, jurucakap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu. - Agensi

Fesyen Beyonce paling anggun

Posted:

Fesyen Beyonce paling anggun

Fesyen Beyonce paling anggun

BEYONCE memakai fesyen yang menyerlah kecantikannya pada majlis kutipan dana amal, Met Gala di Muzium Seni Metropolitan, New York kelmarin.


NEW YORK - Majlis kutipan dana amal, Met Gala yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan di sini kelmarin dianggap malam yang penuh glamor tetapi beberapa selebriti terkenal dilihat memakai fesyen pakaian yang buruk, lapor akhbar MailOnline semalam.

Pada malam itu dua selebriti, Rita Ora dan Kate Upton dilihat mengetuai fesyen paling buruk manakala, Blake Lively dan Beyonce pula dilihat menawan dengan pakaian masing-masing.

Ora memakai sejenis kasut tinggi hingga paras paha dan dipadankan dengan pakaian berwarna emas dengan skirt labuh serta terbelah.

Penyanyi berusia 23 tahun itu juga dilihat tersipu-sipu malu dan cuba membetulkan pakaiannya yang direka oleh Donna Karen Atelier.

Beberapa peminat turut mengkritik Upton yang memakai pakaian berwarna gelap rekaan Dolce & Gabbana pada malam itu yang kelihatan seperti seorang pelayan di salun. - Agensi

Penunjuk perasaan disangka mahu rompak restoran

Posted:

Penunjuk perasaan disangka mahu rompak restoran

Penunjuk perasaan disangka mahu rompak restoran


SEORANG pekerja (dua dari kanan) bergambar dengan tiga anggota kumpulan penunjuk perasaan yang disangka perompak di sebuah restoran makanan segera di Fort Worth, Texas pada Khamis lalu.


FORT WORTH, Amerika Syarikat - Beberapa pekerja sebuah restoran makanan segera bertempiaran melarikan diri dan bersembunyi di dalam peti sejuk selepas lima lelaki bersenjata masuk ke premis berkenaan pada Khamis lalu, lapor akhbar MailOnline semalam.

Salah seorang pekerja turut menghubungi pihak polis kerana menyangka lelaki berkenaan yang masing-masing membawa rifel automatik mahu merompak restoran terbabit.

Bagaimanapun, semua pekerja terbabit keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas kumpulan lelaki terbabit hanya mahu menikmati makan tengah hari.

Saksi berkata, sebanyak 10 kereta polis dan 15 anggota polis dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan tersebut.

Seorang jurucakap polis Fort Worth, Ray Bush berkata, kesemua lelaki itu merupakan anggota kumpulan Open Carry Texas yang dalam perjalanan menghadiri satu bantahan aman bagi mendesak orang ramai dibenarkan membawa senjata api.

Katanya, kumpulan itu singgah ke restoran berkenaan untuk makan tengah hari sebelum menyertai bantahan tersebut.

"Selepas menyedari mereka hanya pelanggan biasa, pekerja restoran itu keluar dari persembunyian mereka dan ada yang bergambar dengan lelaki-lelaki tersebut," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved