Selasa, 20 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


31 kanak-kanak rentung

Posted:

31 kanak-kanak rentung

31 kanak-kanak rentung

ORANG ramai melihat sejumlah mayat kanak-kanak yang maut selepas bas yang dinaiki mereka terbakar di bandar Fundacion, Colombia kelmarin.- Reuters


BOGOTA, Colombia - Seramai 31 kanak-kanak rentung apabila bas yang dinaiki mereka terbakar dan meletup di utara Colombia semalam, kata Pertubuhan Palang Merah.

Seorang pegawai pertubuhan itu, Cesar Uruena berkata, seramai 25 orang termasuk seorang individu dewasa melecur teruk dalam nahas itu yang berlaku di bandar Fundacion dalam wilayah Magdalena.

"Mangsa-mangsa yang cedera mengalami melecur pada peringkat kedua dan ketiga dengan ramai masih kritikal," katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Fundacion, Luz Stella Duran memberitahu wartawan bahawa kumpulan kanak-kanak yang menaiki bas berkenaan berumur antara satu hingga lapan tahun.

"Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu upacara keagamaan," katanya.

Menurut beberapa mangsa terselamat, pemandu bas meletakkan sebuah tong berisi petrol di dalam kenderaan tersebut.

Terdahulu, polis menyatakan bas itu terbakar akibat masalah teknikal.

Kata jurucakap polis, pemandu bas berkenaan telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut. - AFP

Jusuf Kalla regu Jokowi pada pilihan raya Presiden

Posted:

Jusuf Kalla regu Jokowi pada pilihan raya Presiden

Jusuf Kalla regu Jokowi pada pilihan raya Presiden


JOKOWI (kiri) menggenggam tangan Jusuf selepas pemimpin veteran itu semalam diumumkan sebagai gandingan beliau dalam pilihan raya Presiden Indonesia.- Reuters


JAKARTA - Calon Presiden dari Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo semalam secara rasmi mengumumkan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla sebagai gandingannya pada pilihan raya Presiden pada 9 Julai depan.

Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi membuat pengumuman tersebut selepas mendaftar sebagai calon di Suruhanjaya Pilihan Raya bersama pemimpin dari parti gabungan.

PDI-P sebelum ini membentuk gabungan dengan Parti Demokrat Kebangsaan (NasDem), Parti Kebangkitan Kebangsaan dan Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) bagi menghadapi pilihan raya itu.

"Selepas membuat perbincangan dan menerima pandangan dari semua parti gabungan kami membuat keputusan untuk memilih Jusuf sebagai gandingan saya," kata Jokowi.

Dengan keputusan tersebut, Jusuf secara rasmi akan bertanding sebagai calon Naib Presiden negara itu.

Jusuf, 72, menjadi Naib Presiden Indonesia pada tahun 2004 hingga 2009 di bawah pemerintahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Jokowi berkata, beliau yakin mereka berdua boleh membawa perubahan kepada negara itu.

Sementara itu, Jusuf memberitahu bahawa beliau berasa bangga kerana menjadi gandingan Jokowi dalam pilihan raya tersebut. - Bernama

Pemuzik main biola guna rambut manusia

Posted:

Pemuzik main biola guna rambut manusia

Pemuzik main biola guna rambut manusia

SEORANG pemain biola, Eimantas Belickas sedang menggesek rambut Maksimovas.- Agensi


VILNIUS, Lithuania - Seorang lelaki, Tadas Maksimovas menjadi popular di internet selepas rakamannya bermain biola menggunakan rambutnya yang panjang disiarkan di laman perkongsian video YouTube.

Maksimovas menjadikan helaian rambutnya sebagai tali biola.

Dia menggunakan idea tersebut untuk mempromosikan Hari Pemuzik Jalanan yang disambut di Lithuania pada Sabtu pertama bulan ini.

Maksimovas menghubungi seorang pemuzik jalanan lain, Eimantas Belickas supaya menggesek rambutnya seperti biola.

Biola rambut itu dapat menghasilkan bunyi dan melodi yang merdu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved