Jumaat, 16 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pilihan raya Thai mungkin ditunda

Posted:

Pilihan raya Thai mungkin ditunda

Pilihan raya Thai mungkin ditunda

SEJUMLAH penunjuk perasaan duduk pada satu perhimpunan antikerajaan Thailand di Bangkok semalam.


BANGKOK - Pilihan raya umum Thailand besar kemungkinan ditunda berikutan tindakan penunjuk perasaan antikerajaan yang terus menentang pelaksanaan rancangan itu.

Walaupun pilihan raya itu ditetapkan pada 20 Julai, dekri diraja belum dikeluarkan untuk membolehkannya diadakan dan berikutan keganasan yang memuncak kebelakangan ini, ia mungkin ditunda.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wakil-wakil kerajaan sementara sepatutnya bermesyuarat di Akademi Tentera Udara Diraja Thailand semalam untuk membincangkan perkara berkaitan pilihan raya.

Namun, mesyuarat tersebut tidak dapat berlangsung apabila penunjuk perasaan memasuki akademi itu.

Setiausaha agung SPR, Phuchong Nutawong memberitahu pemberita, mesyuarat itu terpaksa ditunda kerana para penunjuk perasaan memasuki akademi itu dan berkumpul hanya 50 meter dari dewan mesyuarat.

Pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Rakyat, Suthep Thaugsuban, yang mengetuai penyokongnya ke akademi itu semalam, memasuki dewan mesyuarat berkenaan.

Bagaimanapun, mereka mendapati tiada anggota SPR dan wakil-wakil kerajaan sementara yang hadir kerana bimbang akan keselamatan diri mereka akibat bantahan yang diadakan.

Para penunjuk perasaan turut makan tengah hari di hadapan dewan mesyuarat itu sebelum kembali ke tempat perhimpunan mereka di Ratchadumnoen Avenue.

Dalam pada itu, menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan Pentadbiran Metropolitan Bangkok, dua orang terbunuh dan 21 cedera apabila dua butir bom tangan dilontar ke arah para penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun berhampiran Tugu Demokrasi pada kira-kira pukul 2.45 pagi.

Mereka yang meninggal dunia di hospital itu dikenali sebagai Narayos Chanpet, 21, dan Somkuan Nuankhanai , 51.

Sejak 30 November tahun lalu, seramai 24 orang terbunuh dan 783 orang lagi cedera di Bangkok manakala tiga torang lagi terbunuh dan 43 lagi cedera di wilayah lain.

Penyelesaian terhadap konflik politik Thailand mengalami kebuntuan apabila penunjuk perasaan antikerajaan terus mendesak agar perubahan dilakukan dan kerajaan sementara sekarang disingkirkan kerana ia dianggap masih dipengaruhi Thaksin Shinawatra, walaupun adiknya, bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra telah disingkirkan.

Sementara itu, parti pemerintah, Pheu Thai Party, mahu pilihan raya umum diadakan secepat mungkin dan yakin akan memenanginya. - Bernama

Al-Sisi minta bantuan AS

Posted:

Al-Sisi minta bantuan AS

Al-Sisi minta bantuan AS


AL-SISI (kanan) diwawancara seorang wartawan agensi berita Reuters di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang dijangka akan menjadi Presiden negara ini meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu memerangi keganasan yang dilakukan kumpulan-kumpulan militan Islam.

Menurut Al-Sisi, bantuan itu akan mengelakkan sebuah negara seperti Afghanistan yang berdepan masalah dengan pergerakan Taliban wujud di Asia Barat.

Beliau membuat kenyataan itu semasa diwawancara sebuah pertubuhan berita antarabangsa, Reuters kelmarin sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada 26 dan 27 Mei ini.

Namun, pengundian awal telah bermula di beberapa kedutaan Mesir di luar negara semalam.

Al-Sisi dijangka menang mudah kerana beliau hanya menerima tentangan daripada seorang calon berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi.

Jika memenangi pilihan raya Presiden, beliau akan menjadi Presiden terbaharu yang mempunyai latar belakang ketenteraan.

Pada 3 Julai tahun lalu, beliau mengetuai tentera untuk merampas kuasa ke atas Presiden Mohamed Morsi yang merupakan orang awam pertama dipilih menerusi pilihan raya untuk menjadi ketua negara.

Morsi kini ditahan dan didakwa melakukan pengintipan dan menyebabkan keganasan berlaku di Mesir.

Menyentuh tentang Ikhwanul Muslimin, Al-Ssisi menyatakan, pergerakan itu tidak lagi relevan di negara ini.

Menurutnya, keganasan yang dilakukan pergerakan itu ke atas penduduk Mesir menyebabkan ia tidak mendapat simpati dalam kalangan rakyat.

Pergerakan itu juga dilabel sebagai pertubuhan penganas di Mesir.

Al-Sisi juga menyatakan, situasi ekonomi di Mesir kini mengalami kesukaran sejak tiga tahun lalu.

"Lebih 50 peratus penduduk Mesir hidup dalam kemiskinan. Terdapat banyak pengangguran," katanya.

Menurutnya, demokrasi tidak akan berjaya melainkan terdapat kedudukan ekonomi yang kukuh dan menerusi sokongan kuat ke atas bidang pendidikan.

"Demokrasi bukan sahaja untuk mendidik golongan muda tetapi untuk mewujudkan suasana yang sesuai bagi membolehkan demokrasi berjalan dengan baik," kata- nya. - Agensi

Penasihat PM Turki tendang penunjuk perasaan di Soma

Posted:

Penasihat PM Turki tendang penunjuk perasaan di Soma

Penasihat PM Turki tendang penunjuk perasaan di Soma


YUSUF menendang seorang penunjuk perasaan di Soma, Turki kelmarin.


SOMA - Seorang penasihat kepada Perdana Menteri Turki menendang seorang penunjuk perasaan beberapa kali di sini kelmarin.

Penasihat tersebut, Yusuf Yerkel melakukan perbuatan itu semasa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan melawat Soma ekoran tragedi sebuah lombong arang batu meletup menyebabkan 282 orang terbunuh.

Penunjuk perasaan itu dilaporkan menendang sebuah kereta yang menyertai konvoi Erdogan menyebabkan Yusuf melakukan tindakan balas dengan menendangnya beberapa kali.

Namun, tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna di Twitter kerana Yusuf menendang penunjuk perasaan tersebut semasa dia telah ditangkap anggota-anggota polis unit tindakan khas.

Yusuf membuat pengakuan menendang penunjuk perasaan itu kepada stesen penyia- ran BBC.

Penunjuk perasaan itu menyertai banta- han tentang kejadian letupan tersebut kerana ciri-ciri keselamatan diabaikan di lombong-lombong arang baru di Turki.

Sejumlah penunjuk perasaan menjerit pembunuh dan pencuri ke arah Erdogan di sini.

Namun, Erdogan mengarahkan satu siasa- tan dilakukan berhubung kejadian itu walau- pun ribuan pendunjuk perasaan di seluruh Turki mendesaknya meletakkan jawatan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved