Isnin, 12 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kawalan keselamatan di Bangkok diperketat

Posted:

Kawalan keselamatan di Bangkok diperketat

Kawalan keselamatan di Bangkok diperketat

KUMPULAN penyokong antikerajaan bersorak ketika mendengar ceramah politik di Rumah Kerajaan semalam. - AFP


BANGKOK - Kerajaan sementara Thailand semalam memberitahu bahawa pihaknya akan mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar bandar ini bagi mengelak berlakunya pertempuran antara kumpulan penyokong dan antikerajaan.

Pengumuman tersebut dibuat ketika beribu-ribu penyokong kedua-dua kumpulan mengadakan tunjuk perasaan di bandar ini.

Lokasi kedua-dua pihak berkumpul terletak sejauh beberapa kilometer, tetapi terdapat kebimbangan tercetusnya keganasan susulan keputusan mahkamah memecat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra kerana salah guna kuasa pada minggu lalu.

Seorang pegawai keselamatan kanan, Tharit Pengdit memberi amaran sekiranya kumpulan antikerajaan cuba melantik seorang perdana menteri tanpa melalui proses pilihan raya ia akan mencetuskan kemarahan kumpulan penyokong kerajaan.

"Ini sudah pasti ia akan menyebabkan keganasan merebak dan boleh membawa negara ini ke ambang perang saudara," katanya.

Tambahnya, atas sebab itu Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Undang-Undang perlu mengetatkan penguatkuasaan undang-undang dalam usaha menangani masalah yang mungkin timbul pada masa akan datang.

"Kami juga meminta orang ramai menjauhi kumpulan dan lokasi tunjuk perasaan ini atas faktor keselamatan mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, dua orang cedera lewat malam kelmarin apabila beberapa penyerang tidak dikenali membaling dua bom tangan di Rumah Kerajaan, lokasi para penyokong antikerajaan berkumpul.

Seorang jurucakap polis, Kamthorn Auicharoen berkata, dua mangsa cedera selepas bom tangan tersebut meletup berhampiran mereka. - AP

London paling ramai bilionair

Posted:

London paling ramai bilionair

London paling ramai bilionair


PASANGAN adik-beradik Srichand (kiri) dan Gopichand Hinduja.


LONDON, Britain - Kota metropolitan ini memiliki paling ramai bilionair di dunia, manakala Britain mempunyai lebih banyak bilionair bagi nisbah penduduk berbanding negara-negara lain, menurut satu senarai baharu yang disiarkan kelmarin.

Bandar raya ini menjadi kediaman 72 daripada 104 bilionair di Britain berbanding Moscow yang mempunyai 48 bilionair untuk menduduki tempat kedua.

Senarai berkenaan memilih individu di Britain yang memiliki kekayaan menyamai £1 bilion (RM5.4 bilion) atau lebih sebagai bilionair.

Kota raya New York berada di tempat ketiga dengan 43 bilionair diikuti oleh San Francisco dengan 42 bilionair dan Los Angeles yang mempunyai seramai 38 bilionair.

Tempat keenam pula menjadi milik Hong Kong yang memiliki 34 bilionair.

Adik-beradik kelahiran India, Srichand dan Gopichand Hinduja mengungguli senarai Britain itu dengan kekayaan mencecah £11.9 bilion (RM64.7 bilion) yang dikumpulkan menerusi syarikat milik keluarga berkenaan, Hinduja Group.

Syarikat itu memiliki kepentingan dalam sektor minyak, perbankan, industri automotif, hartanah dan media.

Pasangan adik-beradik itu mengatasi penyandang senarai bilionair pada tahun lalu, Alisher Usmanov.

Antara bilionair yang berada di tempat 25 teratas senarai sama termasuk pelabur kelahiran Ukraine, Len Blavatnik, taikun hartanah, Gerald Grosvenor dan bilionair kelahiran Arab Saudi, Mohamed Bin Issa Al Jaber.

Dalam pada itu, Britain kini memiliki seramai 104 bilionair yang memiliki aset keseluruhan sebanyak £301.13 bilion (RM1.64 trilion). - AFP

Pertandingan lompat katak acara tahunan di Croatia

Posted:

Pertandingan lompat katak acara tahunan di Croatia

Pertandingan lompat katak acara tahunan di Croatia


SEORANG peserta Leo Gregov, 16, meniup kataknya supaya melompat pada pertandingan lompat katak di bandar Lokve, Croatia kelmarin.- AFP


LOKVE, Croatia - Satu pertandingan lompat katak yang dikenali sebagai malam katak diadakan di bandar ini kelmarin.

Pertandingan tersebut melibatkan para peserta cuba membuatkan katak masing-masing melompat paling jauh tanpa menyentuh amfibia tersebut.

Malam katak merupakan acara tradisi di bandar ini yang terletak sekitar 100 kilometer dari ibu kota Croatia, Zagreb.

Pertandingan tersebut kali pertama diadakan pada tahun 1975 manakala seramai 37 peserta bertanding pada acara tahunan itu kali ini.

Acara berkenaan dimeriahkan lagi dengan muzik, tarian dan jamuan melibatkan hidangan istimewa kaki katak. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved