Sabtu, 5 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kapal China kesan isyarat dipercayai kotak hitam

Posted:

Kapal China kesan isyarat dipercayai kotak hitam

Kapal China kesan isyarat dipercayai kotak hitam

05/04/2014 9:41pm

BEIJING - Sebuah kapal peronda China yang mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 mengesan denyutan elektronik pada frekuensi 37.5 kilohertz (kHz) sesaat di selatan Lautan Hindi hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Angka 37.5 kHz merupakan frekuensi standard antarabangsa yang dipancarkan oleh kotak hitam sesebuah pesawat yang tenggelam di dasar laut.

Menurut Xinhua , alat pengesan kotak hitam yang di gunakan dalam kapal Haixun 01 mengesan denyutan elektronik tersebut atau ping sekitar 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.

Namun, siasatan masih dilakukan bagi mengesahkan sama ada isyarat elektronik itu berasal dari kotak hitam MH370 Lapor Xinhua.

Sebuah pesawat tentera udara China turut dilaporkan mengesan beberapa objek terapung berwarna putih di lokasi pencarian itu. - Reuters

MH370: Pasukan penyiasatan bebas ditubuhkan

Posted:

MH370: Pasukan penyiasatan bebas ditubuhkan

MH370: Pasukan penyiasatan bebas ditubuhkan

05/04/2014 9:34pm

KUALA LUMPUR - Sebuah pasukan penyiasatan bebas yang merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi dan kumpulan perubatan dan faktor manusia, akan ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas untuk mengetuai pasukan itu, seperti yang diperlukan oleh amalan standard dan perakuan antarabangsa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

"Pasukan penyiasatan ini juga turut disertai negara-negara bertauliah.

Malaysia telahpun meminta Australia menjadi wakil rasmi kepada pasukan penyiasatan ini, dan mereka telah menerimanya.

"Kami juga akan memasukkan China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis sebagai wakil rasmi dalam pasukan penyiasatan ini bersama-sama dengan negara lain yang kami rasa berada dalam situasi untuk membantu," katanya dalam sidang akhbar mengenai pencarian MH370 di sini, hari ini.

Beliau berkata kumpulan layak terbang akan mengkaji isu-isu seperti rekod penyelenggaraan, struktur dan sistem, kumpulan operasi mengkaji perkara seperti perakam penerbangan, operasi dan meteorologi manakala kumpulan perubatan dan faktor manusia akan menyiasat isu seperti faktor psikologi, patologi dan kelangsungan hidup. - Bernama

Tiada krew MH370 yang dibersihkan - Hishammuddin

Posted:

Tiada krew MH370 yang dibersihkan - Hishammuddin

Tiada krew MH370 yang dibersihkan - Hishammuddin

05/04/2014 9:13pm

KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjelaskan penyiasatan ke atas anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370 masih lagi berjalan dan tiada siapa yang telah dibersihkan.

"Saya tidak fikir sesiapapun telah dibersihkan daripada sebarang penyiasatan. Sepanjang senarai yang ditunjukkan, ia termasuk juga anak-anak kapal. Empat kemungkinan Ketua Polis Negara (KPN) ingatkan kami, siasatan ke atas keganasan, rampasan, psikologi atau peribadi. Itu, saya tahu masih berjalan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media berkaitan siasatan anak kapal MH370 pada sidang media mengenai pencarian MH370 di sini hari ini.

Rabu lepas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah membersihkan kesemua penumpang MH370 daripada siasatan rampasan, sabotaj, psikologi dan masalah peribadi tetapi masih menyiasat anak-anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau tiada masalah dalam mendapatkan maklumat tentera dan data radar dari negara-negara ASEAN terutamanya yang terlibat dalam operasi menyelamat yang kini telah masuk hari ke-29.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac lepas, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi." - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved