Khamis, 3 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Klang

Posted:

Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Klang

Bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Klang

03/04/2014 10:26pm

KLANG - Seorang bayi lelaki ditemui di dalam tong sampah di Lorong Lebuh Pulau Pinang 2 Off Jalan Meru di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, bayi itu yang dianggar berusia lebih seminggu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi tadi.

"Bayi itu ditemui dibalut dengan beg plastik sampah berwarna hitam.

Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kecederaan kepada bayi itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Mohd. Shukor, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan lanjut.

"Kawasan tempat bayi dibuang itu adalah bangunan rumah kedai empat tingkat, lokasi itu juga kawasan perniagaan yang bercampur dengan rumah kediaman," katanya.

Mohd. Shukor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran. - Bernama

Mufti Perlis nasihat umat Islam elak sertai Pesta Songkhran

Posted:

Mufti Perlis nasihat umat Islam elak sertai Pesta Songkhran

Mufti Perlis nasihat umat Islam elak sertai Pesta Songkhran

03/04/2014 9:51pm

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menasihati umat Islam di negeri itu agar tidak menyertai Pesta Songkhran.

Ini disebabkan Juanda berkata, pesta itu mempunyai unsur-unsur agama selain Islam.

"Jika dilihat Pesta Songkran jelas merupakan majlis keagamaan apabila dalam

majlis tersebut diadakan upacara mandi patung Buddha dan kemudian mengagihkan air mandian tersebut kepada orang lain untuk mendapat berkat, ternyata ini merupakan pesta keagamaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Difahamkan Perlis akan mengadakan sambutan Pesta Songkran di Kuala Perlis Sabtu ini yang merupakan antara acara dalam kalendar pelancongan negeri.

Songkhran atau pesta air lazimnya dirai oleh masyarakat Siam di negara ini.

- Bernama

Pelajar MRSM Alor Gajah dipanah petir meninggal dunia

Posted:

Pelajar MRSM Alor Gajah dipanah petir meninggal dunia

Pelajar MRSM Alor Gajah dipanah petir meninggal dunia

03/04/2014 9:45pm

MELAKA - Seorang pelajar lelaki tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah yang dipanah petir di padang sekolahnya dua hari lepas meninggal dunia di wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Mara, Rohayah Mohd. Zain berkata, Johan Jasmin,13, meninggal dunia kira-kira 3.50 petang tadi.

"Jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa pulang ke rumah mereka di Bukit Jelutong, Selangor dan akan dikebumikan di Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada 10 pagi esok,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rohayah jenazah sebelum itu akan disembahyangkan di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

Dalam kejadian Isnin lepas, Johan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri

dipercayai dipanah petir di padang sekolahnya ketika sedang menuju ke asrama pada 6.05 petang. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved