Selasa, 29 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam mat rempit bebas tuduhan bunuh

Posted:

Enam mat rempit bebas tuduhan bunuh

Enam mat rempit bebas tuduhan bunuh

29/04/2014 8:37pm

SHAH ALAM - "Kembalilah ke pangkal jalan," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Abdul Alim Abdullah sebelum melepas dan membebaskan enam mat rempit daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, tiga tahun lepas.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pembelaan yang berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd. Ezwan Amanshah, 26, Mazly Sulaiman, 24, Abdul Rahman Abdul Latif, 24, dan tiga remaja lelaki masing-masing berumur 20 dan 21 tahun didakwa bersama-sama membunuh R. Sasikumar, 21, di kawasan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang dekat sini pada kira-kira pukul 3 pagi, 18 September 2011.

Ketika kejadian, tiga remaja itu berumur 17 dan 18 tahun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama

Obama bangkitkan kemarahan rakyat China disebabkan amarannya terhadap kekerasan

Posted:

Obama bangkitkan kemarahan rakyat China disebabkan amarannya terhadap kekerasan

Obama bangkitkan kemarahan rakyat China disebabkan amarannya terhadap kekerasan

29/04/2014 7:57pm

MANILA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakhiri lawatan rasminya ke Asia hari ini dengan memberi satu amaran kepada Kerajaan China mengenai penggunaan kekerasan dalam menangani perbalahan wilayah. Pada masa sama, pihak berkuasa China menuduh Presiden AS itu berpakat dengan sekutu yang sering membawa 'musibah'.

Amaran keras itu berikutan siri perbalahan maritim antara China dan sekutu AS di rantau ini, yang dibimbangi mampu mencetus konflik ketenteraan.

"Kami percaya bahawa negara-negara dan rakyatnya mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan selamat dan aman serta memiliki kedaulatan dan intergriti wilayah masing-masing dihormati," kata Obama pada perhimpunan tentera AS dan Filipina di Manila.

Tambahnya, undang-undang antarabangsa wajib didukung agar kebebasan pelayaran dipelihara dan tiada halangan untuk perdagangan.

Negara sekutu rapat AS iaitu Filipina telah terlibat dalam salah satu perbalahan wilayah yang paling berprofil tinggi dengan China iaitu mengenai sebuah pulau kecil di Laut China Selatan.

China mendakwa hampir kesemua kawasan Laut China Selatan mengandungi simpanan besar sumber minyak dan gas, termasuk di kawasan perairan dan pulau-pulau mahupun terumbu karang yang dekat dengan negara-negara jirannya.

Kerajaan Filipina yang memiliki antara tentera yang paling lemah di rantau ini telah berkali-kali meminta bantuan rakan sekutu lamanya iaitu AS kerana China telah mempertingkatkan kekuatan tentera dan memberi tekanan diplomatik untuk mengawal kawasan-kawasan di bawah kawalannya.

Semalam, Filipina dan AS telah menandatangani satu perjanjian yang akan membenarkan campur tangan tentera AS di Filipina. - AFP

Korea Utara lancar latihan peluru berpandu hidup di sempadan maritim

Posted:

Korea Utara lancar latihan peluru berpandu hidup di sempadan maritim

Korea Utara lancar latihan peluru berpandu hidup di sempadan maritim

29/04/2014 7:39pm

SEOUL - Korea Utara melancarkan latihan ketenteraan menggunakan peluru berpandu berhampiran sempadan maritim dengan Korea Selatan pada hari ini, beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertindak mengecam Pyongyang sebagai provokatif dalam rangka lawatannya di Asia.

Latihan sama turut dilancarkan bulan lalu, dengan serpihan kelongsong peluru berpandu ditemui di sempadan Korea Selatan dan ia sekali gus menyaksikan kedua-dua negara saling berbalas tembakan ke perairan wilayah masing-masing.

Seoul dalam kenyataannya pada hari ini memberi amaran bahawa ia akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melanggar sempadannya.

Korea Utara telah memberi notis terlebih dahulu berkenaan pelancaran peluru itu yang bermula sekitar 2 petang waktu tempatan, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

"Ia berlangsung selama kira-kira 10 minit dan 50 peluru telah dilepaskan. Tiada peluru yang mendarat di Korea Selatan," kata seorang jurucakap kementerian itu.

Penduduk Korea Selatan yang mendiami pulau di sempadan Yeonpyeong dan Baengnyeong dinasihatkan untuk berpindah ke tempat perlindungan awam, manakala pemerintah Korea Selatan telah mengarahkan sekurang-kurangnya empat jet pejuang untuk meronda kawasan tersebut.

Disifatkan sebagai provokasi Korea Utara, beberapa pihak mengecam latihan ketenteraan itu.

"Segala yang dilakukan Korea Utara itu menakutkan pelanggan saya dan sekali gus mengakibatkan tiada sesiapa berani untuk tinggal di rumah penginapan saya ini. Saya mungkin akan mati akibat kerugian perniagaan berbanding terkena serangan dari Korea Utara," kata seorang pengusaha penginapan di Pulau Baengnyeong.

Tembakan peluru itu menguatkan kebimbangan bahawa Korea Utara sedang bersiap sedia untuk melancarkan letupan bom atom keempat, dengan imej satelit terbaru menunjukkan aktiviti tersebut semakin giat dijalankan di tapak ujian nuklear utamanya.

Kejadian itu juga berlaku berikutan lawatan Obama ke Seoul minggu lalu sebagai sebahagian daripada lawatan Asia empat negara yang berakhir di Manila hari ini.

Obama telah menimbulkan kemarahan Pyongyang kerana mendesak Korea Utara meninggalkan program senjata nuklearnya selain mengancam sekatan yang lebih ketat dikuatkuasakan jika ujian nuklear tersebut diteruskan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved