Selasa, 22 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki ditahan bersama 2,500 karton rokok belum dicukai di Dungun

Posted:

Lelaki ditahan bersama 2,500 karton rokok belum dicukai di Dungun

Lelaki ditahan bersama 2,500 karton rokok belum dicukai di Dungun

22/04/2014 9:47pm

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang lelaki bersama 580,000 batang rokok dipercayai belum lulus pemeriksaan Kastam di Dungun pada Sabtu lepas.

Pengarah Kastam negeri, Abdullah Zawawi Abdul Latiff berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 7.30 pagi dalam sebuah van yang sarat dengan muatan rokok, dipercayai untuk edaran di Terengganu.

Beliau berkata, anggotanya terpaksa mengejar suspek yang bersendirian lebih lima kilometer sebelum menahannya berhampiran Pejabat Risda di Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

"Hasil siasatan di dalam kenderaan itu, kita merampas 2,900 karton rokok bernilai RM29,000 dengan nilai cukai sebanyak RM305,950 dan ini merupakan rampasan rokok kedua terbesar pada tahun ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdullah Zawawi berkata, suspek, yang berasal dari Selangor, ditahan reman 12 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 116 C Akta Kastam 1967.

Katanya, kastam percaya bekalan rokok itu dibawa masuk dari pantai barat untuk dipasarkan ke pantai timur, khususnya Terengganu.

Justeru, beliau meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan secara terus kepada Jabatan Kastam Terengganu di talian 09-6204257. - Bernama

Stor asrama anak yatim di George Town terbakar

Posted:

Stor asrama anak yatim di George Town terbakar

Stor asrama anak yatim di George Town terbakar

22/04/2014 9:43pm

GEORGE TOWN - Sebuah stor asrama anak yatim lelaki di Wisma Yatim Islam Air Itam di sini musnah dijilat api hari ini.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Timur Laut, Ismail Mohd Zain berkata kejadian pukul 11.15 pagi itu disedari empat penghuni asrama yang terletak di atas bangunan stor berkenaan.

"Seorang daripada penghuni di rumah anak yatim itu tercium bau asap dan mendengar letupan kecil dari aras bawah menyebabkan mereka segera keluar dari bangunan itu dan meminta pertolongan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bahagian atas bangunan dua tingkat itu dijadikan asrama manakala tingkat bawah pula stor menyimpan bekalan makanan, tilam dan pakaian.

Asrama berkenaan menempatkan 30 penghuni dengan 26 orang bersekolah sesi pagi dan selebihnya sesi petang.

Ismail berkata, tiga jentera, satu dari balai Paya Terubong dan dua dari Jalan Perak, dengan 18 anggota berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 12.02 tengah hari.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama

Anggota, pegawai polis bantuan perlu peluang majukan kerjaya

Posted:

Anggota, pegawai polis bantuan perlu peluang majukan kerjaya

Anggota, pegawai polis bantuan perlu peluang majukan kerjaya

22/04/2014 9:40pm

KUCHING - Syarikat yang sudah menubuhkan unit polis bantuan diminta mempraktik urusan kenaikan pangkat anggota dan pegawainya berdasarkan kaedah yang dilaksana dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM, Komisioner Datuk Ayup Yaakob berkata, pelaksanaan skim kenaikan pangkat bukan hanya dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan itu malah mempertingkat tarikan terhadap industri keselamatan di negara ini.

"(Pelaksanaan skim kenaikan pangkat ini) untuk memastikan perkhidmatan polis bantuan ini menarik dan bukan sebagai pilihan kerja terakhir.

"Kita mahukan keselamatan menjadi satu industri yang menarik," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan agensi polis bantuan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah perjawatan yang diwujud dalam perkhidmatan polis bantuan di seluruh negara kini melebihi 40,000 dan lebih 25,000 daripadanya sudah diisi.

"Maknanya, dalam keadaan tertentu, kita sudah ada anggota yang terlatih (daripada jumlah anggota polis bantuan) yang kita (PDRM) boleh gunakan untuk menghadapi apa juga situasi," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved