Rabu, 16 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Afghanistan puji usaha Malaysia kendali misi mencari MH370

Posted:

Afghanistan puji usaha Malaysia kendali misi mencari MH370

Afghanistan puji usaha Malaysia kendali misi mencari MH370

16/04/2014 5:02pm

KUALA LUMPUR - Usaha Malaysia bersama-sama 26 negara lain mengendalikan operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang terus mendapat pujian.

Kali ini dizahirkan Presiden Suruhanjaya Bebas Pemantauan Pelaksanaan

Perlembagaan Afghanistan (ICOIC), Gul Rahman Qazi semasa mengunjungi Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pertemuan hampir satu setengah jam itu, Abu Zahar berkata, Gul Rahman turut menyuarakan simpati kepada Malaysia dan anggota keluarga penumpang serta anak kapal MH370.

Katanya, Gul Rahman menyatakan bahawa rakyat Afghanistan sentiasa mengikuti perkembangan operasi mencari pesawat itu.

"Beliau turut mendoakan supaya segala usaha untuk mengesan pesawat itu dapat berjalan lancar dan akan menemui petunjuk yang lebih jelas," katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

Obama dijangka guna lawatan tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN

Posted:

Obama dijangka guna lawatan tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN

Obama dijangka guna lawatan tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN

16/04/2014 3:34pm

NEW YORK - Lawatan Presiden Amerika, Barack Obama ke Asia termasuk Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina akhir bulan ini dijangka memberi fokus terhadap beberapa isu dua hala dan serantau.

Ketua Penolong Setiausaha Negara Amerika bagi Asia Pasifik di Jabatan Negara, Scot Marciel berkata, isu yang mungkin dibincangkan antara Obama dan pihak Malaysia termasuk hubungan perniagaan, Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dan perdagangan dua hala.

Bekas duta besar Amerika di Indonesia itu menyatakan demikian kepada pemberita mengenai lawatan Obama ke Malaysia yang dinanti-nantikan sejak sekian lama pada satu persidangan di sini.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Obama ke Malaysia selepas kunjungan

bekas Presiden, Lyndon Johnson pada 1966.

Pada persidangan itu, Marciel memberi gambaran menyeluruh tentang keadaan di Asia Tenggara dan turut memperkatakan tentang peluang serta cabaran yang wujud di rantau ASEAN. - Bernama

Dua mayat pelajar orang asli lemas di Sungai Pahang ditemui

Posted:

Dua mayat pelajar orang asli lemas di Sungai Pahang ditemui

Dua mayat pelajar orang asli lemas di Sungai Pahang ditemui

16/04/2014 3:22pm

TEMERLOH - Mayat dua pelajar Orang Asli yang lemas semasa mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang di sini petang semalam ditemui hari ini.

Mayat Suhaimi Ismail, 17, ditemui pada 11.30 pagi tadi manakala seorang lagi rakannya Hasmarizan Yusof, 15, ditemui pada 12.05 tengah hari tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan lemas.

"Mayat kedua-dua pelajar tersebut kini dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Abdul Aziz, kedua-dua mangsa yang menetap di Kampung Paya Mengkuang Songsang dekat Temerloh dilaporkan lemas ketika mandi di tempat kejadian 5.30 petang semalam. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved