Isnin, 14 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sekurang-kurangnya tiga pertempuran meletus di Kampung Tanduo

Posted:

Sekurang-kurangnya tiga pertempuran meletus di Kampung Tanduo

Sekurang-kurangnya tiga pertempuran meletus di Kampung Tanduo

14/04/2014 9:29pm

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu sekurang-kurangnya tiga pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh bersenjata meletus di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac tahun lepas.

Komando VAT69 Koperal Che Hasdi Che Hussin berkata, pada mulanya beliau mendengar tembakan dari sektor B, C dan D ketika melakukan tinjauan di sektor A.

Katanya, beliau segera berlari ke arah bunyi tembakan itu namun tidak dapat pergi lebih jauh berikutan keadaan rupa bumi di kawasan berkenaan.

Che Hasdi memaklumkan mahkamah bahawa beliau mendengar bunyi tembakan dari arah kiri dan kanan namun tidak berupaya membantu rakannya di ketiga-tiga sektor.

"Di sebelah kiri, saya mendengar tembakan yang dilepaskan kumpulan penembak hendap VAT69 ke arah penceroboh bersenjata manakala di sebelah kanan, saya nampak beberapa anggota pasukan kami terlibat dalam pertempuran itu," katanya. - Bernama

Ketua jurulatih baharu skuad bola sepak Perak diumum khamis ini

Posted:

Ketua jurulatih baharu skuad bola sepak Perak diumum khamis ini

Ketua jurulatih baharu skuad bola sepak Perak diumum khamis ini

14/04/2014 9:13pm

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) akan mengumumkan ketua jurulatih baharu skuad bola sepak negeri bagi menggantikan Abu Bakar Fadzim pada Khamis ini, kata Setiausaha Pafa Abdul Aziz Yeop.

Beliau berkata, empat jurulatih asing antaranya dari England dan Bulgaria akan ditemu duga pada hari tersebut sebelum pemilihan ketua jurulatih baharu dimuktamadkan.

"Kita memberi ruang lebih terbuka kepada pemohon, kita tak nak dianggap memilih jurulatih suka-suka dan tidak ditemu duga terlebih dahulu. Kita melihat mereka (ketua jurulatih) daripada pelbagai aspek termasuk kos," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya memilih pakar dalam bidang bola sepak dari luar negara adalah untuk menambah ilmu pemain supaya mereka dapat memantapkan lagi corak permainan.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, dakwaan bahawa Abu bakar dipecat sebagai ketua jurulatih hanya merupakan satu spekulasi. - Bernama

Doktor swasta disamun empat lelaki

Posted:

Doktor swasta disamun empat lelaki

Doktor swasta disamun empat lelaki

14/04/2014 8:48pm

JOHOR BAHRU - Seorang doktor swasta disamun sekumpulan empat lelaki dalam satu kejadian di Jalan Harimau Tarum, Taman Century, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ketika kejadian, mangsa yang berada di hadapan Bank Standard Chartered pada jam kira-kira 4.30 pagi itu, didatangi empat lelaki yang menaiki tiga buah motosikal dari arah belakang.

"Suspek mengacukan pisau dan meminta menyerahkan barang berharga. Mangsa kemudiannya menyerahkan barang berharga seperti kad bank dan kad kredit dan jam tangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, salah seorang suspek kemudiannya membawa lari kereta mangsa, Audi TT dan melarikan diri.

Mangsa, 51, bagaimanapun tidak cedera.

Sulaiman berkata, kerugian dianggarkan sebanyak RM170,000.

Keempat-empat suspek itu dipercayai menaiki motosikal jenis Kawasaki Kips. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved