Jumaat, 11 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tidak yakin mampu menang, calon minta kembali dapur gas

Posted:

Tidak yakin mampu menang, calon minta kembali dapur gas

Tidak yakin mampu menang, calon minta kembali dapur gas

11/04/2014 9:56pm

JAKARTA - Gara-gara tidak yakin mampu memenangi kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), calon Parti Demokrat Andi Farida Soewandi dikatakan bertindak meminta kembali dapur gas yang pernah diberi kepada puluhan penduduk di Kampung Batang Rappe di daerah Bacukiki, tiga hari sebelum Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia, dua hari lalu.

Seorang penduduk kampung, Zaenal berkata dapur itu diterimanya daripada pegawai calon itu, yang bertanding di bandar Parepare, Sulawesi Selatan, dengan bersetuju dia harus mengundi calon berkenaan pada pilihan raya umum lepas.

"Padahal saya mengundi calon itu. Tetapi (mereka) tidak berpuas hati dan meminta saya dan isteri mengundi calon sama. Kami juga terima pemberian dari calon lain, jadi kami bagilah undi kami.

"Apatah lagi tiada perjanjian kita harus mengundi calon itu," katanya seperi dipetik akhbar Kompas, Jumaat.

Zaenal berkata, ketika wakil calon itu hendak mengambil dapur gas berkenaan, beliau yang membuka kedai makan, sedang melayan pelanggannya.

"Saya bersama isteri sedang memasak menggunakan dapur gas yang diberi calon itu. Tiba-tiba seorang daripada pegawai calon itu meminta kami memulangkan kembali dapur tersebut. Ketika itu kami sedang guna untuk memasak air kerana pelanggan memesan kopi," katanya. - Bernama

SST hanya naik sekali sejak 1972, GST tidak mungkin naik mendadak - Ahmad Maslan

Posted:

SST hanya naik sekali sejak 1972, GST tidak mungkin naik mendadak - Ahmad Maslan

SST hanya naik sekali sejak 1972, GST tidak mungkin naik mendadak - Ahmad Maslan

11/04/2014 9:54pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menjangka kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mungkin meningkat mendadak berdasarkan trend cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang hanya naik sekali sejak dilaksanakan pada 1972.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sebarang kenaikan GST pada masa akan datang juga perlu terlebih dahulu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata statistik daripada 160 negara yang ketika ini melaksanakan GST, kebanyakannya menaikkan pada cukai tersebut selepas berpuluh-puluh tahun.

"Negara lain nak sampai 20 peratus GST mengambil masa berpuluh tahun, negara kita untuk SST hanya naik sekali, jadi GST pula akan naik begitu sahaja.

"Malah, rakyat membayar cukai SST sejak tahun 1972 tanpa sedar, dan kini kita mahu menyedarkan rakyat bahawa GST lebih baik," katanya semasa menyampaikan taklimat GST pada pertemuan bersama anggota Umno bahagian Kemaman, Terengganu di sini, hari ini. - Bernama

18 firma Arab Saudi minat teroka pasaran halal Malaysia

Posted:

18 firma Arab Saudi minat teroka pasaran halal Malaysia

18 firma Arab Saudi minat teroka pasaran halal Malaysia

11/04/2014 9:02pm

KUALA LUMPUR - Seramai 18 pempamer Arab Saudi yang menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2014 (MIHAS 2014) berminat memasuki pasaran Malaysia, kata Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran Pihak Berkuasa Pembangunan Eksport Saudi (SEDA), Feras Abal Khail.

Feras, yang juga jurucakap SEDA di Malaysia, berkata 18 daripada 20 firma makanan dan minuman (F&B) menyertai MIHAS 2014 melihat Malaysia sebagai pasaran berpotensi berikutan jumlah populasi umat Islam di negara ini, serta pasaran halal Indonesia.

Dua syarikat F&B telah mengeksport produk mereka ke Malaysia, katanya.

"Berdasarkan jumlah populasi umat Islam yang besar di sini dan di negara jiran Indonesia, kami melihat potensi bagi kami untuk menawarkan produk berkualiti dan mengukuhkan kehadiran kami dalam pasaran," kata Feras kepada pemberita di MIHAS 2014 hari ini.

MIHAS ke-11 diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini selama empat hari mulai 9 April lepas.

Feras berkata, dengan memahami pasaran Malaysia, akan membolehkan syarikat Arab Saudi memahami pasaran di negara-negara jiran, begitu juga pasaran Asia.

Beliau juga berkata SEDA berharap dapat meningkatkan penyertaan syarikat Arab Saudi dalam pameran itu pada tahun depan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved