Khamis, 10 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


SPRM tahan bekas pengarah jabatan kerajaan atas pertuduhan perakuan palsu

Posted:

SPRM tahan bekas pengarah jabatan kerajaan atas pertuduhan perakuan palsu

SPRM tahan bekas pengarah jabatan kerajaan atas pertuduhan perakuan palsu

10/04/2014 9:39pm

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah jabatan kerajaan persekutuan di sini semalam bersama isterinya dan seorang lagi pegawai jabatan yang sama kerana dipercayai menggunakan jawatannya untuk mendapatkan habuan dan membuat perakuan tuntutan palsu.

Menurut sumber, hasil soal siasat yang dilakukan ke atas tiga individu berkenaan, seorang kontraktor berusia 40-an turut ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes sama kerana mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu kepada kerajaan.

"Bekas pengarah dan isteri ditahan di pejabat SPRM semalam ketika hadir untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang kontraktor berhubung pembekalan barangan kepada jabatan berkenaan pada 2011.

"Seorang lagi pegawai daripada jabatan itu turut ditahan pada hari yang sama, dipercayai turut terlibat dengan kes itu kerana memperakukan dokumen yang mengandungi butiran palsu itu sebagai benar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Keempat-empat individu berkenaan kemudian dilepaskan hari ini dengan jaminan setelah selesai diambil keterangan. - Bernama

Dua buah rumah di Kampung Telengging disamun dalam tempoh setengah jam

Posted:

Dua buah rumah di Kampung Telengging disamun dalam tempoh setengah jam

Dua buah rumah di Kampung Telengging disamun dalam tempoh setengah jam

10/04/2014 9:05pm

KUANTAN - Dua buah rumah di Kampung Telengging, Kuala Krau dekat Temerloh disamun dalam tempoh setengah jam dipercayai dilakukan oleh kumpulan penjenayah yang sama hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah rumah yang didiami lima sekeluarga.

"Pengadu, 59, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat, terjaga dari tidur setelah terdengar bunyi bising dan apabila turun ke tingkat bawah didapati isterinya, 50-an, dan tiga anaknya dikumpulkan di satu tempat.

"Suspek yang menutup muka dan bersenjatakan parang serta pemotong besi itu kemudiannya bertindak mengikat pengadu sekeluarga sebelum menggeledah rumah mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan wang tunai RM200, telefon bimbit dan kunci kereta pengadu.

Tambah Abdul Aziz, tidak sampai setengah jam selepas itu, kumpulan berkenaan menceroboh rumah seorang penoreh getah, 40, di kampung sama dan melarikan barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai RM800.

"Kejadian pukul 4 pagi itu berlaku semasa mangsa bersama ibunya, 60-an, sedang nyenyak tidur tiba-tiba dikejutkan suspek.

"Ibu mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek tiba-tiba terkena serangan jantung lalu jatuh namun suspek yang tidak bertimbang rasa itu telah mengikat mangsa dan ibunya.

"Selepas menggeledah rumah mangsa, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan," katanya.

Ujarnya, berdasarkan keterangan pengadu polis percaya kesemua suspek merupakan warga asing. - Bernama

Polis buru lelaki disyaki terlibat kes rompak wanita di Likas

Posted:

Polis buru lelaki disyaki terlibat kes rompak wanita di Likas

Polis buru lelaki disyaki terlibat kes rompak wanita di Likas

10/04/2014 8:40pm

KOTA KINABALU - Polis di sini sedang memburu seorang lelaki rakyat tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes rompak melibatkan seorang wanita dan melarikan mangsa bersama keretanya di Likas, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, lelaki berumur 40 tahun itu diburu selepas seorang lagi rakannya berumur 30 tahun diberkas polis susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

Katanya dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun dilarikan suspek ketika mahu memasuki kenderaannya untuk ke tempat kerja.

"Mangsa berjaya melepaskan diri apabila terjun dari kereta yang dipandu suspek dan membuat laporan polis.

"Susulan laporan itu dan hasil maklumat orang ramai, seorang daripada suspek berjaya ditangkap dan membawa kepada penemuan kereta mangsa di sebuah pasar raya di Menggatal pada pukul 11 pagi, hari yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Jauteh berkata, suspek berusia 30 tahun itu didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan narkotik. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved