Selasa, 1 April 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Myanmar maut dibelasah rakan senegara

Posted:

Warga Myanmar maut dibelasah rakan senegara

Warga Myanmar maut dibelasah rakan senegara

01/04/2014 9:40pm

KUANTAN - Seorang lelaki warga Myanmar maut setelah diserang rakan senegara di sebuah rumah kongsi di Jalan Pinggiran Pelangi dekat Rompin malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Yahaya berkata, Lai Rin Tluang, 24, mati pada 9.45 malam akibat kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai dipukul.

Polis telah menahan dua lelaki Myanmar berumur 20-an bagi membantu siasatan.

Johari berkata, siasatan awal mendapati Lai dipukul oleh beberapa rakan senegara yang menuduh mangsa menyebabkan mereka dibuang kerja. - Bernama

Kementerian Pengangkutan keluarkan transkrip penuh komunikasi antara MH370 dan ATC

Posted:

Kementerian Pengangkutan keluarkan transkrip penuh komunikasi antara MH370 dan ATC

Kementerian Pengangkutan keluarkan transkrip penuh komunikasi antara MH370 dan ATC

01/04/2014 8:30pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan hari ini mengeluarkan transkrip penuh komunikasi antara pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan Menara Kawalan Udara Kuala Lumpur (ATC).

Dalam satu kenyataan, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, transkrip itu turut dikongsi dengan anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu serta media.

"Tiada petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal dalam transkrip itu.

"Pada mulanya transkrip itu diadakan sebagai sebahagian daripada siasatan polis," katanya dalam kenyataan lima perenggan yang dikeluarkan di sini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kini berada di Hawaii menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat - Asean pertama dan beberapa acara berkaitan dan akan berkongsi dengan rakan sejawatannya dari Asean dan kerajaan Amerika Syarikat berhubung perkembangan terbaharu pesawat MH370 yang hilang.

"Sebelum ini, MAS telah menyatakan bahawa siasatan awal menunjukkan suara kata-kata terakhir itu adalah daripada pembantu juruterbang,"

katanya. - Bernama

277 bangunan sertai kempen 'Earth Hour', Datuk Bandar tunai janji berbasikal ke pejabat

Posted:

277 bangunan sertai kempen 'Earth Hour', Datuk Bandar tunai janji berbasikal ke pejabat

277 bangunan sertai kempen 'Earth Hour', Datuk Bandar tunai janji berbasikal ke pejabat

01/04/2014 8:27pm

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib akan menunaikan janji untuk berbasikal ke tempat kerja selama lima hari, setelah 277 bangunan menyertai kempen 'Earth Hour' Sabtu lepas.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan 277 bangunan, melebihi sasaran awalnya. Saya akan berbasikal selepas 6 April nanti," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sabtu lepas, Ahmad Phesal berikrar akan berbasikal ke tempat kerja selama lima hari jika 150 bangunan di ibu negara menyertai kempen hijau dengan memadam lampu bagi tempoh sejam bersempena 'Earth Hour' 2014.

Beliau membuat akujanji 'I will, if you will' itu untuk kali kedua setelah kempen sama berjaya mencapai sasaran 86 bangunan tahun lepas.

Earth Hour merupakan acara tahunan, yang diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac, untuk setiap kediaman dan pejabat mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam sebagai usaha mengurangi penggunaan karbon.

Ini merupakan kali ketiga Kuala Lumpur bersama-sama 7,000 bandar raya dari 152 negara di seluruh dunia menyertai kempen alam sekitar terhadap perubahan iklim. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved