Sabtu, 5 April 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


KAFA pantau Darby

Posted:

KAFA pantau Darby

KAFA pantau Darby

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan prestasi semasa The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

"Mesyuarat tersebut akan membincangkan beberapa isu termasuklah prestasi jurulatih dan pemain The Red Warriors setakat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan peminat serta penyokong Kelantan yang mahukan ketua jurulatih, Steve Darby (gambar) melepaskan jawatan secara terhormat.

Kosmo! semalam melaporkan penyokong setia Kelantan sudah hilang sabar dengan percaturan Darby selepas Kelantan tewas besar 0-4 kepada kelab Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam aksi Kumpulan G Piala AFC 2014 di Stadium Ninh Binh, Vietnam, Rabu lalu.

Rosmadi memberitahu, pihaknya menerima positif setiap pandangan yang dilontarkan oleh penyokong-penyokong Kelantan terutama melibatkan skuad The Red Warriors.

Katanya, KAFA sudah berusaha sebaik mungkin dalam usaha memantapkan pasukan Kelantan bagi mengharungi saingan Liga M musim ini.

"Kita tidak boleh menghalang penyokong untuk memberikan pandangan kerana itu adalah hak mereka sebagai 'pemain ke-12' The Red Warriors.

"Pandangan yang diberikan oleh mereka itu akan kita kaji dan membuat penambahbaikan bagi memperkemas lagi pasukan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosmadi berkata, tindakan KAFA memperkenal pemain sayap lincah Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Nor pada sidang akhbar minggu lalu tidak perlu disensasikan oleh sesetengah pihak.

Menurut Rosmadi, Wan Zack yang sebelum ini menyarung jersi kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu masih menjalani sesi pemulihan selepas ditimpa masalah kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada paha kanan.

"Kita mahu dia (Wan Zack) pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami. Usaha KAFA mendapatkan khidmatnya adalah sebagai persiapan awal memantapkan pasukan untuk saingan musim depan," jelasnya.

Terengganu kembali pimpin carta Liga Super

Posted:

Terengganu kembali pimpin carta Liga Super

Terengganu kembali pimpin carta Liga Super

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my


PEMAIN Sarawak, Mohd. Lot Abu Hassan (kiri) diasak tonggak
import Terengganu, Mario Karlovic pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.


SARAWAK dimalukan di hadapan kira-kira 20,000 penyokong sendiri selepas tewas 1-3 kepada Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak malam tadi.

Beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong setia, aksi babak pertama jelas dikuasai pasukan pelawat yang garang melancarkan banyak gerakan berbahaya sebaik perlawanan dimulakan.

Serangan demi serangan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim itu akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-20 menerusi sepakan percuma kapten Terengganu, Zairo Anuar Zailani.

Tersentak dengan jaringan pasukan lawan, Bujang Senang kembali memperkemaskan jentera serangan.

Hasilnya, Sarawak memperoleh gol penyamaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti oleh penyerang, Mohamad Rashid Aya pada minit ke-28.

Meskipun bertarung dalam keadaan cuaca hujan dan basah, kedua-dua pasukan tetap menampilkan aksi bertenaga dan terus melancarkan serangan bertali arus sehingga aksi babak pertama berakhir.

Sebaik babak kedua bersambung, Terengganu dilihat semakin garang melancarkan serangan, namun mudah dipatahkan benteng pertahanan anak-anak buah Robert Albrets.

Kemasukan pemain import, Moustapha Dabo yang menggantikan Mamadou Hary Barry pada minit ke-60 ternyata memberikan tonik tambahan kepada jentera serangan Sang Penyu.

Penyerang import dari Senegal itu berjaya menjaringkan gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-64.

Kerapuhan benteng pertahanan Bujang Senang semakin ketara apabila pasukan pelawat berjaya menambah derita tuan rumah empat minit kemudian menerusi jaringan Mohd. Norfarhan Muhamad pada minit ke-68.

Percaturan Alberts untuk terus memburu gol dengan memasukkan Joseph Kalang Tie bagaimanapun tidak menjadi dengan setiap serangan yang dilancarkan mudah dipatahkan benteng pertahanan lawan.

Sarawak kembali menggandakan asakan dan berjaya memperoleh dua peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan pada minit ke-80, namun rembatan deras S. Chanthuru gagal menepati sasaran.

Lima minit kemudian, tonggak import Sarawak, Ryan Alan Griffiths mempersia-siakan peluang untuk menambah jaringan selepas tandukannya gagal menewaskan penjaga gol lawan, Mohd. Sharbinee Allawee.

Sejurus tamat perlawanan, segelintir penyokong Sarawak yang kecewa dengan kekalahan Bujang Senang memasuki kawasan padang. Namun, situasi kecoh itu berjaya dikawal pihak polis.

Dengan kemenangan itu, Terengganu kembali menerajui takhta Liga Super apabila mengumpul 20 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.

Johor DT, PKNS berkongsi satu mata di Stadium Shah Alam

Posted:

Johor DT, PKNS berkongsi satu mata di Stadium Shah Alam

Johor DT, PKNS berkongsi satu mata di Stadium Shah Alam

HASRAT Johor DT untuk merakamkan kemenangan pada aksi terakhir pusingan pertama Liga Super tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Selangor PKNS di Stadium Shah Alam malam tadi, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Sepanjang babak pertama perlawanan, PKNS ternyata mempamerkan persembahan agresif dengan mengasak benteng pertahanan Johor DT.

Begitupun, kecekapan penjaga gol Harimau Selatan, Mohd. Izham Tarmizi Roslan memastikan gawang pasukan pelawat tidak dibolosi dalam tempoh 20 minit pertama.

Kesungguhan The Red Ants dalam usaha mencari gol pertama akhirnya berhasil apabila penyerang sensasi PKNS, Patrick Ronaldinho merobek gawang Johor DT pada minit ke-36.

Jaringan itu hadir apabila Ronaldinho menyudahkan percubaan Mohd. Faiz Mohd. Isa yang sebelum itu ditampan Izham Tarmizi.

Bersambung babak kedua, Johor DT mula mempamerkan persembahan bertenaga dengan melancarkan serangan bertali arus ke gawang PKNS.

Safiq Rahim hampir berjaya menyamakan kedudukan selepas melakukan hantaran satu dua dengan bintang Argentina, Luciano Figueroa, namun penjaga gol PKNS, Muhd. Zamir Selamat lebih bersedia menyelamatkan gawangnya pada minit ke-47.

Harimau Selatan memperoleh gol penyamaan apabila tonggak pertahanan, Mahalli Jasuli menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

Malang buat skuad PKNS apabila P. Gunalan diarahkan keluar padang pada minit ke-86 selepas dia didakwa melakukan bentesan keras terhadap penyerang Harimau Selatan, Safee Sali.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved