Rabu, 30 April 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Kalau boleh, apa salahnya?'

Posted:

'Kalau boleh, apa salahnya?'

'Kalau boleh, apa salahnya?'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RANGEL 9 (tengah) sudah meledak 10 gol dalam kempen Liga Super bersama Selangor musim ini.


JURULATIH Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan jika penyerang import Selangor, Paulo Rangel berhajat menukar status kewarganegaraan demi hasrat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Kim Swee mendedahkan, kemasukan Rangel ke skuad Harimau Malaya bakal menambah lebih sengat di jentera serangan sebagaimana bintang skuad Gergasi Merah itu telah meledak 10 gol dalam 13 penampilan Liga Super musim ini.

Jelas pengendali kelahiran Melaka itu, beliau percaya kehadiran pemain Brazil itu (jika berjaya dinaturalisasikan), bakal memberikan satu perkembangan cukup baik kepada bola sepak negara.

"Jika dia (Rangel) memenuhi kriteria (yang ditetapkan oleh FIFA) untuk melayakkan diri menyarung jersi skuad negara, saya fikir ia bukan satu masalah.

"Saya percaya dengan kualiti yang ada pada dia, ia akan memberikan perkembangan cukup baik kepada pasukan kebangsaan.

"Apa yang pasti, saya mengalu-alukan kedatangan Rangel jika dia berminat untuk beraksi bersama skuad negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Semalam, Rangel, 29, menyatakan kesediaannya untuk menyertai skuad negara apabila ramai pemerhati bola sepak menggangap bekas pemain Perak itu layak diberikan peluang untuk bersama skuad Harimau Malaya berdasarkan prestasi cemerlang musim ini.

Rangel menerusi laman sosial Instagram, berkata: "Selamat tengahari semua. (Saya) sangat gembira dengan laporan (mengaitkan saya dengan Harimau Malaya).

"Sudah tentu ia satu kebanggaan untuk membantu Malaysia selain membuka pintu kepada saya dan keluarga saya untuk memiliki status kewarnegaraan Malaysia. Terima kasih atas sokongan semua."

Bagaimanapun, isu naturalisasi boleh dianggap perkara sensitif dalam kalangan sesetengah pemerhati bola sepak tempatan.

Ini kerana 'taktik' ini dilihat mencerminkan betapa rendah martabat pembangunan bola sepak peringkat akar umbi sehingga memaksa negara mengambil pemain luar.

Mengulas mengenai isu tersebut, pemenang pingat emas Sukan SEA 2011 itu memiliki alasan yang tersendiri.

"Jika anda mahukan kemajuan dalam masa lima tahun dengan segera, kemasukan pemain-pemain naturalisasi mampu memberikan manfaaat kepada skuad kebangsaan.

"Lihat Filipina, mereka tidak ke mana dalam tempoh lima tahun dulu tetapi mereka mengambil sikap positif dengan mengambil pemain-pemain luar negara.

"Hasilnya, bola sepak mereka bertambah maju. Untuk jangka masa panjang, kita sudah ada Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Saya percaya akan mendapat hasil selepas 15 tahun akan datang," kata Kim Swee.

Shahril, Teerasil ketuai Asean All-Star

Posted:

Shahril, Teerasil ketuai Asean All-Star

Shahril, Teerasil ketuai Asean All-Star

PENYERANG Singapura, Shahril Ishak dan bintang Thailand, Teerasil Dangda bakal mengetuai jentera serangan skuad Asean All-Star ketika menentang pasukan Indonesia dalam satu perlawanan amal untuk mengutip tabung mangsa-mangsa Taufan Haiyan.

Aksi tersebut berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno yang memiliki kapasiti 100,000 tempat duduk di Senayan, Jakarta pada 11 Mei nanti.

Shahril yang membantu Singapura menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012, bakal digandingkan dengan peledak berbisa Thailand, Teerasil yang memiliki pengalaman beraksi di Liga Perdana England dan Liga Australia.

Selain Shahril dan Teerasil, beberapa penyerang sensasi Asean yang turut tersenarai adalah Le Cong Vinh (Vietnam), Ian Bayona Araneta (Filipina) dan Visay Phaphouvanin (Laos) bagi membentuk senarai 22 pemain dalam skuad Asean All-Star.

Datuk K. Rajagobal yang pernah menjulang Piala AFF Suzuki 2010 bersama Malaysia, dipilih sebagai jurulatih Asean All-Star pada kali ini.

"Kami tidak memiliki banyak masa dari segi persediaan tetapi kami cukup profesional.

"Saya percaya pemain-pemain ini sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan amal ini.

"Ini bukan sahaja perlawanan biasa dan apa yang lebih mustahak adalah kami akan menyajikan satu persembahan menghiburkan kepada peminat-peminat Indonesia.

"Sejujurnya, matlamat utama perlawanan ini adalah untuk memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa Taufan Haiyan," kata Rajagobal.

Dalam perkembangan sama, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl telah menyenaraikan skuad terkuat untuk menentang pasukan elit Asean tersebut.

Ini kerana Riedl turut memanggil pemain naturalisasi, Greg Nkwolo yang beraksi bersama Persebaya Surabaya dan pemain tengah, Firman Utina.

"Perlawanan ini sangat penting buat kami. Ia bukan sekadar aksi biasa.

"Kami akan menentang pasukan cukup berkualiti yang mana mereka memiliki kelebihan dalam setiap posisi," ujarnya.

Malaysia bakal terlepas tujuh emas

Posted:

Malaysia bakal terlepas tujuh emas

Malaysia bakal terlepas tujuh emas

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

"Saya kecewa karate tetap ditolak Singapura."
Demikian komen Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar apabila Singapura tetap tidak memasukkan acara karate pada Sukan SEA 2015.

Menurutnya, keputusan tersebut menipiskan peluang Malaysia membawa pulang lebih banyak pingat kerana ia adalah salah satu sukan prospek untuk emas.

"Kita terpaksa melupakan karate yang sebelum ini berjaya menyumbang tujuh emas pada aksi Sukan SEA di Myanmar tahun lalu.

"Dengan prestasi atlet yang begitu meyakinkan, saya akui bukan saja saya, malah semua yang terlibat termasuk atlet amat kecewa dengan keputusan tersebut," katanya di Putrajaya semalam.

Sebagai rekod, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah membuat rayuan sejak Mac lalu agar acara tersebut dipertandingkan, namun jawatankuasa penganjur tetap dengan pendirian mereka.

Malah, kedegilan Singapura turut terserlah apabila menolak saranan Presiden Persekutuan Karate Antarabangsa, Antonio Espinos yang menawarkan untuk membayar segala kos bagi melaksanakan acara tersebut pada temasya sukan itu.

Bagaimanapun, Singapura memberi alasan masalah venue dan masalah tadbir urus tempatan menyebabkan acara itu tidak disenaraikan.

Sehubungan itu, Malaysia perlu bersedia apabila Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA, Dr. Tan Eng Liang mengesahkan, floorball dan petanque akan menjadi acara baharu yang akan disenaraikan manakala karate, angkat berat dan gusti disingkirkan.

"Saya percaya MOM telah melakukan yang terbaik dan acara lain akan membantu Malaysia dalam kutipan pingat nanti," ujar Khairy.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved