Selasa, 15 April 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sufian wira Lions XII

Posted:

Sufian wira Lions XII

Sufian wira Lions XII

Oleh SAHLIZAH MOHAMED dan NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my

PEMAIN-PEMAIN Sarawak meraikan kejayaan menewaskan ATM 3-2 di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.


PENYERANG Lions XII, Sufian Anuar mencipta hatrik pertama Liga Super musim ini ketika menewaskan Pahang 4-1 di Stadium Jalan Besar malam tadi.

Kekalahan itu memberi tamparan hebat kepada pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan apabila merakamkan kekalahan pertama sejak mengambil alih tugas Ronald Smith, Mac lalu.

Pada aksi tersebut, pasukan pelawat membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi Damion Stewart hasil sepakan percuma yang diambil Azidan Sarudin.

Begitupun, kelebihan skuad Tok Gajah hanya bertahan selama 11 minit apabila Safuwan Baharudin kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-29.

Pada babak kedua, Lions XII yang tewas 0-1 kepada Sime Darby di venue sama minggu lalu mengasak benteng pertahanan skuad bimbingan Zainal itu.

Ketika permainan berbaki 10 minit, Sufian berjaya meletakkan wakil Singapura itu di hadapan buat pertama kalinya apabila meledakkan gol kedua Lions XII.

Tersentak dengan jaringan itu, Pahang kembali mengatur gerakan untuk menyerang kubu pertahanan Lions XII.

Namun, Sufian memastikan juara bertahan Liga Super itu bangkit apabila menjaringkan dua gol pada masa kecederaan.

Selepas aksi menentang Pahang, wakil Singapura itu bakal bertemu musuh tradisi, Selangor di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Sementara itu, di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Angkatan Tentera Malaysia 3-2.

Juan Manuel Arostegui membuka tirai jaringan pada minit ke-31 tetapi kelebihan skuad The Gladiators berjaya dipadamkan Sarawak menerusi Junior Eldstal minit ke-41.

Skuad Bujang Senang menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad kendalian B. Sathianathan itu apabila meledakkan tiga gol hasil jaringan S. Chanturu pada minit ke-59, gol sendiri Nor Fazly Alias (ke-73) dan Christie Jayaseelan (ke-74).

Di Stadium Shah Alam, Terengganu gagal memanfaatkan kelebihan dua gol apabila diikat Selangor PKNS 2-2, sekali gus tidak berpeluang untuk mengekori rapat pendahulu Liga Super, Pahang.

Dalam aksi itu, anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim cemerlang apabila mendahului dua gol hasil jaringan Azlan Zainal dan Mario Karlovic masing-masing pada minit ke-21 dan ke-42.

Namun, PKNS berjaya mengutip satu mata apabila Patrick Ronaldinho menjaringkan gol pertama buat pasu- kan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan pada minit ke-62.

P. Gunalan melengkapkan kebangkitan skuad The Red Ants dengan menjaringkan gol kedua PKNS pada minit ke-77.

Dhaarma Raj buat eksperimen

Posted:

Dhaarma Raj buat eksperimen

Dhaarma Raj buat eksperimen

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


MUHAMMAD SHAHRIL SAABAH (depan) cuba melepasi kawalan pemain China di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.


ENAM siri perlawanan persahabatan menentang China akan menjadi pengukur kekuatan skuad hoki senior negara sebelum mengharungi Cabaran Juara-Juara 1 di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan, Pahang bermula 26 April ini.

Ketika ini, skuad hoki negara telah mengharungi dua perlawanan persahabatan dengan China yang mana menyaksikan berjaya mencatat kemenangan 2-1, Ahad lalu dan seri 4-4 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil kelmarin.

Bagaimanapun ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mempunyai pandangan tersendiri terhadap percaturannya ketika menentang skuad bimbingan Yang Liu itu.

Katanya, beberapa pemain remaja yang beraksi dalam Divisyen Satu Liga Hoki Kebangsaan dipanggil menyertai barisan pemain skuad senior negara bagi mengharungi perlawanan persahabatan itu.

"Saya pecahkan kepada dua kumpulan dan juga telah memanggil beberapa pemain remaja.

"Bagi setiap perlawanan, saya akan turunkan empat atau lima pemain remaja sebagai 'pengacau' kepada pemain skuad senior.

"Saya mahu melihat bagaimana mereka (pemain senior) bertindak dengan bijak mengawal situasi sekiranya pemain remaja melakukan kesilapan.

"Lagipun saya mahu seimbang dengan China dan beri ruang kepada mereka untuk menyerang atau mendapatkan pukulan sudut penalti. Jadi, saya boleh melihat keupayaan penjaga gol dan pemain lain untuk bertindak.

"Jika saya tidak berbuat sedemikian, macam mana para pemain mahu membuktikan kemampuan mereka dalam fasa pemilihan ini.

"Sekarang, siapa yang diturunkan berpeluang membuktikan kepada saya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Empat lagi perlawanan akan berlangsung hari ini, esok, Sabtu dan Ahad di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bagi melengkapkan enam siri menentang China sebelum bertemu Perancis dan Poland di Pahang sebagai aksi 'pemanas badan' terakhir.

Mengulas lanjut, Dhaarma Raj menjelaskan, misi utama perancangannya itu bertujuan mahu memilih 18 pemain yang mempunyai tahap kekuatan sama bagi menggalas tugas ke Cabaran Juara-Juara 1.

"Saya mahu pemain yang ke-18 itu sama hebat dengan pemain yang berada dalam kesebelasan utama. Ia akan memberikan saya banyak pilihan sewaktu kejohanan berlangsung.

"Saya mahu pasukan saya seimbang agar semua pemain tidak mengalami keletihan dan dapat memberikan aksi yang terbaik sehingga tamat kejohanan," jelasnya.

Nor Suryani tampil lebih tenang

Posted:

Nor Suryani tampil lebih tenang

Nor Suryani tampil lebih tenang

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIRA-KIRA dua tahun lalu, fokus seluruh dunia tertumpu kepada ratu menembak negara, Nor Suryani Mohamed Taibi.

Apa tidaknya, kegigihan Nor Suryani, 32, bertanding di pentas Sukan Olimpik 2012 di London ketika sarat mengandung cahaya mata pertama memang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Biarpun sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada pusingan awal di London, ia tetap tidak mematahkan semangat ibu kepada Dayana Widyan itu daripada terus menceburkan diri dalam sukan menembak.

Kini, Nor Suryani mengakui mentalnya lebih bersedia bagi mengharungi temasya Sukan Komanwel 2014 yang bakal membuka tirainya di Glasgow, Scotland pada 23 Julai depan.

"Sudah tentu ada perbezaan, terutamanya dari segi mental berbanding ketika berbadan dua semasa bertanding pada temasya Olimpik lalu.

"Kini, saya memiliki sedikit kelebihan kerana mampu lebih fokus terhadap diri sendiri," katanya kepada Kosmo! kelmarin.

Namun, Nor Suryani tetap enggan memasang sebarang sasaran dalam usaha mempertahankan pingat emas acara 10 meter (m) Air Rifle individu wanita yang dimenanginya pada temasya 2010 di New Delhi, India selain kekal fokus memberikan cabaran dalam acara 50m Rifle Prone individu wanita kali ini.

"Saya hanya mahu mencari kesempurnaan ketika membidik kali ini.

"Biarpun tidak menetapkan sebarang sasaran, saya tetap memasang impian supaya melakar kejayaan yang lebih baik berbanding di New Delhi," katanya.

Nor Suryani berkata, buat masa ini dia lebih banyak menjalani latihan teknikal sebelum menggilap mana-mana kelemahan kira-kira sebulan sebelum temasya bermula.

"Berdasarkan peraturan baharu pada temasya kali ini, sesiapa pun boleh muncul juara apabila kutipan mata di pusingan awal tidak lagi dikira sebaik memasuki pusingan seterusnya.

"Jadi, saya harus memperbaiki fokus supaya kekal konsisten sehingga penghujung saingan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved