Selasa, 1 April 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Peluang United pulih reputasi

Posted:

Peluang United pulih reputasi

Peluang United pulih reputasi

BARISAN pemain United sudah bersedia untuk menyekat kemaraan Bayern Munich pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi esok.


LONDON – Manchester United masih berpeluang untuk memulihkan reputasi mereka yang sudah tercalar teruk musim ini.

Ketika peluang untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan liga domestik musim ini sudah tertutup, skuad kendalian David Moyes itu masih ada satu lagi harapan untuk membuktikan kecaman terhadap mereka itu adalah silap.

Satu-satunya harapan mereka untuk memulihkan reputasi yang sudah tercalar itu adalah pada kempen Liga Juara-Juara.

United akan berdepan juara bertahan, Bayern Munich pada aksi suku akhir pertama di Old Trafford awal pagi esok.

Atas kertas, misi United dilihat sukar tetapi jika mereka mampu mempamerkan aksi terbaik, peluang untuk mengatasi Bayern adalah cerah.

United yang kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana England dengan mengumpul 54 mata, perlu mempergunakan sepenuhnya kelemahan yang ada pada Bayern jika berhasrat meraih kemenangan pada aksi pertama ini.

Moyes mengakui bahawa dia sedar dengan tugas getir yang menanti mereka, namun ia bukan alasan untuk menyerah mudah.

Dia juga sedar prestasi semasa Bayern memang hebat apabila mendakap trofi Liga Jerman buat kali ke-24 baru-baru ini.

Namun, Moyes tidak gentar dengan statistik berkenaan sambil menegaskan, anak-anak buahnya sudah bersedia memburu bekalan selesa sebelum aksi suku akhir kedua di Allianz Arena selepas ini.

"Apabila kami diundi bertemu Bayern, saya menyedari kami akan berdepan antara kelab terbaik di dunia.

"Walaupun kami agak bergelut mempamerkan aksi sebenar musim ini, saya percaya pemain dapat memanfaatkan kelemahan yang dimiliki Bayern," tegas Moyes.

Kali terakhir United muncul juara Liga Juara-Juara Eropah ialah pada musim 2007-08 selepas menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sejak Liga Juara-Juara ini diperkenalkan, United sudah bergelar juara sebanyak tiga kali sementara Bayern melakukannya sebanyak lima kali.

Durakovic dalam dilema

Posted:

Durakovic dalam dilema

Durakovic dalam dilema

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


DURAKOVIC (kiri) bersalaman dengan jurulatih Han Noi T&T, Phan Thanh Hung selepas sidang akhbar di Stadium Shah Alam semalam.


MASALAH kecederaan menghadirkan keresahan buat pengendali Selangor, Mehmet Durakovic menjelang aksi menentang kelab Vietnam, Ha Noi T&T pada aksi keempat peringkat Kumpulan F kempen Piala AFC di Stadium Shah Alam malam ini.

Durakovic tidak dapat menurunkan tiga tonggak utamanya iaitu Steve Pantelidis, K. Gurusamy dan Andik Vermansyah yang dihimpit kecederaan ketika ini.

Situasi tersebut menambahkan lagi kesukaran Durakovic yang masih tercari-cari kemenangan sulung pada kempen Piala AFC musim ini bagi mencerahkan peluang mara ke peringkat kalah mati.

"Ramai pemain mengalami kecederaan termasuk Pantelidis dan Andik yang mengalami hamstring. Keadaan Muhammad Shahrom Abdul Kalam pula masih 50-50 tetapi Gurusamy besar kemungkinan bakal terlepas semua aksi musim ini.

"Kami terpaksa mengharungi situasi ini, namun tetap meneruskan tugas kami. Ia bukan satu tugas yang mudah dan saya perlu mencari pengganti sesuai untuk mengisi kekesongan Gurusamy.

"Pilihan yang saya ada ketika ini ialah Abdul Shukur Jusoh. Apa pun, kita akan lihat nanti bagaimana dan kami akan tetap memberikan persembahan terbaik esok (malam ini)," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar perlawanan itu di Stadium Shah Alam semalam.

Durakovic turut percaya skuad bimbingannya tidak akan mendapat laluan mudah daripada Ha Noi T&T apatah lagi lawan mereka itu pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaik.

Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Australia itu yakin anak-anak buahnya mampu menggalas misi mencari tiga mata pertama dalam kempen itu dengan berpegang teguh terhadap prinsipnya iaitu menang dalam setiap perlawanan.

"Ha Noi T&T adalah sebuah pasukan yang hebat. Mereka mempunyai pemain yang sangat berkualiti dan pastinya ia akan menjadi satu perlawanan sukar.

"Namun, bagi saya, kami sepatutnya boleh mendapat keputusan seri pada pertemuan lalu (tewas 0-1 kepada Ha Noi T&T 19 Mac lalu) dan matlamat utama kami esok (malam ini) adalah untuk meraih tiga mata penuh," jelasnya.

Sementara itu, jurulatih Ha Noi T&T, Phan Thanh Hung turut senada dengan Durakovic dengan harapan dapat membawa pulang tiga mata ke bumi Vietnam.

"Perlawanan ini sangat penting buat kami dan juga Selangor kerana kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk layak ke pusingan kalah mati Piala AFC.

"Saya akan menurunkan barisan terbaik dan akan memberikan yang terbaik bagi mendapatkan keputusan positif esok (malam ini) sepertimana ketika kami menang 1-0 pada aksi pertama sebelum ini," katanya.

Sebagai rekod, Selangor kini menduduki tangga ketiga Kumpulan F dengan dua mata hasil dua keputusan seri (1-1 dengan Arema Indonesia dan Maziya S&RC) dan ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu, Hanoi T&T yang menang kesemua tiga perlawanan setakat ini.

Perak tamatkan khidmat lima pemain

Posted:

Perak tamatkan khidmat lima pemain

Perak tamatkan khidmat lima pemain

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


TERKES (kanan) ditamatkan kontraknya oleh Pafa selepas gagal mempamerkan aksi yang diharapkan.


PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) menamatkan khidmat tiga pemain importnya berkuatkuasa serta merta.

Mereka ialah penyerang Zelimir Terkes dan Eliel da Cruz selepas gagal menampilkan aksi cemerlang serta pemain pertahanan Martin Kafando atas faktor kecederaan berpanjangan.

Selain itu, dua pemain tempatan yang beraksi di posisi pertahanan iaitu Mohd. Khairi Mohd. Kiman dan Mohd. Haizal Faquan Sadarudin turut digugurkan daripada skuad atas faktor kecederaan.

Langkah tersebut adalah untuk memulihkan prestasi skuad Perak yang kini menghuni tangga tercorot liga.

Setiausaha Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, selepas mengharungi peringkat awal Liga Super pada musim ini, dua pemain penyerang import mereka gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan.

"Pihak pengurusan melalui satu jawatankuasa yang diketuai pengurus pasukan, Datuk Azhar Ahmad telah mengambil keputusan drastik secara rasminya untuk menamatkan kontrak ketiga-tiga pemain import tersebut.

"Jawatankuasa telah sebulat suara menamatkan kontrak Eliel da Cruz dan Martin Kafando yang tarikh akhirnya ialah hari ini (semalam) melalui perjanjian bersama yang telah ditandatanganinya," katanya pada satu sidang akhbar di pejabat Pafa di Ipoh semalam.

Abdul Aziz berkata, Pafa terpaksa dengan berat hati melepaskan Kafando meskipun pemain tersebut beraksi dengan cemerlang pada musim ini, namun atas faktor kecederaan yang berpanjangan, pihak Pafa terpaksa menggugurkannya.

"Kita memang kagum dengan Kafando yang memberikan komitmen tinggi kepada pasukan tetapi terpaksa membuat keputusan tersebut memandangkan prestasi keseluruhan pasukan adalah lebih penting.

"Selain itu kita turut menamatkan kontrak dua pemain tempatan iaitu Khairi Kiman dan Haizal Faquan yang masing-masing mengalami kecederaan," katanya.

Sehubungan itu, Pafa telah mengenalpasti dua penyerang baharu iaitu bekas pemain kelab Al-Akha'a Ahley iaitu pemain kelahiran Lebanon, Imad Ghaddar, 23, dan seorang pemain dari Brazil, Diego Santos, 26.

Katanya, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kafando pihaknya telah mengenalpasti seorang pemain import baharu dari Croatia namun enggan mendedahkannya lagi.

"Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain tempatan, kita sedang berbincang dengan pemain tengah Kelantan, Famirul Asyraf Sayuti berusia 24 tahun untuk memperkuatkan bahagian tengah.

"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas daripada pihak Kelantan."

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved