Isnin, 7 April 2014

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Dunia fesyen berkembang pesat

Posted:

Dunia fesyen berkembang pesat

Dunia fesyen berkembang pesat

Oleh NIZHA PERIASWAMY

PERKEMBANGAN pesat industri fesyen dunia tidak boleh disangkal. Namun, apa yang paling banyak membantu perkembangan positif ini ialah sokongan daripada pelbagai sudut teknologi misalnya gajet, peralatan moden dan rangkaian perkhidmatan seperti internet yang membantu menyemarak dunia fesyen.

Penggunaan fabrik dan tekstil dalam industri pengeluaran dan pembuatan pakaian membawa kepada kemajuan perindustrian fesyen. Ini khususnya di negara-negara membangun yang sarat dengan kemajuan teknologi untuk fesyen. Tidak ketinggalan negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia sendiri yang banyak gunakan kemudahan teknologi dalam pembangunan dunia fesyen.

Pengarah urusan Skyye.com, Joanna Soh yang menjalankan jualan dalam talian membabitkan produk jenama mewah dan terpilih berkata, pembangunan teknologi khususnya penggunaan internet telah memberi impak yang positif kepada dunia fesyen.

"Generasi baharu banyak melakukan pembelian dalam talian kerana ia mudah dilakukan. Di Skyye.com, anda boleh memperoleh apa sahaja barangan berjenama yang tidak terdapat di dalam negara ini," katanya.

Dalam industri tekstil turut menggunakan mesin-mesin canggih dan berkelajuan tinggi. Ia membolehkan produktiviti pengeluaran pakaian dipertingkatkan dengan kos yang efektif.

Penggunaan teknologi-teknologi baharu ini juga memberi impak sosial yang mendalam bukan sahaja kepada para pekerja dan peserta fesyen yang terlibat tetapi juga kepada kilang pembuatan pengeluaran pakaian. Kemahiran, pengurusan dan keperluan latihan organisasi pula menerima tempias negatif daripada perkembangan teknologi yang memberi kesan kepada pembangunan modal insan.

Teknologi seperti CAD, CAM, pengurusan pembuatan dan sistem teknologi maklumat dilihat berupaya tinggi dan memudahkan berlakunya perubahan dalam fesyen wanita dan industri tekstil negara mahupun global. Melalui peningkatan produktiviti oleh peserta fesyen dan dengan mengurangkan kos pembuatan keseluruhan, industri pakaian mula dipandang sebagai satu industri berkeperluan di negara berasaskan perindustrian.

PENINGKATAN teknologi dalam industri tekstil banyak membantu memudahkan kerja-kerja penghasilan pakaian.


Fleksibel

Pembangunan teknologi menggalakkan automasi pengeluaran pakaian dan dalam industri mesin jahit misalnya, teknologi menawarkan pelbagai kaedah fleksibel untuk menyesuaikan diri dengan gaya berubah, kain dan saiz.

Justeru, ia juga menggalakkan dan memungkinkan wujudnya beberapa keputusan penting dalam pembangunan dalam penilaian kain untuk industri fesyen ini. Walau bagaimanapun, masih terdapat halangan yang dikesan dalam automasi kain jahitan.

Pencarian daya saing yang lebih efektif meningkatkan kewujudan kaedah baharu dalam bidang reka bentuk, kualiti dan perkhidmatan selain memberi lebih fleksibiliti motivasi kepada pekerja.

Selain daripada kos dan akses yang lebih besar, terdapat kesan keseluruhan kepada teknologi pakaian syarikat-syarikat besar yang menguatkan daya saing di antara mereka tetapi dengan mengorbankan firma kecil dan sederhana.

Apa pun, teknologi baharu membawa perubahan yang ketara dan meningkatkan ekonomi pembuatan pakaian dan organisasi. Tugas seperti mereka bentuk, memotong dan membuat penanda boleh dikendalikan menggunakan peralatan yang paling moden dan canggih.

Bagi pakaian yang berasaskan bulu sebagai contoh, tugas memotong material itu boleh disepadukan secara langsung ke dalam proses kawalan kualiti kain. Operasi menjahit dan yang berkaitan dengannya dirangka dalam unit-unit kecil yang dikenali sebagai unit satelit dan ditawarkan kepada buruh yang menyediakan kos pilihan mereka.

PENCETAK F-Series baharu daripada Epson menyediakan warna-warna yang terbaik.


Pengusaha pasaran teknologi industri pakaian turut menyenaraikan kepentingan besar dalam bidang reka bentuk, inovatif fabrik, maklum balas cepat, kualiti dan fleksibiliti. Usaha peruncitan lebih tertumpu di pasaran fesyen global. Pemborong besar pula melibatkan diri mereka dalam menjalin hubungan dengan pembekal untuk pembelian terus kain, serat dan benang.

Bagi seorang bloger fesyen dan penulis kecantikan, J. Q. Lee, 24, memberitahu, pembangunan teknologi dalam fesyen sangat ketara pada masa kini dan ia juga membuka ruang untuk kewujudan pasaran. Dia juga menyentuh tentang perniagaan dalam talian khususnya blogshop mengakui ia lebih mudah mencapai pelanggan.

"Pelbagai kegunaan perisian dan peranti yang membantu pereka fesyen, penggunaan cetak digital pada baju-baju kita sudah menjadi trend. Malah kegilaan orang muda seperti kami menggunakan pakaian bercetak digital salah satu bukti kebangkitan pengaruh teknologi dalam fesyen," kata Kathryn Rao, 22, seorang penulis fesyen majalah dalam talian pula.

Inuendo seni warisan Rom

Posted:

Inuendo seni warisan Rom

Inuendo seni warisan Rom

JAKET blouson ini dihasilkan menerusi teknik tenunan tangan menggunakan fabrik sued berkualiti tinggi.


SISI tersembunyi warisan kesenian agung tamadun Rom dapat dilihat di dalam setiap helaian koleksi musim bunga/panas 2014 Brioni.

Jenama dari Itali itu turut meminjam tarikan perlambangan dan gaya sempurna daripada filem-filem era 1950-an yang kebanyakannya dipelopori legenda seperti Luchino Visconti dan Helmut Berger.

Laman melengkung Akademi Kesenian Brera di Milan menjadi lokasi utama bagi promosi sulung koleksi baharu Brioni itu. Pengarah kreatif Brioni, Brendan Mullane turut menjadikan beberapa mercu tanda Rom seperti Muzium Vatican dan Pantheon sebagai medium penterjemahan rekaan kali ini.

Revolusi

Helaian jejaka Brioni tersebut ditampil segak menerusi garis-garis grafik, lapisan elegan reka bentuk geometri dan disempurnakan palet kelabu keluli, biru pudar dan merah jambu moody.

Sebagai rekaan berevolusi susulan musim luruh, koleksi terbaharu itu menggabungkan kekemasan, ciri memikat dan menepati keinginan segak lelaki kontemporari.

Siluetnya sempurna untuk penggayaan sepanjang hari dengan penekanan diberi kepada tali leher bermotif grafik petak. Ia merupakan gaya kitaran Brioni namun kali ini turut diadaptasi kepada sut potongan langsing (slim), baju hujan dan jaket sukan.

Variasi material terdiri daripada tenunan mesin Jacquard atau tenunan tangan menggunakan sued berkualiti tinggi bagi menghasilkan jaket blouson dan still. Kombinasi antara sutera kapas kait yang merupakan teknik tradisional Brioni juga dikembalikan dalam pembuatan baju panas.

Kerjasama bersama pereka hiasan rumah, Fredrikson Stallard sempena koleksi baharu ini turut menyaksikan barisan aksesori berkualiti tinggi. Pin tali leher, bar dan kafling bersalut rona kuning keemasan sekali lagi menjanjikan padanan ideal bersama rona kontra kemeja putih.

Selain itu, beg fungsional untuk individu yang kerap bertugas di luar dan beg jinjit (tote) dilatari mewah kulit rusa, lembu dan sued serta dipadankan bersama fabrik berkotak.

Sepatu Brioni melengkapkan keseluruhan stail dengan bayangan rona biru malam (blu notte), kelabu titanic dan bordeaux menerusi material kulit lembu, buaya dan sued.

Berlian rawat muka

Posted:

Berlian rawat muka

Berlian rawat muka

Oleh NIZHA PERIASWAMY


RAWATAN muka emas antara rawatan yang sesuai untuk semua jenis kulit.


EMAS, mutiara, berlian dan batu-batu gem, semuanya tidak boleh dipisahkan daripada wanita. Gelang emas, cincin berlian, subang mutiara dan kalungan batu gem yang eksotik, logam dan batu permata tidak hanya terhad bagi memenuhi keperluan aksesori fesyen seseorang.

Sebenarnya, emas, mutiara dan berlian sangat popular dalam dunia kecantikan apabila ia digunakan secara holistik dalam dunia rawatan kecantikan.

Pemilik salon Simran Beyond Beauty (SBB) yang berlokasi di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di Petaling Jaya, Gurjit Kaur, 40-an mengakui rawatan berlian sebagai pelengkap dan penyempurna kecantikan seseorang yang mahu mengekalkan awet muda dan kejelitaan berpanjangan.

"Penggunaan berlian dalam rawatan muka adalah satu bentuk rawatan mikro dermabrasi iaitu teknik menyental wajah secara manual untuk memberikan kulit yang lebih seri, menghilangkan kedutan halus dan meremajakan semula kulit wajah," ujar Gurjit.

Lazimnya, apabila bercakap mengenai pengunaan berlian dalam sesuatu rawatan khususnya rawatan kecantikan, ia bukan sepenuhnya tentang cara mencantikkan wajah sahaja. Malah, rawatan muka berlian membantu dalam keselarasan saliran limfa kulit tanpa mencalar dan menghidrat kulit. Ramai yang mengakui kesan dapat dilihat secara serta merta meskipun baru sekali melakukan rawatan.

Rawatan berlian membantu mereka yang tidak mempunyai warna kulit sekata, mengurangkan atau menghilangkan parut, menangani masalah liang roma yang besar dan mengurangkan garis-garis halus.


GURMIT menjalankan rawatan muka berlian menggunakan serbuk khas.


Tradisi kecantikan yang digunakan sejak abad berabad juga membuktikan berlian mempengaruhi tisu dalam badan manusia khususnya dalam penyingkiran toksin.

Ia membekalkan oksigen dan membersihkan kulit. Berlian juga berpotensi membangunkan sel-sel yang tidak aktif serta meningkatkan fungsi metabolik kulit.

Rawatan berlian yang digunakan dalam bentuk serbuk kristal berlian bagi melicinkan kulit akan meninggalkan kesan kulit yang lebih sekata, berkilauan dan berseri.

"Terdapat pelbagai jenis rawatan untuk muka. Di SBB, kami menawarkan rawatan muka hanya selepas menganalisis wajah mereka mengikut kesesuaian," kata Gurjit yang juga bekas jururawat rawatan kecantikan.

Beroperasi sejak tahun 2011, SBB hanya menggunakan produk organik dan semula jadi tanpa penggunaan sebarang ammonia, paraben, kimia atai sintetik.

Antara rawatan yang paling popular di SBB ialah pengelupasan kimi, urutan terapi Swedish dan Shiatsu serta penyental badan organik SBB.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved