Selasa, 22 April 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mangsa culik dibunuh selepas SMS

Posted:

Mangsa culik dibunuh selepas SMS

Mangsa culik dibunuh selepas SMS

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

MURUGAN (berbaju belang) semasa ditemu bual pemberita di Rumah Mayat Hospital Melaka semalam.


MELAKA – Selamat jalan dan Lagi satu kali x sms. Awk boleh sembayang utk anak. Itu merupakan dua mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima D. Murugan, 52, pada pukul 5.35 petang kelmarin iaitu kira-kira satu jam setengah sebelum anaknya, M. Gunaseelan, 13, yang hilang Ahad lalu ditemui mati dibunuh.

Semasa ditemui, mayat anak bongsu daripada tiga beradik itu dalam keadaan terbaring dengan kedua-dua belah tangan dan kaki terikat pada kerusi di tingkat satu sebuah rumah kedai kosong di Taman Merdeka Jaya di sini.


Gunaseelan


Jarak mayat Gunaseelan ditemui dengan rumahnya kira-kira 500 meter.

Murugan memberitahu, kali terakhir dia melihat Gunaseelan pada pukul 8 pagi Ahad lalu sebelum dia keluar dari rumah untuk ke pasar borong.

"Sebelum meninggalkan Gunaseelan di rumah, saya memberitahu akan pulang pada pukul 9 pagi dan berjanji akan membeli sarapan pagi untuknya," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Melaka di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Catuan air tetap diteruskan

Posted:

Catuan air tetap diteruskan

Catuan air tetap diteruskan

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


Paras air di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu minggu lalu.


SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menegaskan catuan bekalan air di Lembah Klang sejak 27 Februari lalu akan diteruskan sebagai persediaan menghadapi musim kering yang dijangka bermula Mei ini sehingga September depan.

Ini bermakna kira-kira 6.7 juta penduduk Lembah Klang bakal berdepan catuan bekalan air untuk selama 161 hari lagi selepas telah pun sengsara selama 55 hari akibat catuan bekalan air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu turut mengambil kira keadan bekalan air di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu ketika ini yang masih di bawah paras kritikal.

Beliau berkata, paras simpanan air mentah di empangan berkenaan ketika ini ialah 89.29 juta meter padu atau 38.82 peratus berbanding 235.32 meter juta padu jika empangan penuh 100 peratus.

Katanya, bekalan air berkenaan hanya mampu bertahan selama 29 hari jika catuan sedia ada dihentikan.

"Kita perlu teruskan catuan kerana mahu naikkan paras simpanan air mentah di Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus keperluan air Lembah Klang.

"Ia juga sebagai persediaan menghadapi musim kering yang dijangka lebih teruk pada bulan Mei hingga akhir September tahun ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Adam AF, Fiza bakal bercerai

Posted:

Adam AF, Fiza bakal bercerai

Adam AF, Fiza bakal bercerai

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


HUBUNGAN Fiza dan Adam difahamkan mulai dingin sebulan selepas pasangan itu diijab kabul pada September tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Mahligai yang dibina pasangan penyanyi program realiti popular, Adam dan isterinya yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza bakal berakhir selepas pasangan itu difahamkan akan bercerai.

Menurut sumber Kosmo!, sebutan kes penceraian pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sejak lapan bulan lalu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 April ini.

"Kami difahamkan penceraian itu akan berlaku, kesnya akan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Muhammad Nazri Basrawi di mahkamah itu pada tarikh tersebut," dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sebelum itu, Kosmo! difahamkan Fiza telah pun memfailkan perceraian ke atas suaminya pada 16 April lalu di mahkamah berkenaan atas sebab kurang persefahaman.

Desas-desus mengenai perpisahan antara Adam atau nama sebenarnya Mohd. Aizam Mat Saman, 31, dan Fiza, 33, bertiup kencang sejak kebelakangan ini selepas wanita itu kerap menyuarakan rintihan mengenai kegoyahan rumah tangga mereka di laman sosial.

Bagaimanapun, mereka berdua menafikan hal itu sebaliknya memilih jalan selamat dengan memaklumkan mereka masih bahagia.

Bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara tersebut, Adam ketika dihubungi tidak menafikan mengenai berita perceraian tersebut.

Ujarnya menerusi kiriman aplikasi Whatsapp kepada Kosmo!: "Maaf saya tidak boleh komen. Insya-Allah, semua akan terjawab pada hari itu (tarikh kes difailkan di mahkamah Isnin depan)."

Dalam pada itu, atau Fiza atau nama penuhnya Zaidatul Fiza Abdul Halim yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu, gagal dihubungi.

Memetik luahan perasaan dalam Instagramnya yang menggunakan nama pena puterimahsuri81 kelmarin, penyanyi itu tanpa berselindung menyatakan kesedihannya.

Antara luahan yang dimuat naik: "Saya tahu dan pasti semua ini ketentuan daripada Allah. Siapa yang mahu untuk jadi begini. Kalau disoal pada sesiapa pun, tidak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya.

"Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang tetapi Allah lebih mengetahui segala-galanya."

Pasangan itu berkahwin 26 September 2013 di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas hanya dua bulan berkenalan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved