Sabtu, 19 April 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tangguh guna transmisi automatik

Posted:

Tangguh guna transmisi automatik

Tangguh guna transmisi automatik

UJIAN memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik lebih mudah jika ia dapat dilaksanakan. – Gambar hiasan


ALOR GAJAH – Penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu yang dirancang dilaksanakan pada 1 April lalu terpaksa ditangguhkan kepada pertengahan tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob berkata, ia berikutan masalah teknikal melibatkan percetakan buku Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang sepatutnya diedarkan bermula Mac lepas.

"Kita mempunyai masalah proses pencetakan sehingga menyebabkan buku itu gagal disiapkan mengikut jadual," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) bagi Dewan Undangan Negeri Gadek di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pay Chee di sini semalam.

Katanya, pencetakan buku KPP memerlukan penelitian rapi kerana ia melibatkan pengenalan kurikulum baharu.

Beliau berkata, buku yang akan dicetak 600,000 naskhah setiap tahun itu dilengkapi dua silibus iaitu kurikulum bagi penggunaan kereta manual dan juga automatik.

"Buku ini dijangka diedarkan pada Mei kepada semua institusi memandu sebelum ujian bagi kereta automatik dilaksanakan sepenuhnya pada Jun depan," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tempoh 48 jam yang kritikal

Posted:

Tempoh 48 jam yang kritikal

Tempoh 48 jam yang kritikal

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


SEORANG anggota tentera mencari serpihan MH370 dari kapal HMAS Perth di selatan Lautan Hindi semalam.


KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa usaha untuk mencari pesawat MH370 yang masuk hari ke-44 hari ini akan diteruskan, walaupun terdapat rancangan operasi berkenaan akan dibincang dan dibuat penilaian semula dalam tempoh 48 jam.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar kecil) berkata, perbincangan akan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbot untuk menetukan hala tuju operasi selepas ini pada Isnin ini.

"Saya bercakap dengan Ketua Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Agnes Houston, apa sahaja keputusan dan cadangan yang akan dibuat, kita menerimanya.

"Yang penting sekarang, fokus hari ini dan esok dibuat berdasarkan hasil perbincangan dengan JACC, usaha mengurangkan keluasan kawasan mencari kini berada di peringkat amat kritikal.

"Saya merayu kepada semua pihak di seluruh dunia supaya berdoa agar kami menjumpai sesuatu yang akan membolehkan kami memberi tumpuan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gadis maut disimbah asid

Posted:

Gadis maut disimbah asid

Gadis maut disimbah asid

Oleh MUSTAPA LAKAWA dan ROSMAWATI SALIHIN
berita@kosmo.com.my


ANGGOTA polis foreksik menjalankan siasatan berhampiran lokasi di mana seorang remaja perempuan maut disimbah asid di sebuah restoran berhampiran Towering di Jalan Penampang, Penampang, Sabah semalam. Kawasan yang dibulatkan ialah lokasi remaja itu berdiri ketika disimbah asid.


PENAMPANG – Hasrat seorang remaja perempuan menikmati sarapan pagi yang dipesannya tidak kesampaian apabila dia maut disimbah asid oleh seorang 'lelaki misteri' di sebuah restoran berhampiran Towering, Jalan Penampang di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa, Memay Kundusan, 19, dikatakan sedang berdiri memesan makanan di dalam restoran itu sebelum dihampiri seorang lelaki bertopi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, lelaki yang tidak dikenali itu kemudian bertindak menyimbah sejenis cecair dipercayai asid yang diisi dalam sebuah botol plastik pada muka mangsa menyebabkan dia menggelupur kesakitan.

"Selepas itu, suspek bertindak melarikan diri dari tempat kejadian," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved