Khamis, 10 April 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Halangan keladak dasar lautan

Posted:

Halangan keladak dasar lautan

Halangan keladak dasar lautan

ANGGOTA Tentera Laut Diraja Australia meninjau kawasan pencarian pesawat MH370 dengan menggunakan teropong di Lautan Hindi kelmarin.


PERTH - Usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi di luar pantai barat Australia kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kehadiran lapisan tebal keladak yang mungkin meliputi dasar lautan.

Ia juga menjadi lebih sukar dengan isyarat semakin lemah daripada apa yang disahkan sebagai kotak hitam pesawat dan ketiadaan serpihan untuk membantu mengesan lokasi sebenar MH370 itu berada.

Laksamana Pertama Peter Leavy yang menyelaras usaha pihak tentera Australia mencari pesawat itu memberitahu, bukti wujudnya keladak tebal diperoleh daripada penyelidikan yang dilakukan di satu lokasi kira-kira 180 kilometer di luar kawasan mencari yang menjadi tumpuan sekarang.


SEORANG penyelam daripada kapal Ocean Shield turut terlibat dalam misi pencarian di Lautan Hindi semalam.


"Usaha mencari secara visual mungkin mengalami banyak halangan kerana bangkai atau sebarang serpihan dengan mudah akan tenggelam ke dalam lumpur," katanya.

Beliau berkata, keladak di dasar lautan itu juga boleh menyekat isyarat yang dipancarkan kotak hitam berbanding dengan di permukaan pejal seperti batu yang boleh memantulkan isyarat yang dipancarkan.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Ketua Marsyal (B) Angus Houston berkata, beliau gusar dengan kemerosotan kekuatan isyarat kerana para pencari memerlukan lebih banyak pancaran isyarat untuk membuat analisis terhadap data bagi menentukan lokasi pesawat MH370 itu.

Katanya, isyarat berkenaan mungkin semakin lemah berikutan keadaan bateri kotak hitam yang semakin kehabisan kuasa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hujan lebat, air masih dicatu

Posted:

Hujan lebat, air masih dicatu

Hujan lebat, air masih dicatu

Oleh AQMAR ALLADAD,
NOR SHAFAWATI YUP, IKHWAN
HAZWAN HAMIDUN dan AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
berita@kosmo.com.my


HUJAN lebat masih gagal menamatkan krisis bekalan air di Lembah Klang. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Jutaan penduduk Lembah Klang kini kehairanan apabila catuan bekalan air yang sudah bermula sejak 27 Februari lalu bukan sahaja masih belum berakhir malah mungkin berlanjutan sehingga Ramadan meskipun hujan hampir setiap hari.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata pengguna bingung kerana hujan lebat setiap hari sejak hampir dua minggu lalu di Lembah Klang, namun mereka masih terpaksa berdepan dengan catuan air setiap selang dua hari.

Seorang penduduk Mohd. Arop Mohd. Noor, 66, memberitahu, catuan air yang sudah berlanjutan lebih sebulan cukup memeritkan apatah lagi beliau terpaksa berkongsi bekalan itu bersama lima ahli keluarga yang lain.


PARAS air di Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu masih belum memuaskan.


"Tolong tamatkan penderitaan kami. Bayangkan kalau catuan air ini berlanjutan sehingga menjelang Ramadan, pasti keadaan kami semakin sukar.

"Hujan lebat boleh dikatakan sudah turun setiap hari, saya pelik kenapa catuan perlu dilanjutkan sehingga bulan Jun," katanya ketika ditemui di Taman Salak Jaya, Seputeh di sini.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Norhisamudin Hamid, 37, melahirkan kebimbangan bahawa catuan air yang berterusan akan mendatangkan kesulitan terutamanya kepada dua anaknya yang masih bersekolah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gebeng jadi pusat petrokimia

Posted:

Gebeng jadi pusat petrokimia

Gebeng jadi pusat petrokimia

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my


BARISAN tengah: Najib (empat dari kiri) bersama Adnan (dua dari kiri) dan Shamsul Azhar (empat dari kanan) bergambar bersama kakitangan BASF Petronas Chemicals pada majlis perasmian pecah tanah Kompleks Bahan Aroma Bersepadu BASF Petronas Chemicals di Gebeng, Kuantan semalam.


KUANTAN – Kompleks Bahan Aroma Bersepadu BASF Petronas Chemicals dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion yang dibangunkan di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bakal menjadikan lokasi tersebut sebagai pusat utama pengeluaran bahan petrokimia bernilai tinggi di Asia Pasifik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan kompleks tersebut yang dijangka siap pada tahun 2016 itu mampu menarik lebih banyak pelabur dalam industri sokongan termasuk mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan ekonomi.

"Ia juga akan mewujudkan 120 peluang pekerjaan yang memerlukan kepakaran teknikal dalam kalangan pekerja tempatan.

"Mereka yang terpilih berpeluang menceburi industri petrokimia berteknologi tinggi selain berpeluang meningkatkan lagi tahap kemahiran dan kepakaran," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved