Rabu, 16 April 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


200 belia sertai Skuad Muda Rela

Posted:

200 belia sertai Skuad Muda Rela

200 belia sertai Skuad Muda Rela

RAMLEE (duduk berisan dua, tengah) bersama sebahagian daripada ahli Skuad Muda Rela peringkat daerah Semporna selepas majlis pelancaran skuad itu di Semporna, Sabah baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai 200 golongan muda sekitar daerah Semporna, Sabah menyertai Skuad Muda Rela dalam usaha menyemai semangat cintakan negara dan berbakti kepada masyarakat.

Majlis Pelancaran Skuad Muda Rela peringkat daerah Semporna dan Taklimat Pengenalan Asas Rela diadakan di Dewan Masyarakat Semporna baru-baru ini.

Pelancaran skuad itu disempurnakan Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban.

Ramlee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya berkata, Skuad Muda Rela merujuk kepada pasukan sukarelawan muda yang berusia antara 18 hingga 25 tahun termasuk bukan di bawah naungan agensi Kementerian Dalam Negeri.

Kayuhan Keamanan sempena sambutan Hari Polis ke-207

Posted:

Kayuhan Keamanan sempena sambutan Hari Polis ke-207

Kayuhan Keamanan sempena sambutan Hari Polis ke-207


AZNEL (tengah) bergambar bersama para peserta program 'Kayuhan Keamanan 2Negara 3Daerah' di Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini.


KAYUHAN. Seramai 300 peserta menyertai program 'Kayuhan Keamanan 2Negara 3Daerah' yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini.

Program yang julung- julung kali diadakan itu anjuran Ladies Bikers daerah Baling dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Bayu (ADUN), Kedah dan ADUN Pengkalan Hulu, Perak serta Pejabat Datuk Bandar Betong, Thailand.

Pengarah program, Emyziana Ghazali berkata, aktiviti itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan Thailand di samping memperingati sambutan Hari Polis ke-207 yang lalu.

"Kayuhan tersebut melibatkan perjalanan sejauh 60 kilometer bermula dari IPD Pengkalan Hulu dan sekitar daerah Bentong, Thailand," katanya.

Turut hadir ADUN Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim.

Empower ECER rai pelajar cemerlang

Posted:

Empower ECER rai pelajar cemerlang

Empower ECER rai pelajar cemerlang


ADNAN (tengah) bergambar bersama pelajar yang diraikan pada Majlis Kecemerlangan Pelajar Empower ECER Mahkota di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan, Pahang baru-baru ini.


RAI. Seramai 107 pelajar cemerlang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013, Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 diraikan pada Majlis Kecemerlangan Pelajar Empower ECER Mahkota di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Majlis kecemerlangan pelajar itu dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John dan Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Mohd. Nasir Daing Ibrahim.

Empower ECER adalah inisiatif pembangunan modal insan yang dilancarkan ECERDC pada tahun 2010 bagi membantu mengurangkan jurang ekonomi dan akademik antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved