Ahad, 20 April 2014

Kosmo Online - Kesihatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Nimfomania 50 kali sehari

Posted:

Nimfomania 50 kali sehari

Nimfomania 50 kali sehari

GINA Parsons (kiri) memberi rawatan terapi kepada Amanda.


SEJAK berusia enam tahun, gadis Britain, Amanda Gryce, 24, percaya sesuatu yang ganjil telah terjadi pada dirinya. Lebih-lebih lagi apabila gegendang telinganya menangkap sesuatu bunyi dalam tempoh yang lama.

Namun dia hanya mendiamkan masalah tersebut kerana malu untuk memberitahu ibu bapa mahupun teman rapatnya.

Apabila usianya menginjak 23 tahun, masalah tersebut semakin menjadi-jadi dan dia nekad berjumpa doktor. Sebaik tubuh diperiksa, Amanda diberitahu dia menghidap penyakit nimfomania atau gangguan rangsangan genital pada kemaluannya.

Penyakit tersebut menyebabkan keinginan seksual seseorang terangsang secara tiba-tiba dan pada bila-bila masa.

"Saya begitu terkejut dan sedih. Penyakit ini seolah-olah telah menghancurkan kehidupan saya sebagai wanita biasa.

"Saya sangat malu dengan keadaan ini. Pasti tiada siapa yang sanggup melalui hari-hari yang sukar apabila dirinya terangsang lebih 50 kali dalam sehari," jelasnya.

Menurut Amanda, penyakit tersebut datang secara tiba-tiba dan selalunya sewaktu dia sedang mendengar muzik atau semasa berada di tengah-tengah hiruk-pikuk suasana bandar.

Lebih menyedihkan apabila dalam masa sejam, dia boleh terangsang sebanyak lebih lima kali.

"Mungkin sesetengah orang beranggapan perkara itu menyeronokkan tetapi hakikatnya kehidupan harian terganggu.

"Lebih-lebih jika ia berlaku sewaktu saya sedang berurusan dengan orang lain," ujarnya.

Tambahnya, disebabkan malu, dia hanya berdiam diri dan merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain.

"Orgasma atau mencapai klimaks seksual lebih 50 kali sehari memang tidak masuk akal. Tambahan pula apabila penyakit tersebut datang tanpa mengira waktu termasuk semasa saya berhibur bersama teman-teman," katanya.


PENDERITAAN Amanda hampir berakhir setelah menemui Stuart.


Ujarnya, mahu tidak mahu dia sekadar melemparkan senyuman dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku setiap kali gangguan tersebut terjadi di hadapan orang ramai.

Penyakit ganjil

Namun begitu, keadaan tersebut berubah selepas dia menemui cinta pandang pertamanya, Stuart Triplett, 22, tujuh bulan lalu menerusi laman sosial.

Bukan itu sahaja, Amanda juga kerap bertemu dengan doktor bagi merawat penyakit tersebut.

"Bermula tahun lepas lagi, saya membaca artikel tentang penyakit ganjil ini. Sedikit sebanyak saya sudah tahu mengenainya.

"Mula-mula saya agak kecewa apabila ada doktor yang enggan merawat saya. Namun saya berterima kasih kepada pakar pelvis, Dr. Robert Echenberg, yang menemui cara untuk mengawal penyakit ini," ujarnya.

Katanya, selepas mendapatkan beberapa siri rawatan, gangguan tersebut mula berkurangan.

"Saya mengambil ubat untuk mengebaskan kawasan sekitar alat sulit saya selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam supaya saya tidak memikirkan hal-hal seksual.

"Kini saya gembira kerana penyakit ini semakin sembuh," ujarnya.

Namun begitu, doktor melarang Amanda dan teman lelakinya mengadakan hubungan intim.

"Pada awalnya agak sukar untuk menerangkan penyakit ini kepada Stuart kerana saya takutkan reaksinya.

"Mujurlah ia bukan masalah besar bagi Stuart. Dia benar-benar memahami dan banyak membantu sepanjang proses pemulihan tersebut," katanya.

Selain memakan ubat yang diberikan doktor, Amanda turut mendapatkan rawatan terapi fizikal daripada Gina Parsons di samping melakukan meditasi regangan.

"Selalunya Stuart akan mengingatkan saya bahawa kami tidak dibenarkan mengadakan hubungan kelamin.

"Selepas semuanya kembali normal nanti, barulah kami berkahwin," ujarnya.


AMANDA dan teman lelakinya menjalani proses meditasi bagi merawat penyakit ganjil ini.


Rangsangan

Menurut seorang pakar sakit puan dari Kolej Imperial London, Dr. David Goldmeier, gangguan rangsangan seksual atau nimfomania merupakan penyakit yang baru dikenal pasti dan belum ada penawarnya.

"Pesakit cenderung untuk mengadu mengenai masalah rangsangan kemaluan tetapi tidak dikaitkan dengan keinginan seks dalam tempoh yang panjang.

"Punca penyakit ini tidak diketahui tetapi penghidap didapati mengalami rangsangan secara tiba-tiba dan boleh berlanjutan sehingga sehari suntuk," katanya.

Jelasnya, keadaan tersebut sangat sukar dilalui oleh wanita dan sehingga kini, tiada rawatan khususnya untuk menangani gejala tersebut.

"Bagaimanapun, penyakit ini dapat dirawat secara perlahan-lahan melalui kaedah meditasi, senaman otot lantai pelvik dan pengambilan ubat tahan sakit secara konsisten," terangnya.

Nasi goreng tinggi kandungan minyak

Posted:

Nasi goreng tinggi kandungan minyak

Nasi goreng tinggi kandungan minyak

HIDANGAN nasi goreng yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai kandungan minyak yang sangat tinggi manakala pengambilan secara berlebihan akan menambah jumlah kalori dalam badan.

Menurut pakar pemakanan Indonesia, Inge Permadhi, seseorang selalunya tidak sedar jumlah minyak dalam sesuatu makanan.

"Nasi goreng mengandungi kadar minyak dua kali ganda, begitu juga dengan makanan bergoreng yang lain.

"Sebagai contoh keropok, pada dasarnya makanan tersebut mengandungi 10 kalori tetapi apabila digoreng, minyak yang terlekat di atas makanan tersebut secara automatik akan menukar kalori menjadi dua kali ganda iaitu 20," katanya.

Tambah Inge, kandungan minyak nasi goreng tinggi kerana ia dimasak sepenuhnya menggunakan minyak atau mentega.

Jika dipanaskan, nasi tersebut akan menyerap minyak serta menjadi lemak tepu yang merupakan punca penyakit jantung dan kegemukan.

Justeru, orang ramai disarankan mengurangkan pengambilan makanan bergoreng terutamanya nasi goreng di samping menggantikannya dengan cara memasak yang lebih sihat seperti kukus, rebus, panggang ataupun ditumis dengan sedikit minyak.

Makanan berlemak cetus kanser

Posted:

Makanan berlemak cetus kanser

Makanan berlemak cetus kanser


MAKANAN segera seperti burger tinggi kandungan lemak yang menjadi penyebab kanser.


KANSER payudara sering dikaitkan sebagai pembunuh nombor satu wanita. Walaupun penyebab kanser itu belum diketahui, namun pola pemakanan antara faktor penyumbang penyakit tersebut.

Berdasarkan kajian, makanan yang tinggi lemak mampu meningkatkan risiko kanser payudara sehingga 28 peratus.

Bagaimanapun sehingga kini, para pengkaji masih menjalankan penyelidikan berkaitan hormon estrogen, yang dipercayai menjadi punca pertumbuhan sel kanser. Wanita yang sensitif pada hormon tersebut dikhuatiri mudah menghidap penyakit yang sukar diubati itu.

Menurut seorang pakar dari Itali, Dr. Sabina Sieri, kajian ke atas 10,000 penghidap kanser tersebut mendapati hampir 99 peratus pesakit mengambil makanan tinggi lemak.

Bukan itu sahaja, kajian juga menunjukkan mereka yang makan makanan tinggi lemak lebih mudah untuk menghidap kanser kolon dan perut.

Selain itu, makanan itu juga akan meningkatkan kadar kolesterol sekali gus membolehkan sel kanser berkembang dengan lebih pantas.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved