Selasa, 15 April 2014

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Singkatkan masa menyelamat

Posted:

Singkatkan masa menyelamat

Singkatkan masa menyelamat

Oleh HAFIZ AHMAD

DISAHKAN menghidap sakit jantung setahun lalu membuatkan Fahmi Idris, 54, sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar kesihatan dirinya terpelihara.

Dia mengurangkan aktiviti harian dan mula mengamalkan cara hidup sihat dengan dikawal selia oleh ahli keluarganya.

"Saya juga membuat senaman ringkas tetapi tidak terlalu berat kerana bimbang diserang sakit jantung secara tiba-tiba," ujarnya ketika ditemui Infiniti di Planetarium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bekerja di sektor awam, Fahmi berharap mempunyai satu peranti yang membolehkan dia berhubung secara terus dengan ahli keluarga dan hospital ketika berlakunya detik-detik cemas.

"Baru-baru ini, saya terbaca di akhbar bahawa pihak Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah mencipta alat prototaip yang boleh digunakan pesakit sebagai penggera kecemasan.

"Pada pendapat saya, ia sangat bermanfaat terutamanya kepada pesakit yang berjauhan dengan keluarga," kongsi Fahmi.

Peranti yang dinamakan Sistem Kecemasan Perubatan Luar Bandar (REMS) merupakan sistem pengesan kedudukan pesakit menggunakan aplikasi satelit Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan satelit Remote Sensing.

Dibangunkan oleh Angkasa dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), ia membolehkan pengguna menghubungi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) dan ahli keluarga dengan menekan butang kecemasan (SOS).

"Ketika berlaku kecemasan seperti serangan jantung dan sesak nafas, pesakit kebiasaannya menjadi panik. Mereka tidak dapat berfikir dengan tenang.

"Maka, dengan adanya peranti REMS ini, jangka masa menyelamat boleh disingkatkan kerana isyarat yang diberikan oleh pesakit ke pusat kawalan EMS hanya mengambil masa 15 hingga 45 saat," jelas Pegawai

PERBINCANGAN dan kajian yang menyeluruh dilakukan oleh Angkasa bagi memastikan REMS dapat bertindak sebagai peranti kecemasan dan menyelamat.


Penyelidik, Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa, Shahrizal Ide Moslin.

Dia menambah, pesakit yang menekan butang SOS pada REMS, ia akan menghantar isyarat koordinat kepada EMS. Ia seterusnya memaparkan lokasi pesakit pada peta digital di komputer pusat kawalan EMS.

Maklumat

Maklumat lokasi itu membolehkan EMS menghantar ambulans ke tempat tersebut dan membawa pesakit ke hospital berdekatan.

"Di pusat kawalan, pihak EMS boleh menjejaki kedudukan ambulans ketika menuju ke lokasi kecemasan menggunakan Sistem Lokasi Kenderaan Automatik (AVLS).

"Pada masa sama, paramedik boleh melihat data-data perubatan pesakit bagi memudahkan mereka mengenal pasti tahap kesihatan mangsa.

Jelas Shahrizal, maklumat terperinci pesakit amat diperlukan supaya pihak EMS mengetahui tahap keseriusan kesihatan pesakit.

"Sebagai contoh, jika pesakit menghidap sakit jantung, mereka perlu dirawat dalam kadar segera bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Disebabkan itu, pesakit diwajibkan mengisi borang maklumat peribadi dan rekod kesihatan mereka," ujarnya.

Menurut seorang lagi Pegawai Penyelidik Angkasa, Ooi Wei Han, setakat ini, peranti prototaip itu mendapat perhatian daripada BSMM dan akan digunakan kepada pesakit-pesakit terpilih.

Katanya, BSMM akan memberikan peranti tersebut kepada mereka yang mempunyai penyakit kritikal dan memerlukan rawatan segera seperti sakit jantung, angin ahmar, elepsi dan wanita mengandung.

"Selain memberikan isyarat GPS, peranti tersebut juga dilengkapi dengan kemudahan menyimpan dua hingga tiga nombor telefon ahli keluarga pesakit.

"Malah, ketika mereka menekan butang SOS, nombor-nombor yang disimpan itu akan menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berserta koordinat pesakit," ujar Wei Han.

PESAKIT boleh menggunakan REMS ketika melakukan aktiviti harian.


Talian telefon

Memandangkan ia boleh membuat panggilan, peranti itu memerlukan talian telefon untuk berfungsi dan perlu dicaj seperti alat elektronik biasa.

Pembangunan REMS yang dibiayai menerusi dana Program Inovasi Inklusif 2013 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengetengahkan dua bentuk rekaan iaitu jam tangan untuk pengguna lelaki dan peranti kecil mudah alih bagi wanita.

Rekaan ini mendapat dua pingat emas pada pertandingan reka cipta Innovation And Invention Competition Through Exhibition (Icompex) 2014 di Jitra, Kedah baru-baru ini.

Justeru, pihak Angkasa berhasrat untuk menaik taraf peranti kecemasan itu dengan beberapa penambahan.

"Pada fasa kedua, ia akan dinamakan Rapid Emergency Medical System penggunaannya diperluaskan lagi kepada orang awam.

"Selain itu, kami dalam kajian untuk menambah fungsi sensor yang dapat mengesan perubahan tekanan suhu dan kadar degupan jantung pesakit," optomis Shahrizal.

Tambahnya, gajet ini boleh dimanfaatkan hospital-hospital swasta mahupun agensi insurans untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan.

Tabebuia bak Sakura di Malaysia

Posted:

Tabebuia bak Sakura di Malaysia

Tabebuia bak Sakura di Malaysia

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


SEKILAS pandang, pemandangan pokok sakura di Jepun ini kelihatan sama seperti keindahan pokok Tabebuia di Malaysia.


JIKA di Jepun ada pohon sakura yang mekar berwarna merah jambu mewarnai landskap negara tersebut. Pemandangan di Malaysia tidak kurang indahnya apabila pokok-pokok Tabebuia mengeluarkan bunga yang merimbun di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Keindahan tersebut begitu memukau orang awam yang melalui lebuh raya itu sehingga membuatkan mereka memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk merakam gambar berlatarkan pemandangan landskap pokok Tabebuia.

Perasaan teruja tidak dapat disembunyikan penduduk Alor Setar seperti Maizatul Miza Mohd. Disa, 31. Beliau mengakui pemandangan indah tersebut menarik pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baginya, impian untuk ke Korea Selatan bagi menyaksikan keindahan musim bunga ibarat sudah terlaksana dek keindahan bunga Tabebuia di Alor Setar.

Sementara itu, memetik portal rasmi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), spesies Tabebuia berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan.

Karakter pokok tersebut yang bersaiz sederhana besar iaitu sekitar 15 meter hingga 20 meter tinggi dengan bentuk silara bertingkat-tingkat menjadikannya pilihan arkitek landskap sebagai tanaman pinggiran jalan dan pokok hiasan taman.

Di Malaysia, pokok tersebut juga dikenali sebagai pokok cherry blossom Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.

Dua warna

Spesies yang biasa ditanam di negara ini mempunyai dua warna iaitu merah jambu dan putih. Selain itu, ia turut mempunyai nama gelaran lain seperti pink poui, rosy trumpet tree, pink tecoma atau 'pokok kertas tisu' kerana ranggi bunganya yang nipis.


WANITA ini teruja dengan keindahan bunga 'sakura Malaysia' yang mekar di atas ruang pejalan kaki di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.


Pensyarah Jabatan Seni Bina Landskap, Fakulti Rekabentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia, Dr. Murad Abd. Ghani berkata, terdapat kira-kira 257 spesies bagi genus Tabebuia di seluruh dunia dan hanya 73 nama spesies yang didaftarkan.

"Pokok ini hanya berbunga pada musim tertentu, terutamanya pada musim kering dan kemarau seperti yang berlaku sekarang. Terdapat juga catatan yang mengatakan pokok ini berbunga dua kali setahun.

"Faktor kekurangan air dan suhu panas menyebabkan pokok berada dalam keadaan tekanan dan pada masa sama ia menggalakkan pokok untuk berbunga," ulasnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Selain Tabebuia, pokok spesies lain yang mengeluarkan bunga yang lebat ialah pokok Bungor, Golden Shower, Semarak Api, Jemerlang, Sena dan Jambul Merak.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad memberitahu Kosmo! bahawa pihaknya telah berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk menambah bilangan pokok Tabebuia.

Langkah itu bakal diambil untuk menjadikan taman rekreasi di daerah tersebut sebagai lokasi tarikan pelancong seperti yang terjadi pada musim bunga sakura di Jepun dan Korea.

Memandangkan Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang membolehkan negara ini menerima sinaran matahari sepanjang tahun, peluang tersebut wajar dimanfaatkan dengan sebaiknya menerusi aktiviti mengindahkan landskap negara.

Kebanyakan negara luar sudah lama menjadikan keunikan seni bina bangunan dan keindahan landskap sebagai salah satu tarikan utama pelancongan negara mereka.

Kit cegah karat dalam paip

Posted:

Kit cegah karat dalam paip

Kit cegah karat dalam paip


KIT Pengesan Pengurangan Bakteria Sulfat Elektronik ini mampu mengesan bakteria di dalam paip dalam tempoh masa sejam.- Ihsan Mohamad Danial Shahri


PENEMUAN terbaharu yang diperoleh oleh kumpulan penyelidik dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia dipercayai dapat menyelesaikan masalah karat yang menyebabkan berlakunya penghakisan yang berpunca daripada serangan bakteria.

Penyelidik utama yang juga merupakan Pensyarah Kanan di fakulti tersebut, Dr. Zaini Abdul Halim berkata, inovasi itu akan memberi faedah kepada industri yang berkaitan dengan perkapalan, minyak dan gas serta bidang yang bergantung kepada paip yang berfungsi sebagai pengangkutan dan penghantaran.

Beliau berkata, Kit Pengesan Pengurangan Bakteria Sulfat Elektronik adalah satu inovasi unik yang tidak pernah dihasilkan di negara ini dan ia mampu mengesan bakteria dalam masa sejam.

"Jika jumlah bakteria sulfat hadir dalam jumlah yang besar, ia akan menyebabkan kemusnahan yang besar termasuk masalah karat yang serius terhadap sistem paip.

"Namun, masalah karat tersebut boleh diselesaikan dengan kaedah paling berkesan dengan penggunaan kit ini. Selain itu, ia dapat mencegah masalah lebih awal dan memudahkan penyusunan jadual penyelenggaraan dari semasa ke semasa," katanya.

Kit tersebut juga mempunyai kelebihan mengesan bakteria secara konsisten kerana ia merekod dan menyimpan data secara berterusan sekali gus membolehkan pemantauan dilakukan dengan lebih mudah.

Setakat ini, masih banyak industri yang menggunakan kaedah konvensional yang bukan sahaja memakan masa untuk mengesan bakteria malah memerlukan hampir 18 jam untuk memperoleh keputusan. Kelemahan lain adalah kaedah tersebut menggunakan pandangan mata kasar tanpa sebarang sistem rakaman data elektronik.

Jika dilihat daripada aspek ekonomi, masalah hakisan merupakan masalah serius yang boleh mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada industri yang terlibat.

Oleh itu, penyelidikan tersebut mempunyai potensi untuk dikomersialkan kerana ia memberikan penyelesaian baharu kepada industri. Kit tersebut juga satu contoh penyelidikan yang melibatkan pelbagai cabang kepakaran termasuk kejuruteraan dan sains biologi yang mampu menyelesaikan masalah dalam industri tertentu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved