Isnin, 14 April 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Scha tidak mahu mewahkan anak

Posted:

Scha tidak mahu mewahkan anak

Scha tidak mahu mewahkan anak

JIKA Awal lebih teruja dan berbelanja mewah buat bakal anak mereka, Scha memilih untuk besederhana dalam banyak perkara.


DIJOLOK dengan gelaran Victoria Malaysia kerana gaya dan pesona yang dibawa, Scha Alyahya kini melewati satu lagi fasa bahagia apabila disahkan mengandung.

Hamil selepas tiga bulan membuang endometriosis (tisu dari selaput dalam rahim tumbuh di luar rahim), Scha mengakui terkejut dan memanjat rasa syukur kepada Tuhan.

Kandungan pelakon berusia 31 tahun itu kini sudah mencecah enam bulan 24 minggu.

Masih belum tahu jantina bayi pelengkap bahagia, bukan niat Scha untuk tidak berkongsi mengenainya.

"Saya sudah buat dua kali pemeriksaan tetapi masih tidak tahu jantina bayi. Sebabnya, doktor cakap posisi kandungan saya terlalu bawah," luahnya yang tidak kisah dikurniakan bayi lelaki atau perempuan.

Disoal adakah dia mengalami sebarang komplikasi kerana kedudukan bayi di bawah, pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya itu masih tidak tahu mengenainya dan akan menjalani pemeriksaan lanjut pada bulan depan.

"Pada bulan depan, saya akan bertemu semula dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Saya kena tahu di manakah kedudukan plasenta saya. Ketika itu, baru saya tahu sama ada saya boleh beranak normal atau secara pembedahan," ungkapnya sedikit gusar dan berharap dia mampu bersalin secara normal.

Mewah

Melihat pada gaya hidup Scha dan juga suaminya, Awal Ashaari yang sentiasa menitikberatkan penampilan diri, ada yang beranggapan anak mereka nanti akan melalui perkara yang serupa. Dimanja dan dimewahkan.

Mengulas mengenai perkara itu, terus terang kata Scha, dia tidak akan memewahkan anak mereka. Sebaliknya, akan mengajar anaknya erti susah untuk mendapatkan duit.

"Saya nampak Awal yang akan manjakan anak nanti. Kalau boleh dia hendak beli macam-macam untuk anak kami. Masa pergi London tempoh hari, dia ada beli barangan jenama Dior untuk bakal anak kami.

"Namun, saya tidak suka perkara sebegitu (manja dan mewahkan anak) diaplikasikan pada anak saya. Cara saya dibesarkan dalam keluarga hendak apa kena kerja dan usahakan sendiri. Perkara yang sama akan saya lakukan pada anak nanti.

"Ramai kawan saya pesan dan mak dia juga pesan, kalau boleh jangan ajar anak hidup mewah dari kecil. Saya cakap dekat dia cukup setakat itu sahaja. Saya tahu susah payah saya dulu untuk mendapatkan duit.

"Saya juga tahu susah payah dia mencari duit. Jadi kenapa hendak mewahkan anak dari kecil," luahnya yang tidak kisah jika Awal ingin menggayakan anaknya tetapi tidak pada barang-barang berjenama.

Belum membuat sebarang persediaan untuk si kecil nanti, ujar Scha, dia sekadar membeli stroller (kereta sorong bayi) dan juga pam susu. Warna stroller yang dibeli juga berwarna hitam kerana masih tidak tahu mengenai jantina bayinya.

KANDUNGAN Scha kini sudah mencecah usia enam bulan. Dia pertama kali berkongsi tentang kehamilannya selepas Awal memuat naik imbasan kehamilannya pada usia sekitar dua bulan di Instagramnya.


Nama klasik

Seperti pasangan lain, Scha turut berbincang mengenai jantina bayi bersama suaminya. Biarpun, dia tidak kisah akan jantina bayinya tetapi Scha tahu Awal menginginkan anak lelaki.

Kata Scha, Awal ada memberitahunya, jika anak pertamanya lelaki dia boleh menjaga adik-adiknya nanti.

Suka pada nama-nama klasik untuk diletakkan pada anaknya nanti, Scha turut berbincang bersama Awal mengenai nama anak mereka nanti.

"Saya suka nama-nama klasik seperti Amina dan Naima. Kalau lelaki Ibrahim atau Muzzafar. Kami ada berbincang mengenai perkara ini dan sepakat untuk meletakkan satu nama moden dan satu lagi nama klasik pada anak kami nanti," ujarnya.

Terbuka membicarakan soal anak ketika ini, Scha mengakui pada mulanya agak keberatan untuk mendedahkan tentang kandungannya kerana ingin mengikut pesan orang-orang tua.

"Kalau tengok di Instagram, saya sedikit tertutup dan tidak mendedahkan berapa minggu kandungan saya tetapi Awal saya biarkan sahaja dia buat begitu (muat naik mengenai kandungan Scha). Benda itu tidak salah, jadi saya tidak halang dia buat.

"Memang ada sesetengah orang pesan jangan tonjol dan bersikap terbuka sangat mengenai kandungan. Jangan letak gambar dan sebagainya.

"Bila orang cakap macam itu saya terfikir juga tetapi bila fikir balik, tiada apa salahnya. Kami sudah kongsikan mengenai percintaan, kemudiannya perkahwinan. Jadi, tidak salah kongsikan mengenai kehadiran orang baharu dalam hidup kami pula," jawabnya jujur.

Duta Avon

Tahun kedua bersama produk Avon, Scha turut bersyukur kerana kontraknya bersama Avon diteruskan biarpun kini dia sedang mengandung.

Menganggap rezeki anak, Scha mewakili Malaysia memperkenalkan haruman baharu Avon iaitu Instinct.

"Alhamdulillah. Saya anggap ini sebagai rezeki anak. Rezeki ini datang bukan selalu. Apa yang ada saya cuba ambil," jelasnya.

Haruman yang memiliki bau buah-buahan, bunga-bungaan dan kayu-kayuan itu bakal dijual pada harga RM99 (50ml).

Selalu menjadi pilihan sebagai duta produk, Scha akui perkara tersebut.

Katanya, sejak dulu lagi dia dan Awal sering terlibat dengan pengiklanan. Sehinggakan, muka mereka telah dianggap sebagai pelaris sesuatu produk.

Bagaimanapun, Scha mengakui menerima sesuatu produk yang disukai dan bukan diterima secara semborono sahaja.

Disoal sama ada dia membuat sebarang rujukan mengenai produk tersebut sebelum menerimanya, Scha mengakui perkara tersebut.

"Saya selalu membuat kajian terlebih dahulu mengenai produk yang ditawarkan. Malah, kalau saya tidak tahu menyebut bahan-bahan atau produk tersebut, saya akan membuat kajian terlebih dahulu di laman Google.

"Perkara itu dilakukan supaya saya tidak tersalah sebut dan tidak memalukan diri sendiri. Itu yang saya selalu buat dengan produk-produk yang saya wakili," ungkapnya yang menyukai haruman Instinct kerana aroma dan ia juga tahan lama.

Pesona malar segar UB40

Posted:

Pesona malar segar UB40

Pesona malar segar UB40

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI


UB40 memberi persembahan yang menghiburkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.


INI cerita malam Rabu minggu lalu. Di sebuah kelab terkenal di pusat ibu kota, suatu suasana yang sering terjadi dalam mana-mana pertunjukan pentas, kecoh dan gamat tidak dapat dielakkan. Mereka teruja menantikan sebuah persembahan yang telah sekian lama didambakan. Namun hanya pada tahun ini, selepas lebih tiga dekad berada dalam belantika muzik dunia, kumpulan terkenal ini hadir ke Malaysia.

Bagaikan tidak sabar menantikan penyanyi pujaan mereka beraksi, peminat setia kumpulan reggae terkemuka antarabangsa, UB40 sudah memenuhi ruang legar KL Lives seawal pukul 8 malam lagi.

Sambutan pada malam tersebut tidak menghampakan apabila peminat yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong luar dan rakyat tempatan berumur pertengahan tahun, hadir untuk menyaksikan kumpulan yang pernah menjadi fenomena sekitar era 70-an itu.

UB40 hadir dalam rangka UB40 Live In Kuala Lumpur. Ia suatu jelajah yang bukan sahaja dinantikan oleh peminat mereka, namun satu kembara muzik buat kumpulan yang berasal dari United Kingdom itu sendiri.

Penantian peminat tegarnya berakhir dengan kemunculan 11 orang anggota diketuai oleh gitaris selaku vokalis utama kumpulan tersebut, Ali Campbell yang melengkapkan forum kumpulan tersebut.

Menggamit memori

Selain Ali, kesemua anggota kumpulan tersebut termasuk Astro, Mic- key Virtue, Jimmy Brown, Robin Campbell dan Earl Falconer berpakaian hitam sebagai mengikut tema konsert yang berlangsung selama dua jam itu.

SELEPAS lebih 30 tahun berada dalam belantika muzik dunia, UB40 kini menjadi malar segar.


Diulit dengan rentak reggae yang pastinya menggamit kembali memori, penonton didendangkan dengan lagu Flying High sebagai pembuka tirai yang memicu adrenalin peminat untuk terus berdiri dan larut dalam persembahan mereka.

Flying High merupakan lagu yang terkandung dalam album kompilasi Ali Campbell pada tahun 2009.

Selain lagu tersebut, Here I Am, Homely Girl, Way You Do dan Love Reggae Music antara 20 buah daftar lagu yang didendangkan oleh kumpulan yang pernah mencecah jualan album 70 juta unit sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan itu.

Ironi, Ali tidak langsung berkomu- nikasi dengan peminat. Sepanjang dua jam konsert berlangsung, dia bernyanyi dan bernyanyi, membuai peminat dengan vokal yang masih konsisten tanpa peminat sedari bahawa hanya berkomunikasi atas bahasa muzik. Mereka ternyata cukup puas dengan apa yang diberikan oleh UB40 pada malam itu.

Meninggalkan pentas dengan Can't Help Falling, peminat ternyata masih belum mahu membenarkan UB40 pulang begitu sahaja. Mereka masih 'berhutang' dengan peminat kerana masih ada lagu hit yang tidak didendangkan.

Sementelah, masakan UB40 meninggalkan peminatnya tanpa meninggalkan kata selamat tinggal.

Seperti tahu kehendak dan 'hutang' yang belum dilunaskan, mereka kembali ke atas pentas dan di- sambut sorakan lebih 1,000 peminat- nya.

Tidak mengambil masa yang panjang, dua buah lagu iaitu Kingston Town dan Red Red Wine menjadi hidangan terakhir, yang disifatkan sebagai penamat terindah buat peminat dan kumpulan itu sendiri.

UB40, walau semua anggotanya berusia 50-an, namun muzik yang dibawa mereka langsung tidak dimamah usia. Mereka telah membawa untaian hit malar segar yang akan sentiasa diminati sepanjang zaman.

Kisah khalwat dan boxer Shah Jaszle

Posted:

Kisah khalwat dan boxer Shah Jaszle

Kisah khalwat dan boxer Shah Jaszle

Oleh HARYATI KARIM

PELAKON popular, Shah Jaszle cukup sinonim dengan kontroversi berkaitan wanita. Bagaimanapun, kontroversi dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita pada 16 Mei tahu lalu merupakan kontroversi paling besar buatnya.

Ironinya, Shah Jaszle atau nama sebenarnya, Mohd. Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 26, ditangkap khalwat bersama seorang wanita, Farah Nurizzati Salleh, 22, sedangkan ketika itu dia telah bertunang dengan Redzwani Puteri, 26.

Sempat putus tunang ekoran tamparan kontroversi tangkap khalwat itu, pertunangan mereka disambung kembali pada Hari Raya Haji tahun lepas.

Kini, kes khalwat itu sedang dibicarakan di mahkamah. Mengejutkan apabila saksi pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu, dia ditemui dalam sebuah bilik sedang berada di atas katil dengan hanya memakai seluar pendek atau boxer.

Bahkan Shah Jaszle turut mengaku kepada pegawai JAIS, dia dan Farah Nurizzati merupakan pasangan kekasih dan belum bernikah.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Shah Jaszle tentang perasaannya ketika berhadapan dengan perbicaraan kes khalwat tersebut.

Kosmo!: Bagaimanakah perasaan Shah Jaszle apabila berhadapan dengan perbicaraan kes khalwat ini?

SHAH JASZLE: Saya macam biasa sahaja, tiada apa yang berbeza. Bahkan saya hadir ke mahkamah seorang diri bersama peguam. Mungkin saya sudah terbiasa dengan kontroversi, jadi tidak ada apa perasaan yang boleh saya jelaskan.

Apabila tersiar berita yang mengatakan anda ditangkap khalwat hanya memakai seluar boxer, adakah anda berasa malu?

Memanglah bila orang baca terus akan menjatuhkan hukuman kepada saya kerana benda yang buruk orang terus ingat. Berita itu tidak ditulis secara keseluruhan. Cuma saya harap, tunggulah sehingga perbicaraan selesai dan hukuman dikeluarkan oleh mahkmah.

Bagaimanakah pula reaksi keluarga dan tunang anda tentang perbicaraan kes khalwat ini?

Keluarga saya macam biasa, mereka ada juga bertanya mengenai perkembangan kes. Tunang saya pula, dia tidak ambil tahu langsung kerana kami berdua sangat sibuk, tidak sempat untuk bercakap mengenai kes ini. Apa yang pasti, hubungan kami tidak ada sebarang masalah.

Adakah perancangan majlis perkahwinan anda tetap diteruskan?

Kami mengikat tali pertunangan selama dua tahun. Buat masa ini, kami tunggu sehingga perbicaraan kes khalwat ini selesai, barulah kami akan berbincang tentang perkahwinan. Kalau boleh saya mahu perbicaraan ini tamat dengan segera.

Selepas kontroversi tangkap khalwat, adakah rakan-rakan anda masih bersama anda seperti biasa?

Jika hendak tahu, sebelum kontroversi itu lagi saya memang tidak ramai kawan. Saya lebih suka bersendiri. Jadi, apabila kontroversi ini berlaku, tiada apa yang berubah dengan keadaan sekeliling saya.

Adakah anda pernah terfikir kerjaya anda dalam bidang seni akan tamat setelah ditangkap khalwat?

Sejujurnya pernah fikir seperti itu. Bimbang tentang kerjaya dan masa depan diri sendiri. Bagaimanapun, benda yang sudah berlaku tidak boleh diputarkan semula, jadi saya hadapi apa yang datang dengan tenang. Apa yang saya boleh lakukan adalah menjaga disiplin dan persembahan saya di hadapan kamera.

Selepas apa yang berlaku adakah kerjaya anda terjejas?

Alhamdulillah, setakat ini tawaran tidak putus. Saya masih sibuk di lokasi penggambaran. Esok (semalam) saya akan berangkat ke Australia untuk penggambaran drama Silir Kasih Bella.

Apakah pengajaran terbesar yang anda peroleh apabila berhadapan dengan kontroversi ini?

Jangan sesekali percaya dengan orang. Bila perkara ini berlaku saya sudah tidak percaya dengan sesiapa pun. Orang di hadapan kita cukup baik tetapi sebenarnya masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved