Sabtu, 5 April 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ratusan ribu penyokong Yingluck tuju Bangkok

Posted:

Ratusan ribu penyokong Yingluck tuju Bangkok

Ratusan ribu penyokong Yingluck tuju Bangkok

SEJUMLAH anggota kumpulan Baju Merah berlatih seni mempertahankan diri Muay Thai di kem Sukarelawan Pelindung Demokrasi dalam wilayah Udon Thani kelmarin.


BANGKOK - Beratus-ratus ribu penyokong kerajaan dijadual berhimpun di sini hujung minggu ini untuk mempamerkan kekuatan mereka susulan tunjuk perasaan selama beberapa bulan yang bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar kecil).

Tindakan pantas musuh-musuh politik Yingluck mengheret beliau ke mahkamah mendorong para penyokongnya untuk bertindak sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya konfrontasi antara kedua-dua belah pihak.

Puluhan ribu anggota kumpulan Baju Merah yang menyokong Yingluck berhimpun di sebuah stadium di sini pada November tahun lalu untuk mengimbangi sentimen antikerajaan yang semakin meningkat di negara itu.

Namun, mereka bersurai secara mendadak selepas pertempuran selama sebulan dengan penunjuk perasaan antikerajaan yang kadang kala bertukar ganas telah menyebabkan lima orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Mengulas perkembangan tersebut, pihak berkuasa menjangka tiada keganasan akan berlaku kali ini.

"Penunjuk perasaan antikerajaan akan berada di tengah Bangkok manakala kumpulan Baju Merah di pinggir kota raya ini," kata penasihat keselamatan Yingluck, Paradorn Pattanathabutr.

Dalam pada itu, para pemimpin Baju Merah turut memberitahu bahawa mereka tidak akan membuat kacau.

"Perhimpunan ini diadakan untuk menunjukkan dengan nyata dan jelas bahawa Thailand hanya akan menerima Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi dan bukan dengan cara lain," kata seorang ketua Baju Merah, Nattawut Saikua.

"Kami tidak akan menggunakan kekerasan. Kami bukan mahu berkonfrontasi," tambahnya.

Menurut Nattawut, seramai 500,000 orang dijangka menyertai perhimpunan tersebut hari ini, manakala polis memberitahu kira-kira 350,000 orang akan berhimpun di sini hari ini dan esok.

Pihak berkuasa menyatakan, kebanyakan penyokong kerajaan itu dijangka tiba dengan menaiki bas dan kereta api dari beberapa wilayah di Thailand terutamanya dari utara dan timur laut negara itu yang menjadi kubu kuat Yingluck.

Sehingga kini, para penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di Taman Lumpini di pinggir tumpuan perniagaan di kota raya ini.

Bantahan antikerajaan sejak lima bulan lalu telah menyebabkan aktiviti perniagaan dan pelancongan di sini terjejas teruk.

Kumpulan penunjuk perasaan bertindak menawan beberapa pejabat kerajaan, berhimpun di jalan-jalan raya dan menghalang pilihan raya umum pada 2 Februari lalu.

Namun, pilihan raya itu diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah Thailand pada bulan lepas.

Para penunjuk perasaan antikerajaan mahu pembaharuan meluas termasuk pembentukan majlis rakyat bagi mentadbir negara sebelum pilihan raya umum baharu boleh diadakan.

Sementara itu, Yingluck semakin tertekan selepas berdepan beberapa kes mahkamah termasuk aduan oleh 27 senator pada Rabu lalu. Mereka menuduh beliau menyalah guna kuasa apabila memindahkan ketua keselamatan negara pada 2011.

Yingluck diberikan masa 15 hari untuk membela diri di hadapan mahkamah. Beliau boleh dipecat sekiranya didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut.

- Reuters

Liberia catat kes pertama suspek kematian Ebola

Posted:

Liberia catat kes pertama suspek kematian Ebola

Liberia catat kes pertama suspek kematian Ebola


BEBERAPA petugas pertubuhan bantuan perubatan Medecin Sans Frontieres membawa mayat seorang lelaki yang mati akibat wabak Ebola di Guekedou, Guinea pada 1 April lalu.


MONROVIA - Liberia kelmarin mencatat kematian pertama yang disyaki berpunca daripada virus Ebola.

Jangkitan tersebut berpunca dari dalam Liberia dan terpencil daripada wabak Ebola yang menyerang dua negara jirannya, Guinea dan Mali.

Sekiranya disahkan, kes di bandar Tapeta, timur Liberia itu memberi petanda buruk dalam perang membasmi Ebola yang kini meragut sebanyak 84 nyawa.

Sehingga kini, jangkitan virus Ebola tertumpu kepada penduduk dan pengembara yang kembali dari Guinea, pusat wabak tersebut.

"Kami mencatat satu kes di Tapeta apabila seorang pemburu yang tidak berhubung dengan sesiapa pun yang pulang dari Guinea telah jatuh sakit.

"Dia dimasukkan ke sebuah hospital dan meninggal dunia 30 minit kemudian," kata ketua pegawai perubatan, Bernice Dahn.

"Dia tidak berhubung dengan pembawa virus itu atau berkunjung ke Guine. Ini kelihatan seperti kes terpencil," tambahnya.

Spesies kelawar buah yang merupakan pembawa virus Ebola menjadi hidangan kegemaran ramai di rantau berkenaan termasuk Guine, Liberia dan Sierra Leone.

Setakat ini, pakar-pakar perubatan mengesyaki wabak tersebut berpunca daripada kelawar buah yang ditangkap untuk dijadikan makanan oleh pemburu-pemburu.

Ebola boleh menjangkiti manusia daripada hidupan liar atau menyebabkan jangkitan semasa manusia menerusi darah, peluh dan najis manusia.

Sehingga kini, belum ada vaksin bagi mengubati penyakit tersebut. - AFP

Singapura cadang tubuh pusat bencana serantau

Posted:

Singapura cadang tubuh pusat bencana serantau

Singapura cadang tubuh pusat bencana serantau


SETIAUSAHA Pertahanan AS, Chuck Hagel (tujuh dari kiri) bergambar bersama Menteri-Menteri pertahanan ASEAN di Honolulu, Hawaii kelmarin.


HONOLULU, Hawaii - Singapura mencadangkan penubuhan sebuah pusat perintah krisis serantau bagi membantu menyelaras usaha kerajaan selepas bencana alam berlaku, kata menteri pertahanannya kelmarin.

"Asia Tenggara dilanda banyak bencana alam sejak lebih sedekad lalu," kata menteri berkenaan, Ng Eng Hen yang memetik kejadian gempa bumi, tsunami dan taufan yang menyebabkan kemusnahan besar di beberapa buah negara termasuk Filipina.

"Kami mendapati masa antara 24 hingga 48 jam selepas sesuatu bencana sebagai kritikal kerana ia amat sukar bagi negara terbabit untuk menubuhkan pusat perintah dan kawalan (C2) kerana mereka di pihak yang terjejas," katanya dalam satu mesyuarat Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di sini, Amerika Syarikat AS.

Berikutan banyak sistem telekomunikasi yang rosak, kerajaan yang mengalami bencana alam kerap lemah dan hilang keupayaan untuk menguruskan tawaran bantuan oleh masyarakat antarabangsa, katanya.

"Pada perbincangan kali ini, kami sedar bahawa apa yang diperlukan adalah sebuah pusat krisis yang beroperasi sepanjang masa dan boleh ditingkatkan bergantung kepada keperluan," ujarnya.

Menurut Eng Hen, para menteri pertahanan ASEAN menyambut baik cadangan Singapura untuk menubuhkan pusat krisis serantau itu di pangkalan tentera laut Singapura di Changi

Agenda mesyuarat ASEAN di sini pada minggu ini tertumpu kepada peningkatan bantuan kemanusiaan terutamanya selepas kehilangan Penerbangan Malaysia MH370.

Forum tersebut turut dihadiri Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel.

Malaysia diwakili oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut memangku jawatan Menteri Pengangkutan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved