Selasa, 22 April 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Operasi mencari MH370 mungkin diubah

Posted:

Operasi mencari MH370 mungkin diubah

Operasi mencari MH370 mungkin diubah

Reuters
KENDERAAN dalam air yang dikenali sebagai Bluefin-21 diturunkan ke dalam air dengan menggunakan kren ketika misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi kelmarin.


WASHINGTON - Kerajaan Australia akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa hari lagi sama ada mahu mengubah atau mengurangkan operasi mencari sebuah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi sejak 8 Mac lalu.

Duta Australia ke Amerika Syarikat (AS), Kim Beazley berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan semua negara yang terlibat dalam misi tersebut sebelum sebarang keputusan diambil.

Kata Beazley, semua negara yang terlibat akan duduk berbincang dan membuat pertimbangan semula sekiranya tiada sebarang objek dikesan di lokasi carian di selatan Lautan Hindi.

Ketika ini, kapal selam mini yang dikenali sebagai Bluefin-21 sedang melakukan carian di lokasi seluas 133 kilometer persegi di Lautan Hindi tetapi tiada sebarang objek berkaitan MH370 dapat dikesan.

Ujarnya, antara perkara yang akan dibincangkan adalah perubahan pada usaha mencari di udara dan permukaan laut serta kemungkinan melantik kontraktor swasta bagi menggantikan aset ketenteraan.

"Sudah tentu perkara tersebut yang akan dipertimbangkan dan kami juga masih menimbang untuk membawa satu lagi peralatan carian dasar laut.

"Semua ini akan dibincangkan sekiranya tiada perkembangan positif dalam tempoh beberapa hari lagi," katanya dalam satu wawancara bersama stesen televisyen AS, CNN di sini kelmarin.

Beazley menegaskan bahawa Australia komited untuk meneruskan usaha mencari tersebut walaupun kaedah operasi pencarian mungkin diubah.

Pesawat Boeing 777-200 itu hilang dari radar pada 8 Mac lalu semasa ia dalam penerbangan ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru menaiki pesawat itu yang didapati telah berpatah balik dan dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi. - Reuter

Kumpulan LBGT boikot hotel Sultan Brunei

Posted:

Kumpulan LBGT boikot hotel Sultan Brunei

Kumpulan LBGT boikot hotel Sultan Brunei


SULTAN HASSANAL


BEVERLY HILLS, California - Sebuah kumpulan penyokong lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) bertindak memindahkan lokasi persidangan yang dirancang diadakan lewat tahun ini dari Hotel Beverly Hills di sini ke satu lokasi lain, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Tindakan tersebut dibuat kerana membantah dasar anti gay yang dilaksanakan oleh pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (gambar kecil).

Sultan Hassanal merupakan pemilik hotel berkenaan.

Diasaskan oleh aktivis Tim Gill, kumpulan tersebut, Dana Bertindak Gill dijadual menganjurkan persidangan bertajuk Winning the Heartland bagi meraih sumbangan dana ahli-ahli politik di hotel itu bermula 1 hingga 4 Mei depan.

Namun, ekoran hukum hudud yang akan berkuat kuasa di Brunei pada hujung bulan ini, kumpulan itu telah membatalkan sidang di Hotel Beverly Hills dan kini mencari satu lokasi lain.


Agensi
SEBUAH pertubuhan gay membatalkan persidangan yang bakal diadakan di Hotel Beverly Hills, California.


"Susulan dasar anti gay yang diluluskan oleh kerajaan Brunei, kami membuat keputusan untuk memindahkan persidangan ini ke tempat lain," kata Pengarah Eksekutif Dana Bertindak Gill, Kirk Fordham dalam satu temu bual bersama laman berita washingtonblade.com.

"Kami mahu deposit kami dikembalikan," tambahnya.

Pada tahun lalu, Sultan Hassanal mengumumkan bahawa Brunei akan mula melaksanakan hukum hudud yang membawa hukuman berat termasuk rejam sampai mati ke atas jenayah seks termasuk rogol, liwat dan zina.

Al-Sisi bakal ditentang pemimpin haluan kiri

Posted:

Al-Sisi bakal ditentang pemimpin haluan kiri

Al-Sisi bakal ditentang pemimpin haluan kiri


SABBAHI


KAHERAH - Bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fateh al-Sisi akan ditentang oleh seorang ahli politik berhaluan kiri, Hamdeen Sabbahi pada pilihan raya presiden negara itu yang akan diadakan pada 26 dan 27 Mei depan.

Namun, al-Sisi dijangka tidak berdepan kesukaran menghadapi lawannya itu ekoran beliau mendapat sokongan majoriti rakyat Mesir selepas menumbangkan Presiden sebelum ini, Mohammed Morsi.

Sekiranya beliau menang, al-Sisi akan meneruskan tradisi Presiden Mesir yang dipilih dalam kalangan ketua tentera sejak monarki negara itu digulingkan pada tahun 1952.

Sabbahi menduduki tempat ketiga pada pilihan raya Presiden pada 2012 yang dimenangi Morsi.

Beliau kini dianggap calon tunggal pada pilihan raya kali ini yang mewakili inspirasi rakyat yang bangkit menumbangkan pemerintahan diktator, Hosni Mubarak pada 2011.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini selepas diharamkan kerana didakwa sebuah pertubuhan pengganas.

Beberapa pemimpin utama pergerakan itu kini dipenjarakan manakala anggotanya yang lain dihalang daripada menjadi calon pilihan raya.

Morsi digulingkan tentera selepas bantahan besar-besaran rakyat negara ini yang menentang beberapa dasar pemimpin itu termasuk setiap keputusan beliau yang tidak boleh dicabar di mahkamah.

Mesir yang mempunyai penduduk teramai di dunia Arab, berdepan keganasan yang melanda negara itu sejak kejatuhan Morsi pada tahun lalu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved