Sabtu, 19 April 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


12 pemandu arah Nepal maut salji runtuh di Gunung Everest

Posted:

12 pemandu arah Nepal maut salji runtuh di Gunung Everest

12 pemandu arah Nepal maut salji runtuh di Gunung Everest

ATAS: Gambar fail menunjukkan seorang pendaki mendaki ke puncak Gunung Everest.


KATHMANDU - Salji runtuh telah menyebabkan 12 pemandu arah Nepal maut di Gunung Everest dan empat lagi hilang semalam.

Ketika kejadian, 12 pemandu arah itu mendaki gunung tersebut untuk memperbaiki tali yang digunakan para pendaki Everest pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.



TASHI yang cedera akibat runtuhan salji di Gunung Everest dirawat di Hospital Grande, Kathmandu semalam.


Menurut seorang pegawai di Persatuan Mendaki Nepal, Ang Tshering, runtuhan itu berlaku di kawasan yang diberi nama jolokan sebagai padang bertih jagung dan terletak di bawah Kem 2.

Kem 2 terletak pada kedudukan 6,400 meter (m).

Runtuhan salji itu berlaku pada ketinggian 5,800m.

Gunung tersebut terletak pada ketinggian 8,850m.

Salah seorang pendaki yang terselamat, Dawa Tashi mengalami patah tulang dan dirawat di Hospital Grande di sini. - Agensi

Bluefin-21 selam kali kelima cari MH370

Posted:

Bluefin-21 selam kali kelima cari MH370

Bluefin-21 selam kali kelima cari MH370

KENDERAAN dalam air autonomi, Bluefin-21 diturunkan dari kapal Ocean Shield milik Australia untuk mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi kelmarin.


PERTH - Sebuah kenderaan dalam air autonomi, Bluefin-21 telah menyelam pada kedalaman yang tidak pernah dilakukan sebelum ini di selatan Lautan Hindi untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang.

Para penyelidik turut menggunakan Bluefin-21 untuk mencari sebarang petunjuk tentang kedudukan pesawat itu di kawasan pencarian pesawat tersebut semalam.

Kenderaan tersebut menyelam buat kali kelima semalam untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu.

Sebelum ini, kenderaan itu telah menyelam pada kedalaman lebih 4.5 kilometer (km) di dalam lautan tersebut.

Kawasan pencarian itu terletak kira-kira 2,000km dari barat Perth, Australia.

Seorang jurucakap Tentera Amerika Syarikat (AS), Leftenan Muda Grade Daniel S. Marciniak berkata dalam satu kenyataan, kenderaan itu pernah menyelam pada kedalaman 4,695 meter untuk mencari pesawat MH370 itu.

"Menyelam pada kedalaman itu akan membawa beberapa risiko ke atas peralatan Bluefin-21 dan ia dipantau dengan teleiti oleh pihak Tentera Laut AS dan Phoenix International (pemilik Bluefin-21)," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac lalu semasa ia dalam penerbangan ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Namun, pesawat itu dipercayai berpatah balik ke selatan Lautan Hindi. - Agensi

Komputer riba pernah diguna bekas Presiden AS dilelong

Posted:

Komputer riba pernah diguna bekas Presiden AS dilelong

Komputer riba pernah diguna bekas Presiden AS dilelong


AFP
CLINTON menggunakan sebuah komputer riba dari rumah seorang rakannya untuk menghantar e-mel kepada Glenn di Arkansas pada 7 November 1998.


WASHINGTON - Sebuah komputer riba yang pernah digunakan Bill Clinton pada tahun 1998 untuk menghantar e-mel Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama telah dijual dalam satu lelongan di online pada harga AS$60,667 (RM196,439).

Pengumuman lelongan itu dibuat sebuah firma lelongan, RR Auction kelmarin.

Namun, ia tidak mendedahkan nama pembeli komputer riba Toshiba Satellite.

Komputer itu pada mulanya milik seorang doktor di White House, Robert Darling yang kemudian meminjamkannya kepada Clinton.

Darling meminjamkan komputer itu kerana seorang angkasawan AS, John Gleen mahu menghantar e-mel kepada Clinton.

Ketika itu Glenn berada di dalam kapal angkasa lepas, Discovery pada November 1998.

Clinton pula berada di Arkansas untuk melawat rakan-rakannya semasa dia menerima e-mel tersebut.

Dia merupakan bekas Presiden AS yang memerintah dari tahun 1993 hingga 2001. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved