Rabu, 16 April 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jokowi dikritik temui duta besar negara asing

Posted:

Jokowi dikritik temui duta besar negara asing

Jokowi dikritik temui duta besar negara asing

GAMBAR fail menunjukkan Jokowi dan isterinya, Irian Widodo di sebuah pusat pengundian di Jakarta pada 9 April lalu.- AFP


JAKARTA - Tindakan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarno Putri dan bakal calon presiden dari parti berkenaan, Joko Widodo atau Jokowi, mengadakan pertemuan dengan duta besar negara asing malam Isnin lalu menerima kritikan.

Menurut beberapa pemerhati politik, kesediaan Jokowi yang merupakan Gabenor Jakarta menemui duta besar itu boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.

Burhanudin Muhtadi dari Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, berkata, tindakan parti itu yang sengaja menampilkan pertemuan berkenaan di media massa adalah sesuatu sikap yang tidak perlu.

"Kalau mahu bertemu duta-duta besar kenapa harus terbuka dan di rumah pengusaha (ahli perniagaan)?," katanya di sini, dipetik akhbar Kompas, semalam.

Megawati dan Jokowi dikatakan bertemu duta besar Turki, Amerika Syarikat, Mexico dan Norway.

Sebelum itu, Jokowi sempat diperkenalkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman Megawati, di sini, Isnin lalu.

Dengan menampilkan pertemuan tersebut, Burhanuddin berkata, ia memberi kesan bahawa Megawati dan Jokowi telah membuat kesepakatan tertentu dengan pihak asing jika Jokowi dipilih menjadi presiden Indonesia pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.

"Jadi, bagi saya menampilkan satu pertemuan dengan pihak asing itu secara terbuka tidak baik. Ada kesan (mungkin) Mega, Jokowi dan PDI-P membuat kesepakatan (dengan pihak asing)," katanya.

Pemerhati politik dari Charta Politika, Yunarto Wijaya pula berkata, pertemuan itu boleh dijadikan modal kepada lawan politik Jokowi itu adalah 'boneka asing'.

Dalam reaksinya terhadap isu itu, Jokowi berkata, pertemuan dengan duta besar negara asing itu adalah kesempatan belajar cara pergaulan dengan masyarakat antarabangsa sekali gus untuk mendapat sokongan dari negara asing terhadap pencalonannya sebagai bakal calon presiden Indonesia. - Bernama

Bulan kelihatan merah seperti darah

Posted:

Bulan kelihatan merah seperti darah

Bulan kelihatan merah seperti darah


BULAN berwarna merah dapatdilihat di Los Angeles semalam.- REUTERS


MADRID - Satu fenomena gerhana bulan penuh yang digelar 'bulan berdarah' berlaku semalam.

Gerhana tersebut yang menyebabkan bulan kelihatan merah seperti darah boleh disaksikan oleh penduduk di selatan dan utara Benua Amerika.

Fenomena 'bulan berdarah' kali ini merupakan yang pertama daripada empat gerhana serupa yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang.

Gerhana itu berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. - Agensi

Dua beradik ditangkap kerana disyaki makan daging bayi

Posted:

Dua beradik ditangkap kerana disyaki makan daging bayi

Dua beradik ditangkap kerana disyaki makan daging bayi


FARMAN (kanan) dan Mohammad Arif (dua dari kanan) dikawal dua anggota polis apabila mereka tiba di sebuah mahkamah di Sargodha, Pakistan semalam.- AP


LAHORE - Pihak polis Pakistan menahan seorang lelaki dan adiknya kerana mereka disyaki memakan seorang bayi yang baru dilahirkan selepas kepala kanak-kanak itu dijumpai di rumah mereka, kata para pegawai.

Lelaki tersebut, Farman Ali, 37, ditahan sehari selepas polis menangkap abangnya, Mohammad Arif, 40, selepas penemuan kepala bayi di rumah mereka di satu daerah terpencil di wilayah Punjab.

Kedua-dua beradik itu sebelum ini pernah ditahan dan dihukum penjara selama dua tahun kerana memakan mayat wanita berusia 24 tahun dalam satu kes yang mengejutkan negara itu pada 2011.

Mohammad Arif memberitahu polis, Farman Ali mencuri mayat bayi berusia dua hari itu di sebuah tanah perkuburan di Kampung Darya Khan yang terletak kira-kira 300 kilometer dari selatan Islamabad.

Katanya, mereka kemudiannya melapah sebelum memasak dan memakan mayat bayi itu.

Ketua PolisBhakkar, Ameer Abdullah berkata, Farman Ali ditahan pada Selasa lalu dan kedua-dua suspek telah didakwa di sebuah mahkamah.

Polis menyatakan, isteri kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan mereka beberapa tahun lalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved