Khamis, 10 April 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Juruteknik bertugas sepanjang malam

Posted:

Juruteknik bertugas sepanjang malam

Juruteknik bertugas sepanjang malam

PANGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA AUSTRALIA PEARCE, Perth - Kumpulan juruteknik dan anggota kru di pangkalan udara ini, dekat Perth bekerja sepanjang malam untuk menyelenggara dan menyiapkan pesawat-pesawat bagi meneruskan operasi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di selatan Lautan Hindi.

Sebelum ini, tumpuan diberikan kepada juruterbang-juruterbang Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) termasuk Leftenan Udara Russell Adams yang mengecapi populariti kerana wajahnya tampan setanding dengan pelakon Tom Cruise yang berlakon dalam filem berjudul Top Gun.

Namun, harus diingat bahawa kakitangan lapangan di sini juga memainkan peranan yang sama pentingnya.

"Kami mungkin bukan tumpuan utama," kata ketua juruteknik di pangkalan ini, Andrew Smith yang menyelenggara empat pesawat P-3 Orion milik Australia.

Keempat-empat pesawat berkenaan digunakan dalam operasi mencari penerbangan MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.



"Namun, mereka yang berkenaan sedar dan menghargai apa yang kami lakukan," jelasnya.

Selepas setiap penerbangan, semua pesawat terbabit perlu mengisi minyak dan menjalani pemeriksaan penuh dan rapi.

"Minyak dan bendalir perlu ditambah manakala peralatan bahaya dalam pesawat seperti peranti pengesan asap ditanggalkan secara berhati-hati dan disimpan di tempat yang selamat," kata Smith.

Menurutnya, pembaikan yang dilakukan pula adalah pelbagai antaranya kerosakan kecil seperti kebocoran ringan sehinggalah kepada kerja menggantikan kipas pesawat.

"Kami dilatih dan dinasihat supaya tidak berasa tertekan dengan tugas kami dan melakukan apa sahaja pembaikan yang diperlukan pada masa kami sendiri," jelasnya.

Secara keseluruhan, menurut Smith, terdapat 50 kru lapangan yang menyelenggara empat buah pesawat Orions milik Australia tersebut.

Kru-kru dari negara lain pula terlibat menyelenggara pesawat mereka sendiri.

Usaha tersebut dibuat supaya operasi mencari Boeing 777-200 yang hilang pada 8 Mac lalu dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru terhempas di selatan Lautan Hindi selepas berpatah balik dari laluan penerbangan asal ke Beijing, China. - AP

11 jangkitan virus MERS di Arab Saudi

Posted:

11 jangkitan virus MERS di Arab Saudi

11 jangkitan virus MERS di Arab Saudi

JEDDAH - Kerajaan Arab Saudi menyatakan semalam bahawa negara itu mencatat 11 kes jangkitan maut virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di sini termasuk kakitangan hospital.

Agensi berita Saudi Press Agency memetik pihak berkuasa kesihatan di sini sebagai berkata, dua pesakit telah meninggal dunia, enam sembuh manakala tiga lagi masih dirawat.

Jabatan kecemasan Hospital Raja Fahd di bandar raya ini ditutup untuk operasi pembersihan kuman selepas seorang pekerja kesihatan didapati dijangkiti virus MERS manakala ujian berikutnya terhadap seorang staf lain turut positif.

"Sebahagian pesakit dipindahkan ke beberapa hospital lain sepanjang operasi membunuh kuman itu dilakukan," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Seorang jururawat di Hospital Raja Abdul Aziz didapati positif ujian MERS tetapi tiada jangkitan melibatkan pekerja lain di hospital berkenaan.

Pihak berkuasa kesihatan turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada hospital lain di sini mencatat kes MERS .

Pihak berkuasa sama turut menafikan berita bahawa dua lagi kematian akibat penyakit itu telah berlaku.

Virus MERS muncul di Asia Barat pada tahun 2012 dan berasal daripada keluarga virus penyebab sindrom pernafasan akut teruk (SARS).

Penyakit itu boleh menyebabkan batuk, demam dan jangkitan pneumonia.

Walaupun jumlah jangkitan MERS di seluruh dunia agak kecil, saintis-saintis dan pegawai kesihatan berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran penyakit itu kini merebak di luar rantau Asia Barat dan menyebabkan kematian lebih 40 peratus penghidapnya.

Sejumlah kes telah dilaporkan di Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Tunisia selain di beberapa negara Eropah. - Reuters

Parti Jokowi peroleh undi terbanyak

Posted:

Parti Jokowi peroleh undi terbanyak

Parti Jokowi peroleh undi terbanyak


AFP
JOKOWI dan isterinya, Iriana Widodo (kanan) menunjukkan sebatang jari yang mengandungi dakwat selepas mereka mengundi di sebuah pusat pengundian di Jakarta semalam.


JAKARTA - Parti pembangkang utama menduduki tempat pertama dalam pengiraan undi pada pilihan raya Parlimen semalam.

Menurut dua tinjauan dua pengiraan awal, Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) memperoleh antara 19 hingga 20 peratus undi.

Parti Golkar yang pernah diketuai bekas Presiden, Suharto menduduki tempat kedua dengan memperoleh 15 peratus daripada jumlah undi yang telah dikira.

Tempat ketiga diduduki parti Gerindra yang dianggotai bekas pegawai tentera Indonesia, Leftenan Jeneral Prabowo Subianto dengan memperoleh undi sebanyak 12 peratus.

Parti PDI-P mencalonkan Datuk Bandar Jakarta, Joko Widodo sebagai calon Presiden yang akan bertanding pada pilihan raya Presiden pada Julai depan.

Joko terkenal kerana sering gembira ketika membuat lawatan mengejut ke kawasan setinggan, menegur pegawai kerajaan yang malas dan berhibur di konsert heavy metal.

Pendekatan secara terus dan imej beliau sebagai rakyat biasa menjadikan Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi calon popular untuk menjadi presiden negara itu yang baru.

Jokowi, 52, juga dilihat sangat jauh berbeza dengan pemimpin elit terdahulu termasuk ketika era Suharto.

"Saya berpendapat rakyat mahukan seorang pemimpin yang mudah untuk mereka dampingi.

"Malah, ini juga suatu perkara baharu bagi rakyat di negara ini untuk mendapat seorang pemimpin yang bersikap sederhana," kata penganalisis dari Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Jakarta, Tobias Basuki.

Parti PDI-P kini dijangka menang besar dalam pemilihan Parlimen semalam bagi menentukan parti mana yang akan meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan raya Presiden.

Jokowi berasal dari keluarga sederhana dan membesar di perkampungan setinggan di Surakarta, Jawa Tengah.

Beliau menamatkan pelajaran dalam bidang perhutanan di sebuah universiti di Indonesia dan bekerja di sebuah syarikat perabot sebelum menyertai politik pada 2005 selepas dipilih sebagai datuk bandar Solo.

Karier politiknya mula bersinar selepas berjaya mewujudkan satu sistem tram dan menempatkan semula penjaja jalanan di bandar itu.

Kejayaan beliau itu mula mendapat perhatian sekali gus memudahkan beliau untuk dipilih untuk jawatan tertinggi di Jakarta pada 2012. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved