Jumaat, 28 Mac 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Larangan masuk Sarawak selaras peruntukan Perjanjian Malaysia 1963

Posted:

Larangan masuk Sarawak selaras peruntukan Perjanjian Malaysia 1963

Larangan masuk Sarawak selaras peruntukan Perjanjian Malaysia 1963

28/03/2014 9:45pm

PADAWAN - Kerajaan Sarawak tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang ketika menghalang tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada memasuki negeri itu.

Sebaliknya kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

"Semua pihak sudah sedia maklum mengenai Perjanjian Malaysia 1963.

"Kerajaan negeri diberi hak mengurus hal ehwal imigresen sendiri dan seterusnya boleh menghalang mana-mana pihak yang dianggap boleh memecah belah perpaduan dan seterusnya membawa ketidakstabilan dari masuk ke negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Jabatan Penjara Malaysia (Zon Sarawak), di sini hari ini juga berkata, hal itu termaktub dalam Perkara 6 perjanjian berkenaan.

Pada 25 Mac lalu tiga pemimpin PKR iaitu Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi meminta semua pihak menghormati Perjanjian Malaysia dan tidak membangkitkan lagi perkara itu.

"Kita semua perlu menghormati perjanjian tersebut, tidak menjadikan larangan terhadap pemimpin PKR itu satu kontroversi, tidak mempolitikkan soal undang-undang dan yang pasti hak-hak yang telah diperuntukan kepada Sarawak dihormati " katanya. - Bernama

Pelan catuan air peringkat pertama dan ketiga diteruskan

Posted:

Pelan catuan air peringkat pertama dan ketiga diteruskan

Pelan catuan air peringkat pertama dan ketiga diteruskan

28/03/2014 8:42pm

KUALA LUMPUR - Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga masih diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, catuan air itu kerana fenomena cuaca panas dan ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas menyebabkan aliran air sungai kembali ke paras yang rendah di Sungai Selangor.

"Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama masih aktif kerana Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup berikutan paras kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Alfred berkata, bagi pengguna di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang memperoleh bekalan air menerusi kedua-dua LRA berkenaan akan menghadapi catuan bekalan air seperti yang dijadualkan dalam Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama.

Bagi Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Ketiga yang melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang/Shah Alam, ia masih diaktifkan juga.

"Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. masih meneruskan pengawalan dan pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates.

"Kedua-dua pelan catuan bekalan air tersebut berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya. - Bernama

KPDNKK rampas petrol, diesel subsidi bernilai RM5.5 juta

Posted:

KPDNKK rampas petrol, diesel subsidi bernilai RM5.5 juta

KPDNKK rampas petrol, diesel subsidi bernilai RM5.5 juta

28/03/2014 7:26pm

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas petrol dan diesel subsidi bernilai RM5.5 juta sejak November lepas.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata rampasan itu hasil beberapa operasi bagi membanteras penyelewengan bahan berkenaan iaitu Operasi Diesel dan Petrol 1 North (OD1N), OD2N dan Operasi Diesel 1 Selatan (OD1S).

"Selain rampasan, turut dilakukan ialah pembekuan harta dan aset bernilai kira-kira RM36 juta. Ini adalah kejayaan cemerlang yang dicapai sehingga Mac ini," katanya dalam majlis perhimpunan bulanan KPDNKK hari ini.

Beliau berkata, KPDNKK merampas 645,570 liter diesel serta petrol bernilai RM1.62 juta menerusi OD1S di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1967 serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membabitkan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hasan juga berkata, jumlah penguatkuasa KPDNKK mungkin perlu ditambah pada masa akan datang memandangkan ketika ini hanya terdapat kira-kira 1,800 orang di seluruh negara. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved