Khamis, 27 Mac 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


RTM dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2014

Posted:

RTM dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2014

RTM dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2014

27/03/2014 9:48pm

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi memperoleh hak siaran eksklusif Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Brazil mulai 12 Jun hingga 13 Julai depan.

Sebanyak 35 perlawanan meliputi 24 siaran langsung dan 11 siaran tertunda dengan siaran berdefinisi tinggi (HD) akan disiar menerusi TV1 dan TV2 bagi memenuhi permintaan rakyat yang tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar.

Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Mohd Ismail, dalam satu kenyataan hari ini, menyebut RTM menjadi penyiar utama bagi kejohanan empat tahun sekali itu sejak 1974.

"Siaran perlawanan ini nyata memenuhi permintaan rakyat yang meminati kejohanan itu tetapi tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar kerana menurut kajian lebih tiga juta rakyat daripada 6.4 juta isi rumah masih bergantung kepada penyiaran tidak berbayar yang disediakan kerajaan," katanya.

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA merupakan sukan nombor satu, paling berprestij dan diminati di seluruh dunia. - Bernama

Tempoh peralihan monsun dijangka bermula 29 Mac

Posted:

Tempoh peralihan monsun dijangka bermula 29 Mac

Tempoh peralihan monsun dijangka bermula 29 Mac

27/03/2014 8:40pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara ini akan melalui tempoh peralihan monsun bermula 29 Mac sehingga awal Mei depan.

Menurut kenyataan MetMalaysia, fenomena ribut petir dan hujan lebat diramal lebih kerap berlaku dalam tempoh peralihan itu terutama di kawasan sekitar negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dan pedalaman Kelantan, Terengganu serta Pahang.

Fenomena seumpama ini biasanya berlaku pada sebelah petang dan awal senja.

MetMalaysia menyatakan angin kencang dan banjir kilat juga dijangka berlaku dalam tempoh peralihan monsun itu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat cuaca terkini boleh menghubungi talian Hotline di 1-300-22-1MET atau layari laman sesawang MetMalaysia. - Bernama

Lelaki ditahan miliki senjata berbahaya, bom buatan sendiri

Posted:

Lelaki ditahan miliki senjata berbahaya, bom buatan sendiri

Lelaki ditahan miliki senjata berbahaya, bom buatan sendiri

27/03/2014 8:38pm

SANDAKAN - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memiliki senjata berbahaya dan bom buatan sendiri di kawasan Bandar Indah dekat sini Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Fadzil Mohd Ali berkata, suspek berusia 27 tahun dan senjata berbahaya yang dirampas ialah dua bilah pisau, dua lastik bersama-sama anak panah kecil dan guli.

"Dua bahan letupan buatan sendiri berbentuk bujur berukuran 3.5 sentimeter panjang dan 2.5 sentimeter lebar turut ditemui dalam beg suspek," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman empat hari mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1953.

Fadzil berkata, membawa senjata tajam dan berbahaya, apatah lagi bahan letupan di tempat awam, merupakan satu kesalahan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved