Ahad, 23 Mac 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


PRK Kajang: Polis buka dua kertas siasatan, tahan seorang lelaki

Posted:

PRK Kajang: Polis buka dua kertas siasatan, tahan seorang lelaki

PRK Kajang: Polis buka dua kertas siasatan, tahan seorang lelaki

23/03/2014 10:06pm

KAJANG - Polis membuka dua kertas siasatan dan menahan seorang lelaki berkaitan dua insiden yang berlaku ketika proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, lelaki itu ditahan kerana cuba menghalang polis daripada merobohkan barong panas di persimpangan Jalan Taman Delima di sini.

Lelaki berumur 43 tahun itu dikatakan memarahi anggota polis dengan kata-kata lucah dan menghalang polis menurunkan khemah di lokasi berkenaan seperti yang diminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya pada sidang media di sini.

Mohd. Shukri berkata, polis juga membuka satu kertas siasatan berkaitan dakwaan seorang lelaki berusia 27 tahun dipukul dan dicederakan sekumpulan lelaki tidak dikenali di Sekolah Kebangsaan Kajang pada 3 petang.

Tambahnya, proses pengundian hari ini secara keseluruhannya berlangsung dengan aman dan terkawal walaupun terdapat beberapa insiden salah faham dan provokasi antara penyokong parti-parti politik.

"Namun, polis berjaya meleraikan mereka dan meredakan keadaan," katanya. - Bernama

Anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu

Posted:

Anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu

Anak pasangan Malaysia ditahan di Sweden ikuti kelas intensif Bahasa Melayu

23/03/2014 9:59pm

KUCHING - Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden kini mengikuti kelas intensif mata pelajaran Bahasa Melayu bagi membantu meningkatkan penguasaan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala, Kelantan telah pun memulakan kelas berkenaan bagi membantu empat beradik itu.

"Ini adalah antara langkah diambil bertujuan membantu Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu memandangkan mereka berempat kini berada dalam keadaan yang stabil dan tidak lagi tertekan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Keusahawanan Wanita 2014 di sini hari ini. - Bernama

PKR menang tapi majoriti merosot

Posted:

PKR menang tapi majoriti merosot

PKR menang tapi majoriti merosot

23/03/2014 9:55pm

KAJANG - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di sini hari ini dengan majoriti lebih kecil.

Calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, memperoleh majoriti 5,379 undi untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA memperoleh 11,362 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi pada pukul 9.05 malam di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dekat sini.

Menerusi kemenangan itu, kedudukan kerusi DUN Selangor kekal seperti sebelum ini iaitu PKR dengan 14 kerusi DUN, sementara BN kekal 12 kerusi.

Lebih 72 peratus atau 28,314 daripada 39,278 pengundi di kawasan itu keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Yang hadir meraikan kemenangan itu ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

PRK DUN Kajang diadakan selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu atas sebab tertentu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Chin Cheh mendapat 19,571 undi untuk menewaskan calon BN, Lee Ban Seng yang memperoleh 12,747 undi.

PKR menguasai kawasan itu sejak PRU 2008 apabila calonnya, Lee Kim Sin menewaskan calon BN, Datin Paduka Low Lee Leng dengan majoriti 3,268 undi. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved