Isnin, 17 Mac 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tasik

Posted:

Remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tasik

Remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam tasik

17/03/2014 9:54pm

SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas dia dipercayai terjatuh ke dalam tasik di Puncak Alam, Kuala Selangor dekat sini petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang tadi dan usaha mencari dan menyelamat mangsa oleh pasukan bomba masih dilakukan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul mengesahkan kejadian itu dan gerakan mencari masih giat dilakukan. - KOSMO!

Komunikasi terakhir MH370 oleh pembantu juruterbang

Posted:

Komunikasi terakhir MH370 oleh pembantu juruterbang

Komunikasi terakhir MH370 oleh pembantu juruterbang

17/03/2014 9:11pm

SEPANG - Komunikasi terakhir daripada kokpit penerbangan MH370 dilakukan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, sebelum pesawat ke Beijing itu hilang pada awal pagi 8 Mac.

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia, Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media harian berkenaan perkembangan terkini pencarian MH370 hari ini, berkata, berdasarkan siasatan awal, Fariq yang menghantar mesej radio terakhir "all right, good night" pada 1.19 pagi sebelum pesawat hilang daripada imbasan radar.

Beliau berkata, nada suara Fariq juga tidak menunjukkan tanda-tanda stres ketika mengucapkan "all right, good night". (baiklah, selamat malam) Ahmad Jauhari mengulangi transmisi terakhir Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) diterima pada 1.07 pagi.

"Bagaimanapun kami tidak tahu bila ACARS dimatikan selepas itu," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu mempertimbangkan untuk memperkasa ujian rutin aspek psikologi, psikometrik dan psikomotor juruterbang selain memperketat syarat pengambilan baharu.

Ahmad Jauhari turut menolak spekulasi bahawa juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah ditukar pada saat-saat akhir untuk menerbangkan MH370 pada 8 Mac.

"Beliau memang dijadualkan (untuk MH370)," katanya.

Beliau juga berkata, tiada bukti penumpang penerbangan MH370 membuat panggilan telefon atau menghantar mesej teks selepas pesawat itu hilang.

"Kami masih menyiasat. Ada sejuta rekod yang perlu kami proses. Ini masih dilakukan sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Ahmad Jauhari. - Bernama

Kandungan ammonia dalam Sungai Langat kekal di paras tinggi

Posted:

Kandungan ammonia dalam Sungai Langat kekal di paras tinggi

Kandungan ammonia dalam Sungai Langat kekal di paras tinggi

17/03/2014 8:13pm

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi belum boleh beroperasi kerana kandungan ammonia di Sungai Langat masih di paras tinggi.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa hujan di beberapa kawasan sejak semalam masih gagal memulihkan keadaan air di sungai yang menjadi sumber air mentah untuk kedua-dua loji itu.

Oleh itu, Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor masih diteruskan dan ia berjalan lancar.

Pelan dilakukan bagi menangani masalah kekurangan bekalan air terawat disebabkan penutupan dua loji itu selain kekurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor dan Klang Gates. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved