Rabu, 12 Mac 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kes denggi menurun sebanyak 422 kes sepanjang minggu ini

Posted:

Kes denggi menurun sebanyak 422 kes sepanjang minggu ini

Kes denggi menurun sebanyak 422 kes sepanjang minggu ini

12/03/2014 9:57pm

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi dilapor berkurangan sebanyak 422 kes dengan lapan kematian sepanjang minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh dua bulan ini, sebanyak 44 kematian akibat demam denggi dilaporkan.

"Jumlah terkumpul kes demam denggi yang dilaporkan dari Januari sehingga 8 Mac adalah 20,066 kes iaitu peningkatan sebanyak 322 peratus berbanding 4,760 kes yang dilapor bagi tempoh sama tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, bagi tempoh seminggu ini, sebanyak 1,630 kes dilapor berbanding 2,052 pada minggu sebelumnya.

Dr. Noor Hisham juga berkata, bagaimanapun, beberapa negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pulau Pinang 45 kes (41 peratus), Pahang 26 kes (18 peratus), dan Johor 113 kes (9 peratus).

- Bernama

Kes penyalahgunaan BB1M serius - MBIC

Posted:

Kes penyalahgunaan BB1M serius - MBIC

Kes penyalahgunaan BB1M serius - MBIC

12/03/2014 9:53pm

KUALA LUMPUR - Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC) hari ini mendakwa penyalahgunaan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) semakin serius apabila pempamer yang menyertai pelbagai pameran secara terang-terangan memaparkan penerimaan baucar itu bagi barangan bukan akademik.

Pengerusinya, Ishak Hamzah berkata, berikutan masalah tersebut, timbul

pelbagai tanggapan daripada masyarakat bahawa baucar berkenaan boleh ditukar dengan barangan lain.

"Keadaan ini menjadi kerisauan apabila ada yang anggap seolah-olah baucar ini bukan BB1M, tapi baucar apa-apa saja dan sebahagian besar ditebus bukannya buku, tetapi barang selain buku seperti tudung, pakaian dan cermin mata.

"Seminggu selepas pemberian baucar ini iaitu 28 Febuari lepas, salah guna

telah dapat dikesan di tapak-tapak pameran yang berlangsung di institut

pengajian tinggi awam dan institut pengajian tinggi swasta secara terang-terangan dan ini amat mendukacitakan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Maritim Malaysia tidak temui sebarang petunjuk setakat ini kehilangan MH370

Posted:

Maritim Malaysia tidak temui sebarang petunjuk setakat ini kehilangan MH370

Maritim Malaysia tidak temui sebarang petunjuk setakat ini kehilangan MH370

12/03/2014 9:59pm

PASIR PUTEH - Kesemua siasatan yang dijalankan berhubung kehilangan pesawat MAS MH370 termasuk atas dakwaan beberapa penduduk dan nelayan melihat pesawat terbang rendah dan mendengar dentuman kuat di kawasan Laut China Selatan tidak menemui sebarang petunjuk setakat ini.

Mengumumkan demikian, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, operasi mencari di Laut China Selatan dan Selat Melaka sedang giat dijalankan pihaknya bersama agensi lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada negara luar.

"Semua kawasan kita sudah cari, dari pantai hingga 200 batu nautika dalam perairan negara di Laut China Selatan, kita tidak menemui sebarang petunjuk,"katanya pada sidang akhbar di Maritim Malaysia Daerah Maritim Tok Bali di sini hari ini.

Katanya, tinjauan udara dan kapal ronda dilakukan di sekitar Pulau Kapas,

Terengganu sehingga ke perairan Kuantan, Pahang serta sempadan Thailand dan Vietnam. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved