Jumaat, 7 Mac 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Milo pencetus tenaga positif

Posted:

Milo pencetus tenaga positif

Milo pencetus tenaga positif

SEORANG petugas menunjukkan kepada pengunjung koko yang telah dikisar halus menjadi serbuk Milo.


JENAMA minuman coklat, Milo sentiasa dikenali dengan keenakan rasa dan manfaat kesihatan yang digemari rakyat negara ini sejak lebih 60 tahun lalu.

Tidak hanya bersandarkan produk yang ditawarkan, jenama terkemuka itu juga mengambil langkah proaktif dalam mempromosikan diet seimbang dan gaya hidup sihat dalam komuniti.

Justeru, Milo telah menjalankan siri jelajah Institute of Champions untuk mencetuskan tenaga positif melalui kepentingan pengambilan sarapan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di seluruh negara baru-baru ini.

Inisiatif yang bertemakan Tenaga positif itu bertujuan mendidik ibu bapa bahawa keseimbangan gaya hidup dan pemakanan yang baik membolehkan anak-anak mereka mencapai potensi diri terbesar.

Penganjuran yang diadakan di ruang legar pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini merupakan lokasi ketiga setelah menjelajah ke pelbagai destinasi utama di seluruh negara sejak Februari lalu.

Bagi pekerja swasta, Nurul Huda Md. Yunus, 35, siri jelajah tersebut secara tidak langsung menjadikan ibu bapa lebih peka akan kebaikan Milo yang kaya dengan zat dan memberikan tenaga.

"Selama ini saya tidak sedar akan kebaikan nutrisi yang terdapat dalam minuman ini kerana sekadar menikmati kelazatannya. Malah, kedua-dua anak saya yang berusia sembilan dan 12 tahun juga menggemari minuman ini sejak kecil lagi.

"Oleh itu, penganjuran acara ini meningkatkan pengetahuan kami. Penyediaan pelbagai aktiviti menarik seperti cabaran mini memberikan keseronokan tambahan kepada pengunjung," katanya ketika ditemui pada siri jelajah itu baru-baru ini.

Diperkaya dengan kebaikan, Milo mengandungi ProtoMalt iaitu ekstrak malt barli dengan campuran pelbagai khasiat penting yang membekalkan tenaga dan nutrisi badan.


PEK minuman Milo turut dijual pada siri jelajah Institute of Champions yang diadakan di ruang legar pusat beli-belah, Sunway Pyramid, Petaling Jaya baru-baru ini.


Di samping itu, terdapat Actigen E yang merupakan kombinasi unik lapan jenis vitamin dan empat jenis mineral yang membekalkan tenaga optimum daripada makanan.

Menurut seorang lagi pengunjung, Lee Poh Chun, 22, siri jelajah itu membolehkan dirinya mendapatkan maklumat lengkap mengenai tabiat pemakanan yang betul.

"Ini merupakan kali pertama saya dan dua orang rakan lain melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini. Oleh itu, kami cuba memanfaatkan masa dan peluang sebaik mungkin untuk meraih pelbagai maklumat berguna.

"Usaha ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak terhad hanya kepada kanak-kanak tetapi juga dewasa," ujarnya.

Peningkatan nilai

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Ng Sun Yen berkata, Malaysia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang mempunyai kadar tertinggi penghidap diabetes dan masalah obesiti.

"Sebahagian besar punca utama keadaan tersebut ialah gaya hidup yang tidak aktif dan amalan pemakanan tidak sihat. Oleh itu, terdapat keperluan penting dalam mendidik rakyat negara ini untuk mengetahui keperluan sebenar badan agar mereka mampu mencapai potensi diri.

"Ia boleh dikecapi melalui pengambilan makanan seimbang, bersenam dan berfikiran positif. Peningkatan nilai dan kesedaran ini juga merupakan tujuan utama siri jelajah yang bersifat pendidikan interaktif ini diadakan," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kesejahteraan Korporat, Nestle Products Sdn. Bhd, Cher Siew Wei berkata, ibu bapa perlu menitikberatkan corak pemakanan anak-anak bagi membantu tumbesaran mereka.

"Untuk kekal sihat, tubuh memerlukan nisbah karbohidrat, lemak dan protein yang betul. Ia merupakan tiga komponen utama nutrisi dalam piramid makanan bagi menjana tenaga positif.

"Tubuh memerlukan kandungan karbohidrat sekurang-kurangnya 55 hingga 70 peratus, protein (10 hingga 15 peratus) dan lemak (20 hingga 30 peratus) seperti yang disyorkan dalam piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia," katanya.

Siri jelajah Institute of Champions akan diteruskan di pusat beli-belah 1Borneo Mall, Kota Kinabalu, Sabah pada 28 hingga 30 Mac ini dan Plaza Merdeka, Kuching dari 11 hingga 13 April ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.milo.com.my atau facebook.com/milomalaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved