Jumaat, 7 Mac 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Jurulatih asing tetap jadi buruan

Posted:

Jurulatih asing tetap jadi buruan

Jurulatih asing tetap jadi buruan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SKUAD Harimau Malaya bakal mendapat sentuhan pengendali baharu bagi menggantikan tempat Datuk K. Rajagobal.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap tidak berganjak dengan pendirian untuk mendapatkan khidmat jurulatih asing bagi membimbing skuad Harimau Malaya.

Biarpun jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee dilihat berjaya membimbing Harimau Malaya setakat ini termasuk ketika menewaskan Yemen 2-1 pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu, FAM tetap memburu tenaga jurulatih asing.

Sambil memuji persembahan Harimau Malaya ketika menentang Yemen, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan, FAM kekal dengan keputusan untuk memburu khidmat jurulatih import.

"Ia satu permulaan yang baik buat Kim Swee. Ketika menentang Yemen, pasukan negara telah bermain bersungguh-sungguh walaupun beraksi dengan 10 pemain.

"Kita bertuah kerana menang dalam perlawanan itu tetapi agak kecewa kerana tidak layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

"Namun, keputusan (kedudukan Kim Swee sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya) tetap sama seperti yang dibincangkan pada Mesyuarat Exco FAM sebelum ini," kata Hamidin ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam Mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan oleh Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 22 Februari lalu, FAM membuat keputusan untuk melantik jurulatih asing bagi melatih Harimau Malaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Jurulatih FAM, Datuk Seri Subahan Kamal turut mendedahkan, bekas pemain Bayern Munich dan AC Milan, Jean-Pierre Papin antara salah seorang daripada 42 jurulatih yang memohon jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Bagaimanapun, FAM tidak mahu terburu-buru menamakan pengendali baharu ekoran kesan daripada rundingan dengan bekas jurulatih Jepun, Phillipe Troussier sebelum ini.

Ketika ini, FAM hampir pasti 'mengikat' Troussier sebelum mengambil keputusan untuk menolak hasrat bekas jurulatih FC Ryukyu itu gara-gara permintaannya terutama membabitkan gaji yang keterlaluan.

Selain Troussier, jurulatih AS Roma, Zdenek Zeman; bekas jurulatih Liverpool, Alex Miller; bekas pemain Perancis, Marcel Desailly dan bekas jurulatih China dan Uzbekistan, Bob Houghton juga dikatakan berada dalam radar FAM.

Kembali galas amanah

Posted:

Kembali galas amanah

Kembali galas amanah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE menerajui Harimau Muda A bagi menghadapi Liga NPL.


SELEPAS membimbing Harimau Malaya berdepan Yemen dalam aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Rabu lalu, Datuk Ong Kim Swee kini kembali fokus menerajui skuad Harimau Muda A bagi mengharungi saingan Liga NPL Queensland, Australia.

Justeru, Kim Swee berharap anak-anak buahnya dapat melakar keputusan positif menjelang aksi pembuka tirai Liga NPL Queensland berdepan Moreton Bay Jets di Padang Wolter Park 1, Brisbane malam ini.

Biarpun tidak menetapkan sebarang sasaran sepanjang saingan Liga NPL, beliau mahu anak-anak buahnya kekal fokus meraih pengalaman berguna menjelang Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, September depan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saingan Liga NPL merupakan pendedahan terbaik skuad Harimau Muda A sebagai persiapan awal ke temasya Sukan Asia.

"Jadi, saya harap kami dapat melakar keputusan yang positif dalam setiap perlawanan selain mengenal pasti kelemahan pasukan yang perlu diperbaiki," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda A telah berlepas ke Brisbane, Australia Selasa lalu sementara Kim Swee baru tiba semalam dari Dubai selepas aksi berdepan Yemen.

Kim Swee juga mengakui, beliau bakal berdepan cabaran baharu bagi mengendalikan skuad Harimau Muda A kali ini.

"Harus diingat, skuad Harimau Muda A sekarang tidak lagi sama seperti sebelum ini kerana kini rata-ratanya dibarisi pemain muda di bawah usia 21 tahun.

"Mereka perlu diberikan peluang membuktikan kemampuan masing-masing serta meraih pengalaman sebaik mungkin supaya bersedia beraksi di pentas yang lebih tinggi selepas ini," jelas beliau.

Kim Swee berkata, beliau juga tidak 'menutup pintu' buat mana-mana pemain yang tidak dibawa ke Australia kali ini ketika Harimau Muda A berentap pada Sukan Asia kelak.

"Saya masih memiliki masa untuk mengenal pasti skuad terbaik bagi menghadapi Sukan Asia.

"Jadi, mana-mana pemain muda negara masih berpeluang beraksi pada Sukan Asia biarpun mereka tidak menyertai kami di Australia.

"Yang paling utama, kesemua pemain perlu membuktikan yang terbaik jika berhasrat untuk beraksi di pentas Piala Asia," katanya.

Teka-teki MHC terjawab

Posted:

Teka-teki MHC terjawab

Teka-teki MHC terjawab

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my


NUR AZMI (tengah) dan Arul (kiri) memegang senarai 25 pelatih sambil diperhatikan oleh Minarwan Nawawi (kanan) di Kuala Lumpur semalam.


TEKA-TEKI senarai 25 pelatih skuad hoki remaja negara akhirnya terjawab. Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad mengumumkan senarai kesemua pelatih tersebut pada sidang media di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Namun, kesemua 25 pelatih tersebut masih terikat dengan pasukan kelab masing-masing bagi menghadapi saingan Divisyen Satu Liga Hoki Kebangsaan (MHL) bermula pada 16 Mac ini.

Nur Azmi berkata, MHC telah memaklumkan kepada semua kelab tersebut bahawa pelatih dikehendaki turun menjalani empat sesi latih bersama Skuad Projek 2016 itu pada setiap hari Isnin pagi, Selasa pagi dan petang serta Rabu petang.

Ketua jurulatih Skuad Projek 2016, Arul Selvaraj berharap akan kerjasama yang baik daripada semua pasukan bagi membuat persiapan segera sebelum menyertai beberapa kejohanan penting tahun ini.

"Saya mahu memastikan semua pemain diberi tunjuk ajar yang betul untuk tempoh yang singkat ini kerana itu adalah matlamat saya yang penting.

"Falsafah saya adalah hoki satu sukan yang senang. Keduanya ialah menggunakan Piala Tun Abdul Razak dan Liga Premier sebaik mungkin untuk bermain bersama-sama sebagai satu pasukan.

"Saya minta satu sahaja daripada MHC, saya perlukan pemain-pemain saya, saya perlu melatih mereka. Saya kini kesuntukan masa sebab itu saya perlukan pemain-pemain pada empat sesi latihan itu semasa Liga Divisyen Satu berlangsung," katanya.

Duo pakar flick Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt), Muhamad Aminudin Mohd. Zain dan Muhammad Najmi Farizal Jazlan turut tersenarai.

Skuad Projek 2016 itu juga bakal diperkuatkan dengan sentuhan jurulatih pakar dari Afrika Selatan, Brendan Carolan selain dua tenaga bekas pakar flick negara, S. Kuhan dan Amin Rahim.

"Saya dah bincang dengan Amin dan Kuhan sekiranya khidmat mereka diperlukan. Jika salah seorang pemain mempunyai teknik serupa dengan Kuhan, mungkin kami memintanya beri tunjuk ajar.

"Carolan kini bermastautin di Ireland dan bekerjasama dengan pasukan Ireland semasa saya di sini. Dia juga bekas jurulatih Bawah 21 tahun (B-21) Ireland. Dia sudi datang untuk tolong skuad negara sekiranya diperlukan," katanya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved