Ahad, 23 Mac 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harapan Malaysia punah

Posted:

Harapan Malaysia punah

Harapan Malaysia punah

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my

RAJA Dr. Nazrin Shah (empat dari kanan) bersama pemain Australia yang muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam.


TUAH tidak menyebelahi pasukan kebangsaan untuk melakar kemenangan ke atas Australia apabila tewas 3-8 di pentas final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam tadi.

Ia sekali gus mengecewakan harapan kira-kira 15,000 penonton untuk melihat aksi skuad negara membenam juara sebanyak tujuh kali itu di pentas kejohanan yang sama.

Permulaan rancak oleh skuad negara masih belum mencukupi apabila Australia merekod gol pertama seawal minit kelima oleh Chris Ciriello menerusi pukulan sudut penalti.

Percubaan pasukan kebangsaan untuk mengutip jaringan pertama tidak membuahkan hasil selepas hantaran Muhamad Ramadan Rosli berjaya disekat pihak lawan.

Australia hanya mengambil masa seminit sahaja untuk membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-11 hasil pukulan Eddie Ockenden menerusi jaringan padang.

Biarpun ketinggalan 2-0 pada 11 minit pertama perlawanan, pasukan negara terus mempamerkan gaya permainan yang agresif.

Australia yang terus memberi tekanan kepada skuad negara berjaya menambah jaringan pada minit ke-17 melalui pukulan sudut penalti oleh Ciriello.

Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah akhirnya berjaya membolosi gawang Australia pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Shahril Saabah.

Ketinggalan 1-3 membangkitkan semangat pasukan kebangsaan selepas berjaya mengutip gol kedua pada minit ke-40 hasil jaringan padang oleh Muhammad Rashid Baharom.

Anak-anak buah Ric Charlesworth terus memberikan asakan dengan mengutip dua gol tambahan pada minit ke-42 dan minit ke-46 hasil pukulan sudut penalti oleh Ciriello dan Nicholas Budgeon.

Ciriello sekali lagi menghadiahkan gol keenam buat pasukannya pada minit ke-53 hasil pukulan sudut penalti sebelum kehadiran gol ketujuh oleh Matt Gohdes pada minit ke-65.

Masih belum berputus asa biarpun ketinggalan lima jaringan, hantaran Fitri Saari pada minit ke-68 melalui jaringan padang memberi sedikit sinar kepada skuad negara untuk mengejar kedudukan 3-7.

Ternyata skuad negara terpaksa pasrah apabila gol kelapan Australia oleh Tristan White pada minit ke-68 tidak berbalas sehingga wisel penamat.

Dalam pada itu, Juara Asia, Korea Selatan mengalahkan China 3-2 untuk menduduki tempat ketiga manakala Kanada pula merangkul tempat kelima selepas menewaskan Afrika Selatan 2-0.

Durakovic: Aksi Selangor semakin sempurna

Posted:

Durakovic: Aksi Selangor semakin sempurna

Durakovic: Aksi Selangor semakin sempurna

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my

SELANGOR tampil dengan rentak yang lebih sempurna, sekali gus meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan.

Demikian rumusan jurulatih Selangor, Mehmed Durakovic selepas menyaksikan anak-anak buahnya meraih tiga mata penuh ke atas skuad gergasi Pantai Timur pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Lebih manis, kejayaan itu dicatatkan di stadium keramat mereka, Stadium Shah Alam selepas terpaksa mengharungi tiga perlawanan di laman lawan sebelum ini iaitu ketika seri 1-1 dengan Maziya (Piala AFC), seri 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia (Liga Super) dan tewas 0-1 kepada Ha Noi T&T (Piala AFC).

Jelas Durakovic, kesungguhan yang dipamerkan anak-anak buahnya menjadi kunci kejayaan ke atas The Red Warriors meskipun mengakui para pemainnya dilihat sangat keletihan selepas mengharungi jadual yang sangat padat sepanjang minggu lalu.

"Semua pemain beraksi cemerlang termasuk K. Gurusamy dan Veenod Subramaniam yang bijak mengawal bahagian tengah. Mereka memberikan komitmen 100 peratus pada perlawanan malam ini (kelmarin).

"Kami kembali beraksi di (Stadium) Shah Alam dengan keadaan padang yang baik selepas mengharungi tiga perlawanan di tempat lawan dan ia bukannya suatu perkara mudah buat para pemain saya.

"Kami telah mendominasi permainan daripada mula hingga tamat perlawanan.

"Inilah rentak Selangor yang saya mahukan. Semua pemain tidak kenal erti penat, memberikan prestasi yang sangat cemerlang dan sepatutunya kami mampu menjaringkan tiga atau empat gol lagi.

"Biarpun hanya satu gol, saya tetap gembira dengan tiga mata penuh ini kerana semua pemain bermain begitu menakjubkan malam ini (kelmarin)," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan tersebut.

Pada aksi tersebut, penyerang import berbisa Selangor, Paulo Rangel muncul wira skuad bimbingan Durakovic itu apabila berjaya meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-20.

Durakovic turut menjelaskan bahawa percaturannya menggilirkan pemain adalah tepat gara-gara terpaksa berhadapan dengan jadual padat musim ini, Piala AFC dan saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Kamu boleh lihat malam ini (kelmarin), mereka sangat penat selepas 90 minit perlawanan kerana mereka memberikan segala-galanya tetapi kelebihan kepada kami kerana mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

"Persaingan sangat sengit sekarang ini dan sesiapa sahaja boleh mengalahkan kamu, jadi kamu perlu menumpukan sepenuh perhatian dalam 90 minit perlawanan.

"Secara jujur, Selangor dan Kelantan mempunyai jadual yang sangat padat. Kami tidak mempunyai skuad yang besar, jadi saya terpaksa membuat penggiliran pemain, ia memerlukan masa tetapi saya gembira dengan kejayaan ini," jelasnya.

Selepas ini, Selangor dijadualkan bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam esok.

'Ada hikmah buat PKNS'

Posted:

'Ada hikmah buat PKNS'

'Ada hikmah buat PKNS'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


WAN JAMAK (tengah) belum mahu panik walaupun tewas kepada Lions XII malam kelmarin.


PENGENDALI Selangor PKNS, Wan Jamak Wan Hassan percaya ada hikmah buat anak-anak buah beliau di sebalik kekalahan tipis 1-2 kepada Lions XII dalam aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura kelmarin.

Meskipun mengakui satu mata berharga lebih adil buat The Red Ant dalam perlawanan itu, Wan Jamak mahu anak-anak buahnya menjadikan kekalahan itu sebagai satu iktibar memburu kemenangan pada masa depan.

"Ada hikmah di sebalik kekalahan ini. Atas kertas, kami dilihat mampu menerajui liga buat seketika jika berjaya menewaskan Lions XII (kelmarin).

"Namun, setiap yang berlaku bersebab. Saya percaya kekalahan ini akan mematangkan pemain supaya tidak alpa serta mempamerkan persembahan lebih bertenaga dalam mana-mana perlawanan selepas ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut Wan Jamak, perbezaan mata yang tidak ketara oleh kesemua pasukan dalam saingan Liga Super setakat ini menjadi bukti bahawa setiap kemenangan cukup bermakna buat mana-mana pasukan termasuk PKNS.

"Jika menang, kami akan memintas banyak pasukan dan begitu juga sebaliknya apabila perbezaan mata antara pasukan dalam Liga Super tidak begitu ketara setakat ini.

"Jadi, pemain harus sedar bahawa setiap mata yang dikutip dalam setiap memberikan impak yang cukup besar buat PKNS dalam kedudukan liga," katanya.

Justeru, Wan Jamak menuntut anak-anak buahnya supaya memperbaiki kesilapan terutamanya dalam aspek komunikasi ketika melayan kunjungan Pahang di Stadium Shah Alam malam esok.

"Selain faktor padang tiruan, pemain juga gagal berkomunikasi dengan baik selain membenarkan pemain Lions XII memperoleh sepakan percuma berhampiran gol (kelmarin).

"Walaupun kami berjaya mendahului hasil jaringan Nazmi Faiz Mansor dalam perlawanan itu, kesilapan mudah seperti itu akhirnya menyebabkan kami tewas.

"Jadi, saya harap pemain dapat menebus kekalahan itu ketika berdepan Pahang kelak biarpun tanpa kehadiran Mohd. Fauzan Dzulkifli dan Patrick Wleh Ronaldinho yang mengalami kecederaan selain P. Gunalan yang menjalani hukuman penggantungan kad kuning," jelas beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved