Isnin, 17 Mac 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Liverpool pencabar utama

Posted:

Liverpool pencabar utama

Liverpool pencabar utama


GERRARD (kiri) meledakkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika Liverpool menewaskan United 3-0 di Old Trafford kelmarin.


MANCHESTER, United Kingdom - Kapten Liverpool, Steven Gerrard menganggap skuad The Reds sebagai pencabar utama gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

Gerrard menyuarakan keyakinan itu selepas meledakkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Manchester United 3-0 di Old Trafford kelmarin.

Pemain tengah England itu menyumbat gol pertama pada minit ke-34 selepas pengadil menghadiahkan sepakan penalti kerana bola terkena tangan Rafael da Silva sebelum menambah gol kedua pada minit ke-46 setelah kesalahan Phil Jones ke atas Joe Allen di hadapan pintu gol United.

Bagaimanapun, Gerrard melepaskan peluang untuk meledakkan hatrik selepas sepakan penalti ketiga yang diambilnya sekadar terkena palang gol selepas Nemanja Vidic dilayangkan kad kuning kerana mengasari Daniel Sturridge.

Gol ketiga Liverpool hadir menerusi Luis Suarez pada minit ke-84.

Kemenangan itu meletakkan Liverpool di tangga kedua selepas hanya ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Chelsea yang mengumpul 66 mata.

Meskipun pengurus Liverpool, Brendan Rodgers enggan meletakkan keyakinan yang tinggi ke atas skuad The Reds, Gerrard yakin mereka mampu menjulang trofi liga musim ini.

"Kami yakin bahawa kami mampu memenangi gelaran juara liga, namun perkara yang mudah dalam bola sepak ialah bercakap.

"Liverpool hanya perlu melayan pasukan- pasukan seterusnya, Cardiff City dan Sunderland seperti mana kami menentang United hari ini.

"Mungkin saya sedikit berlagak ketika mengambil sepakan penalti terakhir tetapi menjaringkan dua gol merupakan perkara yang sangat penting," kata Gerrard. - AFP

Shakir yakin atasi wakil Vietnam

Posted:

Shakir yakin atasi wakil Vietnam

Shakir yakin atasi wakil Vietnam

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


SHAKIR (kiri) bersalaman dengan kapten pasukan Vissai Ninh, Manh Dung selepas sidang akhbar di Kota Bharu semalam.


PENYERANG The Red Warriors, Ahmad Shakir Ali bersedia menggalas tugas selaku penggempur utama pasukannya pada pertemuan dengan wakil Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam saingan peringkat kumpulan kempen Piala AFC di stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Ahmad Shakir dijangka bergandingan dengan peledak import kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe selepas dua lagi tonggak serangan The Red Warriors, Ahmad Fakri Saarani dan Mohamad Ghaddar mengalami kecederaan.

Peledak berusia 25 tahun itu berkata, dia bertekad membalas kepercayaan jurulatih dengan memberikan persembahan terbaik pada perlawanan itu nanti.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap dengan Forkey Doe kerana kedua-duanya pernah bermain bersama dalam perlawanan sebelum ini.

"Tugas yang diberikan ini merupakan satu cabaran buat saya untuk membuktikan kemampuan sebenar pada perlawanan tersebut dan kesempatan ini perlu digunakan sebaik mungkin.

"Saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik dan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan AFC seperti yang telah dibuktikan pada aksi menentang South China sebelum ini," katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita ketika pada sidang akhbar pra perlawanan Piala AFC 2014 Kumpulan G antara Kelantan dengan Vissai Ninh Binh di Kota Bharu semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby dan pengendali Vissai Ninh Binh, Nguyen Van Sy serta ketua pasukan, Nguyen Manh Dung.

Mengulas mengenai peluang The Red Warriors dalam perlawanan itu, Ahmad Shakir memberitahu, dia tetap optimis pasukannya mampu menumpaskan Vissai Ninh Binh.

Katanya, walaupun pasukan berkenaan mengungguli carta Kumpulan G, namun beraksi di gelanggang sendiri memberikan kelebihan kepada pasukannya dalam perlawanan itu nanti.

"Saya yakin dan percaya motivasi rakan-rakan sepasukan sudah berada pada tahap terbaik dan mereka semuanya sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," ujarnya penuh yakin.

Chanthuru mula temui sentuhan

Posted:

Chanthuru mula temui sentuhan

Chanthuru mula temui sentuhan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

CHANTHURU (depan) sudah mula mendapat keyakinan.


PEMAIN sayap lincah Sarawak, S. Chanthuru menyifatkan keupayaan menjaringkan dua gol ketika membenam Lions XII Sabtu lalu sebagai satu permulaan untuk mengembalikan sentuhan sebenarnya.

Katanya, apa yang pasti sentuhan jaringan pertama buat skuad Bujang Senang musim ini memberikan satu suntikan motivasi terbaik buatnya untuk lebih banyak menghasilkan gol selepas ini.

"Saya sangat gembira kerana hajat saya selama ini untuk menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat pasukan tercapai.

"Apa yang lebih penting, saya telah membantu Sarawak meraih tiga mata berharga dan menewaskan lawan kental seperti Lions XII," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, pertemuan dengan Lions XII itu adalah aksi kedua Chanthuru, 26, dengan Sarawak musim ini apabila bekas pemain Perak itu dibelenggu kecederaan ketika tiba di Kuching pada bulan Disember tahun lalu.

Menurut pemain berasal dari Kulim, Kedah itu lagi, kerjasama rakan sepasukan juga banyak membantunya untuk lebih cepat serasi dan selesa dengan rentak permainan pasukan tersebut.

Ujarnya, ia sekali gus melonjakkan semangatnya untuk turun berhadapan Pahang pada Sabtu ini dan dia berazam untuk sekurang-kurangnya meledak 10 gol untuk pasukan Sarawak musim ini.

"Saya berharap akan meneruskan kecemerlangan untuk menjaringkan gol.

"Pertemuan dengan Lions XII pada Sabtu lalu merupakan aksi kedua saya bersama Sarawak selepas pertama kali diturunkan dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA bertemu Felda United bulan lalu," kata Chanthuru.

Selain Chanthuru, satu lagi gol Sarawak dalam pertemuan dengan Lions XII itu disumbangkan oleh Mohd. Rashid Aya yang juga merupakan gol peribadi pertamanya untuk Sarawak musim ini.

Pada Jumaat ini, Bujang Senang akan terbang ke Kuantan untuk menghadapi juara bertahan Piala Malaysia 2013, Pahang dalam aksi Liga Super.

Ketika ini, Sarawak menghuni tangga ketiga liga selepas mengumpul 12 mata, ketinggalan satu mata kepada pendahulu, Terengganu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved