Rabu, 26 Mac 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Karnival belia lahirkan masyarakat gemar bersukan

Posted:

Karnival belia lahirkan masyarakat gemar bersukan

Karnival belia lahirkan masyarakat gemar bersukan

SARAVANAN (tengah) merasmikan Karnival Belia dan Sukan 2014 di Kompleks Destar Arena, Ampang, Selangor baru-baru ini.


KARNIVAL. Destar Nurani Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Karnival Belia dan Sukan 2014 di Kompleks Destar Arena, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengurus Acara Karnival, Sarib Mohammad Yusof, objektif utama karnival adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan gemar bersukan.

"Kami mahu menjadikan kompleks sukan ini sebagai tempat riadah penduduk setempat dengan mengadakan aktiviti sukan," katanya.

Beliau menambah, usaha itu juga diharapkan dapat membantu mengurangkan masalah sosial dalam kalangan belia.

Karnival itu yang akan berlangsung hingga 30 Mac ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Program kemasyarakatan eratkan warga Felda Bersia, Kolej Komuniti Gerik

Posted:

Program kemasyarakatan eratkan warga Felda Bersia, Kolej Komuniti Gerik

Program kemasyarakatan eratkan warga Felda Bersia, Kolej Komuniti Gerik


SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai Program Menjejak Warisan Anak Bangsa di Felda Bersia, Gerik, Perak baru-baru ini.


JEJAK WARISAN. Seramai 450 orang daripada Komuniti Felda Bersia, Gerik mengikuti program Menjejak Warisan Anak Bangsa yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar serta Unit Belia dan Sukan, Kolej Komuniti Gerik (KKGP), Perak di Felda itu baru-baru ini.

Program bercorak transformasi minda dan pemindahan ilmu itu merupakan antara program kesukarelawanan yang berjaya mewujudkan kerjasama yang erat di antara Kolej Komuniti Gerik dan penduduk Felda Bersia.

Pengarah Kolej Komuniti Gerik, Mohd. Azli Adnan menyifatkan program itu sebagai salah satu langkah terbaik untuk mendedahkan pelajar KKGP berkenaan kaedah pengendalian program.

"Setiap pelajar memainkan peranan masing-masing dalam usaha memastikan program yang berlangsung selama dua hari itu berjalan dengan lancar," katanya.

Pelbagai program menarik dianjurkan antaranya gotong-royong, aktiviti sukan dan program kerohanian termasuk forum perdana.

Hari Keluarga Depot Imigresen Juru

Posted:

Hari Keluarga Depot Imigresen Juru

Hari Keluarga Depot Imigresen Juru


ANGGOTA Pasukan Sukarelawan Depot Imigresen Juru, Pulau Pinang bergambar bersama ahli keluarga mereka pada sambutan Hari Keluarga di Kem Rekreasi Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


MERIAH. Pasukan Sukarelawan Depot Imigresen Juru, Pulau Pinang mengadakan sambutan Hari Keluarga di Kem Rekreasi Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Seramai 25 peserta menyertai program itu bagi memupuk semangat berpasukan ke arah memudahkan mereka menjalankan tugas masing-masing.

Pengerusi program itu, Mohd. Shahidi Abdul Razak berkata, program itu juga bertujuan menambah ilmu dalam kalangan peserta termasuk mengenai aspek-aspek kepimpinan.

"Beberapa aktiviti menarik diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga itu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved