Isnin, 17 Mac 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Enggan letak sebarang sasaran

Posted:

Enggan letak sebarang sasaran

Enggan letak sebarang sasaran

SEJAK memulakan kariernya dalam bidang seni secara serius lima tahun lalu, pelawak Nur Jihan Musa pastinya boleh berbangga dengan pencapaian yang diraihnya sekarang ini.

Selaku bekas naib juara program Raja Lawak 3, setakat ini dia dilihat antara pelawak wanita yang cukup menyerlah serta berhasil menarik perhatian peminat dengan telatah lucunya yang mencuit hati.

Bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan yang masih bermain di fikiran mengenai kisah peribadi dirinya terutama sekali yang membabitkan tentang cinta dan perkahwinan memandangkan usianya yang sudah mencecah 31 tahun.

Apatah lagi, sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cintanya yang sudah terjalin sejak tujuh tahun lalu dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli.

Bertemu dengan Jihan semasa majlis BBQ Party SYJ di Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini, dia mengakui masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

"Kalau ditanya bila akan berkahwin, saya sendiri masih belum ada jawapan lagi buat masa ini. Tidak dinafikan saya dan Hariz sudah lama bercinta tetapi perancangan ke arah hubungan yang lebih serius masih belum ada.

"Ketika ini masing-masing sibuk dengan kerjaya dan saya sendiri sedang berusaha untuk mengembangkan lagi karier seni. Lagipun keluarga faham dengan situasi kami dan mereka tidak pernah mendesak," jelasnya apabila diajukan pertanyaan tentang perkahwinan.

Mengakui hubungannya dengan Hariz yang juga bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua masih kekal seperti biasa, Jihan menyatakan, sekiranya dia sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, keluarga merupakan pihak pertama yang akan diberitahu.

Berbicara lanjut mengenai perkara tersebut, dia menegaskan bahawa keluarga seharusnya menjadi keutamaan apabila sesuatu keputusan itu dibuat, terutamanya membabitkan masa depan.

"Selagi tiada sebarang perbincangan dibuat dengan keluarga, saya tidak akan berkata apa-apa tentang perkahwinan kepada umum. Bagi saya, keluarga perlu diberitahu terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada orang lain," tegasnya.

JIHAN pernah merancang menamatkan zaman bujang pada usia 23 dan 27 tahun.


Mengenai sasaran untuk menuju ke gerbang alam rumah tangga pula, Jihan menjelaskan, dalam keadaannya yang cukup sibuk sekarang ini, dia tidak berani meletakkan sebarang sasaran.

Menurutnya, setiap kali sasaran dibuat pastinya ia tidak menjadi realiti dan sekarang ini dia lebih selesa untuk berserah kepada takdir apabila ia berkaitan dengan soal jodoh.

"Dahulu saya pernah meletakkan sasaran berkahwin pada usia 23 tahun tetapi tidak berjaya. Kemudian saya rancang menamatkan zaman bujang ketika berusia 27 tahun dan tidak terlaksana. Jadi, saya sudah tidak berani letak apa-apa sasaran lagi," ujarnya.

Penyampai radio

Ditanya tentang perkembangan kerjayanya selepas menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM 2013) bersama kumpulan SYJ, Jihan memberitahu, tawaran berlakon dan membuat persembahan semakin bertambah.

Yang terbaharu, dia telah dipilih menjadi salah seorang penyampai radio Sinar FM sejak Februari lalu. Bertugas pada setiap hari Sabtu untuk program Sinar Sabturday bersama Shahrol Shiro, mereka akan ke udara pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

"Sebenarnya saya sudah beberapa kali menjadi penyampai jemputan bagi menggantikan penyampai yang bercuti. Namun begitu, tiba-tiba timbul perasaan seronok pula apabila bertugas di konti radio.

"Kemudian semasa sedang bersaing dalam program MLM 2013, saya ada menerima tawaran menjadi penyampai radio secara separuh masa. Bagaimanapun, saya hanya memberikan persetujuan setelah tamat MLM 2013 kerana mahu memberikan tumpuan kepada program berkenaan terlebih dahulu," ujarnya.

Ujar Jihan, dia bersetuju menerima tawaran menjadi penyampai radio kerana ingin mengembangkan lagi kerjaya seni yang diceburinya sekarang serta sebagai salah satu cara untuk melatih cara bercakap dengan lebih baik dan spontan.

"Pada mulanya agak sukar untuk membuat keputusan memandangkan jadual saya juga agak padat. Setelah difikirkan beberapa kali, rasanya tidak salah kalau saya mencuba suatu bidang yang baharu dan ia merupakan satu perkara yang positif dalam kerjaya saya," ujarnya.

Menurutnya, sepanjang empat jam ke udara setiap minggu, dia dan Shahrol akan mengendalikan beberapa segmen menarik seperti Drama Parodi, Debat XX vs XY dan Cerita Dari Topi.


KIRA-KIRA 100 peminat meluangkan masa menghadiri majlis BBQ Party SYJ yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.


Utamakan SYJ

Kali pertama bergabung dengan dua pelawak lelaki, Syuk dan Yassin untuk membentuk kumpulan SYJ bagi menghadapi saingan MLM 2013 ternyata membuahkan hasil yang memberangsangkan, biarpun tersingkir di minggu ke-11.

Menceritakan masa depannya bersama SYJ selepas MLM 2013 berakhir, Jihan berkata, mereka bertiga masuk meneruskan kerjaya lakonan masing-masing dan menegaskan SYJ akan kekal bersama.

"Setakat ini saya masih terus mendapat tawaran berlakon dan membuat persembahan secara solo, begitu juga dengan Syuk dan Yasin. Sekiranya ada tawaran yang membabitkan SYJ, kami akan bergabung sekiranya ada kelapangan.

"Walaupun kali pertama digabungkan, kami tidak mengambil masa lama mendapatkan keserasian. Biasanya kalau ada mana-mana pihak yang menawarkan saya membuat persembahan, saya akan cuba usulkan nama SYJ agar persembahan menjadi lebih mantap," jelasnya.

Selain itu, dia memberitahu atas sokongan padu yang diberikan oleh peminat sehingga kini turut menjadi faktor utama SYJ akan terus dikekalkan demi tidak mahu mengecewakan mereka.

Hairi nikah 22 Mac

Posted:

Hairi nikah 22 Mac

Hairi nikah 22 Mac

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

HAIRI banyak terbabit dengan pementasan teater bangsawandan terbaharu dia bakal muncul menerusi karya berjudul Badang.


LULUSAN program realiti televisyen Anak Wayang, Hairi Safwan, 26, mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Fara Afiza Azman, 24, pada 22 Mac ini.

Menurutnya, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang manakala majlis resepsi akan diadakan pada 7 Jun di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.

"Pastinya saya berdebar menantikan hari pernikahan yang sudah tidak lama lagi. Banyak sebenarnya dugaan kecil yang datang sepanjang persiapan dan saya akui berkahwin bukan mudah.

"Daripada persediaan mental, Alhamdulillah saya masih mempelajari ilmu agama dan tafsir al-Quran kerana saya mengaku saya masih jahil.

"Penting untuk saya sebagai bakal ketua keluarga mempersiapkan diri dengan ilmu agama," katanya ketika ditemui di majlis sidang akhbar Siri Semarak Bangsawan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pakai orang kampung

Hairi dan Fara Afiza telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Ogos tahun lalu selepas beberapa bulan berkenalan.

Fara Afiza bertugas sebagai seorang guru sekolah rendah dan merupakan anak kepada editor majalah Kuntum, Asma Saad.

Berbeza daripada tema majlis resepsi perkahwinan yang sering dipilih bakal mempelai, kata Hairi, dia akan mengadaptasi persembahan Mek Mulung sempena hari bersejarahnya.

"Saya mahu membawa kelainan dalam majlis perkahwinan kami dan pada hari itu saya akan berlakon seperti persembahan Mek Mulung yang popular di negeri Kedah.


HAIRI dan Fara Afiza sudah bersedia untuk bergelar suami isteri.


"Bakal isteri saya akan menjadi puteri dan tetamu undangan yang hadir mestilah berpakaian seperti orang kampung zaman dahulu kala," katanya mengenai konsep majlis yang telah dicadangkan oleh Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB).

Badang

Sementara itu, sempena Siri Semarak Bangsawan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) tahun ini, Hairi akan terbabit dengan pementasan teater bangsawan, Badang yang diarahkan oleh M. Nasri Ayob.

"Saya dihubungi oleh ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) pada bulan September tahun lepas dan kami akan mula berlatih pada bulan Ogos depan.

"Perkara yang dipentingkan dalam pementasan ini adalah bersilat dan saya tidak mahu kelihatan bodoh nanti. Mana tidaknya, seni silat popular dalam kalangan masyarakat Melayu kalau cara kita bersilat nampak bodoh orang akan ketawa," ujarnya.

Hairi mula terbabit dalam pementasan teater bangsawan pada tahun 2000, antara naskhah yang pernah dipentaskannya terdiri daripada 12 Dayung Patani, Tun Teja dan Jebat.

Siri Semarak Bangsawan telah memasuki tahun kelapan penganjuran oleh JKKN dan sempena tahun ini sebanyak lapan buah teater bangsawan akan dipentaskan.

Antaranya, teater bangsawan Kemala Sakti Kesuma Ningrat oleh Anak Seni Pendidikan Bangsawan pada 14 hingga 16 Mac, Jula Juli Bintang Tujuh (11-13 April), Puteri Selindungan Bulan (9-11 Mei) dan Bidasari (13-15 Jun).

Imam Muda Asyraf bergelar pelakon

Posted:

Imam Muda Asyraf bergelar pelakon

Imam Muda Asyraf bergelar pelakon

ASYRAF menegaskan, dia menceburi dunia lakonan atas matlamat mahu berdakwah.


SEJAK bergelar juara program Imam Muda musim pertama, Asyraf atau nama sebenarnya, Muhammad Asyraf Mohd. Rizuan sibuk menghadiri jemputan berdakwah ke serata tempat termasuk di luar negara.

Akuinya, tidak penah terlintas di hatinya untuk bergelar pelakon meskipun beberapa kali menerima tawaran lakonan sebelum ini.

Namun, tawaran yang dihulurkan pihak penerbitan teater Mask Team kepadanya sukar ditolak.

Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya, Asyraf akan berlakon di pentas berprestij Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan bersama beberapa pelakon ternama seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Hanez Suraya, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Bukan mahu meraih populariti atau menggenggam anugerah sebagai pelakon terbaik tetapi menurut Asyraf dia ingin mendalami bidang lakonan sebagai salah satu ilmu untuknya berdakwah.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Asyraf yang ditemui pada sidang akhbar yang diadakan di Dewan N'dah, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Apakah yang membuatkan anda menerima tawaran lakonan daripada pihak penerbitan teater Projek Kahwin?

ASYRAF: Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk terima kerana saya bukannya pelakon. Selepas diterangkan watak sebagai ustaz dan hanya ada tiga babak besar, barulah saya terima. Salah satunya, babak mengendalikan kursus kahwin serta menerangkan makna perkahwinan dalam Islam. Saya anggap ia salah satu dakwah, jadi apa salahnya saya terima.

Adakah anda bimbang pandangan orang ramai terhadap anda selepas menceburi bidang lakonan?

Sejujurnya bimbang juga. Sebelum ini ada ustaz lain yang pernah berlakon tetapi dalam pentas teater rasanya saya yang pertama. Tentang kritikan, sebelum ini Ustaz Azhar Idrus berlakon ada juga orang bising tetapi niat saya adalah untuk berdakwah. Mungkin penonton yang saya temui di Istana Budaya, saya tidak jumpa di tempat dakwah sebelum ini.

Maknanya anda ingin membawa dakwah di pentas teater?

Tidak salah rasanya untuk berdakwah di mana-mana sahaja. Saya ada pengikut tersendiri daripada orang masjid dan juga pelajar pengajian tinggi. Mungkin dengan penglibatan saya mereka akan menonton teater ini di Istana Budaya dan pada masa yang sama saya juga dapat bertemu dengan orang yang mungkin tidak pernah mengenali atau mendengar dakwah saya.

Apa pandangan anda tentang keperluan seni dan budaya dalam Islam?

Orang tidak nampak keperluan antara seni dan agama Islam sedangkan pada zaman dahulu sudah wujud hiburan dalam Islam. Sama juga kita lihat hari ini, stesen televisyen berlandaskan agama Islam semakin mendapat sambutan dan permintaannya semakin banyak. Mungkin pada masa hadapan Istana Budaya juga menjadi salah satu medium untuk menyalurkan dakwah.

Apakah yang ingin anda kecapi dalam dunia lakonan?

Tujuan saya pertama adalah untuk belajar apa itu teater dan lakonan. Sebelum beri ceramah pada orang lain lebih baik saya libatkan diri terlebih dahulu dan melihat sendiri bagaimana perjalanan seorang anak seni yang sebenar. Kiranya ini pengalaman sepanjang hidup dan saya tidaklah menyasarkan anugerah atau jadi pelakon popular (ketawa).

Bagaimanakah dengan persediaan anda?

Saya akan menghadiri kelas lakonan secara eksklusif dengan pengarah kerana saya tidak dapat mengikuti jadual latihan yang padat disebabkan kesibukan saya. Berdebar jangan cakaplah tetapi pengarah memberitahu, teater sama sahaja dengan berceramah secara langsung di hadapan 30,000 orang yang pernah saya lakukan sebelum ini. Cuma bezanya saya tidak bercakap dengan penonton, sebaliknya bercakap dengan watak-watak dalam teater ini.

Jika teater ini mendapat sambutan, adakah anda akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon?

Saya tidak bercadang jadi pelakon tetapi perjalanan masa hadapan kita semua tidak tahu bagaimana aturannya.

Jadi, saya tidak boleh cakap habis, kalau saya kata tidak, tiba-tiba pula saya sibuk berlakon nanti orang kata saya cakap tidak serupa bikin. Lebih baik saya hanya mengikut mana yang terbaik. – HARYATI KARIM

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved